Sunday, February 21, 2010

Masjid Besi & Festival WOW, Putrajaya

20/02/2010

Actually, tujuan aku dan suami ke Putrajaya adalah untuk memeriahkan Festival WOW, Putrajaya yang berlangsung pada hari tersebut. Kami bergerak menuju ke Putrajaya pada pukul 5.30 petang setelah selesai solat asar dan makan petang di rumah. Perjalanan hanya mengambil masa 30-40 minit sahaja melalui lebuh raya utara-selatan dengan kadar tol RM 3.90 sehala. (dari tol Ebor ke tol Putrajaya)

Sampai di sana, cuaca agak panas tapi hujan renyai-renyai. Sampai di tapak karnival, terdapat gerai-gerai jualan barang dan makanan. Menariknya Festival ini terdapat acara belon udara panas. Namun aku sedikit hampa kerana belon tersebut tidak dinaikkan. Mungkin cuaca hujan yang tidak mengizikan.

Perut yang agak lapar minta untuk diisi mengerakkan kaki kami menju ke gerai makanan. Macam-macam makanan dijual. KFC bergerak pun ada juga. Suami aku macam biasa bila nampak gerai sup di situlah dia singgah. So menu petang pada hari ini adalah bihun sup dan teh tarik. Kami makan di gerai tersebut sambil menunggu kedatangan Cikgu Mail.

Dalam pukul 6.30 petang, cikgu mail pun sampai...nasib baik rumahnya dekat so takdelah kami perlu menunggu lama. Borak-borak kejap sambil menghabiskan makanan, asmad sempat mengambil beberapa gambar.

p/s: makanan dia tak sedap langsung.... :(

Langkah seterusnya menuju ke Masjid Besi, Putarajaya untuk solat maghrib. Kami berjalan kaki ke masjid tersebut sambil meng'shoot' beberapa tempat menarik. Malangnya aku tidak dapat mengambil gambar sakan sebab bakteri limited...


p/s: heee heee heee lupa nak charge ar....

Menuju jalan yang benar.....

Seni binaan masjid ini memang cantik. Masjid nie besar sangat.So aku dapatlah snap beberapa gambar walaupun bakteri hampir 'kong'. heee heee

inilah dia Masjid Besi, Putrajaya

boleh ker mai 'peace' kat masjid nie???

Ruangan dalam Masjid Besi, Putrajaya

Masuk jer masjid nie memang aku rasa macam gah sangat. Sampai tak tahu mana satu pintu masuk nak ke ruangan solat. Rupa-rupanya kena naik tingkat atas. Masjid ini walaupun nampak besar dari luar namun sebenarnya ruangan solatnya agak kecil. Masuk sahaja sudah nampak air pancut di ruangan hadapan. Masjid ini agak sejuk mungkin kerana binaannya yang berasaskan besi.

Firts time datang sini aku jadi sesat. tak jumpa tempat untuk mengambil wuduk... hee heee tempat wuduknya kena turun bawah rupanya. emm... jauh betul perjalanan. tapi tempat wuduknya memang mesra alam.

Pandai tak pandainya aku, kali ini terlupa pula untuk membawa telekung sendiri. Terpaksalah aku menanti telekung yang limited edition... so terlepaslah aku untuk solat berjemaah. ralat sangat-sangat. Habis solat asmad dan cikgu mail memulakan experiment mengambil gambar di dalam masjid. aku apa lagi... i follow u... tapi sedih sebab bakteri kemera aku habis.. so takdelah gambar yang dapat aku post kat sini.

Satu situasi dimana sedang syok-syok ambil gambar, tiba-tiba datang 2 orang mamat (mungkin orang negro kot) nak minta asmad ambilkan gambar mereka. konon-konon nak email kat family di sana.. asmad pun layankan ajer.. heee heee. Aku dengan cikgu mail pun gelakkan ajer. tiba-tiba jugak datang seorang mamat dok usha kitaorang. ingatkan berminat dengan fotografi, rupa-rupanya si shahmiezan... kecilnya dunia.....

Pukul 8.30 malam, kami bergerak ke tapak festival untuk tengok konsert dengan menumpang kereta shahmiezan. Sampai sana tengok ada belon udara panas. syok ar.. macam teringin nak naik pulak. tapi aku gayat... macam mana????? so layankan ajer...

Konsert kali nie aku dapat duduk bawah kehmah VVIP... best tak best lah.. asmad dan cikgu mail pulak macam teruja sangat dapat amik gambar kat bahagian media. VVIP betul kitaorang. inilah rezeki yang tuhan bagi...

artis yang ada.. Aizat, Qaub AF7, Aishah AF7, Misha Omar, M.Nasir, Jamal Abdillah dan Ella. Persembahan best tak best ar.. tapi yang paling best persembahan Ella. memang rock habis. bawak sampai 4 lagu. memang gilezz.. tengah syok-syok tengok persembahan, aku ternampak kawan aku.. cheh si baragas rupanya.. oooo... urusetia amik gambar..

Penutup dipenuhi dengan acara bunga api.. aku pulak yang jadi teruja sangat-sangat. Maklumlah first time tengok bunga api depan mata. heee heee kesian kan?? memang cantik dan memang dahsyat!!!

so masa nak balik aku pun jumpa lah dengan si baragas nie. konon nak bertegur sapa lah.... tapi hampeh!!! berlagak betul!!! tak pe tak pe aku tak heran sangat dengan dia tu. memang perangai dia dari dulu macam tu tak ubah-ubah. Asmad pun kata masa time amik gambar kat depan stage pun dia poyo sangat. Orang media yang profesional tu pun cool ajer...

sebelum balik rumah, kami singgah makan roti john kat kedai.. kenyang kejap.. balik rumah sampai pukul 1.30 pagi.. pukul 3.45 pagi baru aku boleh tido..zzzzzzzz

deq'su
21/02/2010





No comments:

Post a Comment