Isnin, 15 Ogos 2011

Aktiviti sebelum bulan puasa 2011

Dah masuk hari ke 16 berpuasa di Bulan Ramadhan 1432 / 16 Ogos 2011. Tahun nie agak seronok sebab bulan puasa kali ini disambut dengan kehadiran Nur Ikhlas.. Walaupun kelam kabut tapi aku berusaha keras menjadi seorang isteri dan ibu yang baik.

So sebelum menjelang bulan ramadhan tahun ini, kedua-dua keluarga aku merancang untuk membuat aktiviti bersantai dan berkumpul anak beranak. Kononnya nak sambut bulan puasa ar..


Keluarga Asmad

Berkelah di Pantai Kelanang

17/07/2011


Waktu pagi hujan turun agak lebat. So macam tak confident jer nak gie mandi manda kat laut. risau tsunami.. huu huu So aku dengan ikhlas duduk dalam kereta sambil melayan ikhlas yang sibuk nak bergerak. Alhamdullilah cuaca kembali cerah pada pukul 10.30 pagi. Walaupun masih renyai-renyai sedikit aku gagahkan juga membawa ikhlas lari ke bawah pondok heee heee.


Suami aku sibuk mandi laut, so aku pun menyibukkan diri makan dan menikmati angin bayu heee heee. Bawa ikhlas ke gigi air.. excited sangat dia menengok ayahnya. kejap kepala pusing ke kiri, kejap kepala pusing ke kanan. Try cecah kaki ikhlas dekat air laut.. terus menagis. emm.... macam mana nie??? tak dapatlah ibu nak mandi laut. :(
Kami pulang pukul 2.00 petang. Malam tu ikhlas pun demam.... huu huu huu

Keluarga Aku
BBQ halaman umah opah
30/07/2011



Rancangan aku dan emak nak buat makan-makan. BBQ kali nie paling seronok sebab semuanya berjalan dengan lancar. Kiranya persediaan yang mencukupi ar. Budget pun masih di dalam lingkungan yang di benarkan. Dapat jugak aku 'pow' along RM 50.00.. haaa haaa.

Ada macam-macam makanan. Sotong, udang, ayam, ikan, nasi impit, jagung.

Team membakar memang makan kurang ar sebab aku and the geng dah tibai dulu. Diaorang bakar.. aku makan. Lumrah ar kan sebab memang tugas aku makan dan jaga ikhlas. haaa haaa

Dah kenyang makan, apa lagi.. tido time.. (alasan malas nak mengemas) aku pun amik ikhlas bawak masuk bilik dan kami pun tido bersama-sama. haaa haaa haaa

Esok pagi aku tengok semuanya dah kemas dan clear. Alhamdullilah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

wordless wednesday #1