Jumaat, 19 Februari 2010

kalau....

Tuhan kata tak elok kita menyatakan ayat 'kalau' tapi perkara ini membuatkan aku sering menangis sendiri......

'Kalau' aku tidak keguguran dulu, awal bulan depan aku akan melahirkan seorang anak... kalau....
Aku seperti tidak redha kan dengan suratan takdir?? aku tidak berniat langsung untuk menyalahkan takdir yang Allah beri untuk aku. cuma hati seorang wanita....

aku rindukan ilyas... rindu sangat-sangat. aku ingin merasai menjadi seorang ibu. membesarkan anak-anak. mencurahkan kasih sayang pada mereka. Aku redha dengan ketentuan illahi. aku tidak pernah putus asa berdoa semoga Allah akan memberikan pada aku dan suami zuriat dari kalangan yang soleh dan solehah.

cuma bila masyarakat sekeliling bercakap. hati mana yang tidak tersentuh? inikan pula hati seorang wanita. dulu ketika aku tidak mengandung, mereka bercakap aku mandul. kini kata pulak aku tak 'pandai buat'. tapi rezeki kan dari Allah... Dia yang maha mengetahui segala-galanya.

adakah aku terlalu sensitif? usia dah semakin berganjak tua. masa aku di dunia ini sudah semakin sedikit. setiap hari aku lalui kehidupan dengan harapan yang terlalu tinggi. semoga suatu hari nanti impian aku untuk menjadi seorang ibu akan termakbul. biarlah aku dapat melihat anak-anakku membesar. menjadi seorang pendakwah yang berbakti kepada agamanya. menjadi seorang anak yang sentiasa berdoa untuk ibu bapanya. menjadi anak yang mampu membawa aku dan suami ke syurga...

aku bukan wanita yang sempurna. malah aku bukan seorang hamba-Nya yang soleh. tapi aku masih berdoa dan berharap agar Allah akan memberikan aku taufik dan hidayahnya. memberikan aku zuriat yang terbaik agar aku dapat menebus kesilapan aku yang lalu. memberikan aku ruang dan peluang agar aku dan suami boleh mendidik mereka menjadi insan yang kamil. tidak mengulangi kesilapan-kesilapan kami. membazir waktu muda tanpa sebarang insentif untuk memajukan diri dan keimanan. aku tahu impian aku terlalu besar. tapi tidak salahkan aku berharap dan berdoa semoga impian aku akan menjadi kenyataan.

ilyas.. ibu bersalah kerana tidak bawa ilyas pulang ke rumah. ibu tinggalkan ilyas di sana keseorangan. ibu tidak sempurnakan ilyas. tidak kebumikan ilyas. ibu bersalah sangat-sangat. ibu berdoa semoga Allah akan lindungi jasad ilyas. ibu berharap mereka akan menunaikan tanggungjawap itu bagi pihak ibu. ibu naif sangat-sangat. maafkan ibu ye.

ya Allah.. kesilapan masa lampau ku tidak dapat aku tebus selama-lamanya. aku berdosa dan aku memohon keampunan-Mu. aku memang tidak layak untuk masuk syurga-Mu, ya Allah.. tapi aku tidak sanggup untuk menerima azab seksaan-Mu. aku tidak boleh bayangkan kesakitannya.

ya Allah.. kasihanilah aku yang jahil dalam agama. berikanlah aku pertunjuk dan hidayah. agar aku kekal di dalam keimanan sehingga hari kiamat kelak.

izinkanlah aku dan suamiku mempunyai zuriat yang dapat mendoakan kesejahteraan kami. amin...

deq'su
19/02/2010


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

wordless wednesday #1