Isnin, 15 Februari 2010

Kenduri rumah Kakak Ngah

12/02/2010

Kak ngah buat kenduri doa selamat kat rumah dia. Jemputan adik beradik ajer. So 11.00 malam sabtu aku ngan husband bergerak ke kampung untuk mengambil mak dan ayah. sampai dalam pukul 12.30. Jalan tak berapa sesak cuma keadaan yang gelap membuatkan aku terpaksa memandu perlahan.

p/s : aku drive sebab aku marah dengan asmad!!!!!

sampai tol senawang aku jadi berdebar-debar. Teringatkan kemalangan ngeri 6 sekeluarga di situ. sampai tol pedas aku rasa fasa 1 telah selamat dan nak menuju fasa 2 pulak. harga tol di kurangkan 10% sempena Tahun Baru Cina. so aku bayar tol RM 11.5o. jimat RM 1.20 jer....

fasa ke 2 pun selamat aje.. nak masuk fasa 3 yang aku risau sangat. so aku nekad lalu jalan Kota. seram ar nak masuk bongek!! jalan clear jer cuma tiba-tiba terpaksa break mengejut sebab sekumpulan kerbau melintas. nasib baik tak langgar... sampai rumah aku pun tido.. zzzzzzzz

13/02/2010

Bertolak ke rumah kak ngah dari kampung dalam pukul 3.00 petang. Jangka sampai dalam pukul 7.30 tapi!!!! jem giler dari tol tanjung malim sampai Perhentian sungkai. sebab jem?? TAK TAHU!!!!

masa kat hentian Tanjung Malim konon-konon tak nak berhenti isi minyak sebab rasa macam sempat je. tak sangka pulak boleh jem. so terpaksalah asmad exit Tol Sungkai untuk isi minyak PETRONAS. keluar balik dari tol Sungkai still jem tapi bila sampai hentian sungkai tengok jalan clear jer. yang sesaknya hanya hentian Sungkai. so penjelasan akibat kesesakan selama 3 jam tu tidak di ketahui... hampeh tul.

sampai rumah kak ngah, dah penuh dengan adik beradik abang ngah. aku yang rasa letih dan ngantuk pun dengan rasa rendah diri naik bilik dan tido. ZZZZZZZZ

14/02/2010

Hari kenduri. Bangunlah awal sikit. dalam kul 8 pagi aku dah bangun. Tolong apa-apa yang patut. tak lama lepas tu kakak abang ngah pun sampai untuk tolong masak. boleh lah aku tolong sikit-sikit.

Tetamu dah sampai so tibalah untuk baca Yassin dan makan tengahari. Menu hari ini... daging masak kari, ayam masak merah, ulam, sambal belacan, ikan kering, buah tembikai dan air sirap.


adik tengah tekun masak

Selesai kenduri tibalah masa utk mengemas dan tengok TV. Pukul 12.30 pagi aku pun tido.ZZZZZZZZ

Semoga dengan sedekah dan keikhlasan kak ngah sekeluarga membuatkan rumah ini akan lebih tenang dan ceria. Amin...

deq su

15/02/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

wordless wednesday #1