Wednesday, August 24, 2011

Kelisa ku...

24 Ramadhan 1423

Dugaan.. dugaan.. Semakin risau bila kereta aku pula buat masalah. Hmm... memang tahun nie tiada peruntukkan raya buat aku lah. Nasib baik baju Nur Ikhlas aku dah beli awal-awal.
Kenapa???
sejak jumaat lepas kereta aku berbau hangit. Tak tahu kenapa. Nak hantar bengkel, husband kata nanti dulu. Aku risau sebab pagi-petang aku hantar dan amik Nur Ikhlas di taska.
Semalam Nur Ikhlas masuk kereta jer dia terus nagis. lagi lah aku berdebar-debar. Dalam otak nie dah macam-macam aku fikir.
Kalau jadi apa-apa kat kereta aku, macam mana aku nak bertindak? Husband nun kat klang. Sapa aku nak call? Sapa nak tolong aku? Hishh.. pening ar.
Dah lah nak raya nie. Nak balik kampung.. nak gie Johor.. nak balik klang... last-last nanti aku raya kat Putrajaya jer.
macam mana nie... :(

No comments:

Post a Comment