Khamis, 14 Januari 2010

J Card Members' Day

serang!!!!!!!

kad jemputan dari JUSCO!!!

hee hee nak tak nak, jadi jugak lah aku n the geng serang jusco bukit raja hari nie.. actully dari hari selasa lagi aku dah bising nak pergi sana. konon-konon nak buat pakatan ambil cuti sehari semata-mata nak merasai suasana J Card. tapi impian aku macam kabur jer. tak dapat respond dari geng...

entah macam mana pukul 12.45 pm tadi tiba-tiba diorang dok bising-bising nak pergi. aku apa lagi ... i follow you... naik kereta kak tun. aku dan ina just nak tengok suasana jer tapi rupanya kak tun memang dah plan nak beli hand beg and su pulak nak beli kasut. cheh! nasib baik aku ada
TERbawa duit sikit.

kereta memang banyak sangat. so terpaksalah kami parking nun jauh di selekoh. nasib kaki lah kene menapak. aku pun tak tahu lah sempat atau tidak diaorang nie nak bershopping sakan.

dalam jusco memang dah sesak. orang shopping macam beli ikan di pasar. duit ratus-ratus jer keluar dari poket mereka. naik seram aku tengok. ingatkan perempuan aje yang suka bershopping, rupanya ramai gak lelaki dok berebut barang. asyik sangat kejar barang sampai kami berempat terpisah. heee heee aku pun apa lagi bawa diri lah. mata melilau ke sana sini menegok semua barang yang best-best belaka. harga memang ok lah bagi aku. ada yang mahal ada yang memang murah sangat. so kene pandai pilih dan kene memilih. dari kononnya hanya datang untuk melihat (kononnya lah) tanpa aku sedar aku telah membeli barang dengan harga mencecah RM 130.00!!!!!! huu hhuuu hhhuuuuu

p.s : habis duit kecemasan aku habiskan. nampak gaya gaji bulan nie terpaksalah aku bayar hutang dengan begitu BANYAK sekali


so senarai pembelian aku adalah seperti berikut:

i) Baju kemeja jenama DURBAN - RM 45.90
ii) Seluar dalam lelaki jenama ALAIN DELON - RM 16.90
iii) Baju T Shirt jenama TOMS GIRL - RM 23.73
iv) Baju T Shirt jenama TOMS GIRL - RM 34.94

dalam masa sejam aku telah menghabiskan duit yang begitu banyak!!! bayangkanlah jika aku jadi mengambil cuti untuk datang ke sana dan menghabiskan masa hampir 5-6 jam... berapa agaknya duit aku akan terbang masuk ke dalam poket AEON??? bazir.... bazir....

aku harap di masa akan datang, aku akan lebih berhemah dalam berbelanja.. HHHaaaaa haaa haaaa yer ker???
apa pun aku memang seronok hari ini kerana aku dapat membeli seluar dalam suami aku yang dah lama aku teringin nak beli. Sayang abang!!

deq su
14/01/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

wordless wednesday #1