Ahad, 31 Januari 2010
Terima Kasih Teman
Kesuraman malamku bagai tidak berbintang
Kerana kesepian tiada berteman
Kemanakah hilangnya kejujuranmu insan
Adakah hanya di waktu ku keriangan
Punah sudah segala kepercayaan
Terhadap insan yang ku gelarkan teman
Aku tidak mahu lagi diriku di permainkan
oleh janji yang tak ditepatkan
Tapi kini kecurigaan ku berakhir
Kau hadir diwaktu aku memerlukan ketenangan
Walau di mana sahaja ku berada
Kau pasti tetap bersama sepanjang masa
Kau beri kekuatan dan keyakinan
Untuk tabah menghadapi masa hadapan
Biar pun kita berlainan pandangan
Ku kira itu tidak menjadi halagan
Asalkan kita jujur
Sesama insan
Kebahagiaan pasti berpanjangan
p.s: untuk suami tercinta... seluas langit aku mohon kemaafan di atas semua kesilapanku.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
Tengah giler buat kek pulak. Mentang-mentak mak ada kat putrajaya.. haaa haaa. So untuk hari sabtu yang lalu aku pun bertapa lah kat dapur ...
-
Mood : Malas nak layan cerita Anuar Ibrahim... Untuk makluman...Aku adalah pengguna cermin mata yang tegar.. power memang banyak ar.. ka...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan