Thursday, September 29, 2011

Azam baru sebelum tahun baru

Bila nak buat N3 mesti macam blur jer. Ada benda nak cerita tapi otak mesti tak boleh berfungsi. Alangkah...
Tiba-tiba rasa rindu pada 'teman tapi mesra'.. entah apa dia buat sekarang. Sihat kah? Dah lama tak berhubung. Dah di buang pun no hp dia. Kenapa? Saja... cuba membuang memori yang tidak mahu di ingati namun memori itu juga yang seringkali terbit dalam otak aku ini.
Pernah ke kita sedaya upaya bersungguh-sungguh menjaga sebuah persahabatan tapi akhirnya persahabatan itu sendiri memakan diri?
Lawak bila fikirkan balik apa yang aku buat selama ini semata-mata untuk kepentingan sekeping hati. Benda besar yang di depan mata tak mahu dijaga, yang sekecil kuman juga yang selalu di perhatikan. Dan akhirnya semua itu merugikan.
Lawak juga bila aku telah menghabiskan berpuluh-puluh tahun dengan sesuatu yang sia-sia. Sekarang bila usia sudah lanjut baru terfikir balik kenapa bodoh sangat aku dengan senangnya menyerahkan masa depan pada sesuatu yang tidak pasti.
Nak patah balik?? dah tak sempat. Jadi teruskan saja perjuangan dengan semangat yang jitu. cuma kene sedikit belok jer. ye lah, kan dah tahu ada kesilapan pada masa lalu maka kenalah buat tindakan segera dengan berubah arah ke plan nombor 2..
So tekad dan azam aku buat untuk membesarkan Nur Ikhlas dengan segala ketabahan yang aku ada. Mendoakan Nur Ikhlas menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Aku tidak mintak lebih dari dia. Cuma menjaga diri dan kehormatan.
Zaman aku dah semakin mencabar dan pastinya nanti zaman dia akan lebih mencabar. Aku tak nak berputus asa sekarang. Kene kumpulkan bekalan untuk aku dan dia bagi menghadapi cabaran itu. Mampu atau tidak dia menghadapinya, aku berserah segalanya pada Allah. Bukan senang untuk menjadi seorang ibu bagi seorang anak perempuan di zaman yang penuh kucar kacir.. zaman datangnya dajjal laknattullah.
Bila aku terlalu fikirkan macam mana Nur Ikhlas nak menghadapinya, aku menjadi takut. Takut kerana andai didikan aku salah, dia yang akan menaggung akibatnya. Aku belum puas berdoa pada Allah dan aku tak akan berhenti berdoa. Selagi aku bernyawa, selagi itu aku tetap bergantung harapan pada Allah. dan sekiranya aku dah tiada, aku mengharapkan Allah menjaga dan melindungi anakku Nur Ikhlas. DIA lah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Amin

Tuesday, September 20, 2011

02.09.2011


Posted by Picasa
Alhamdullilah, mencecah usia 7 bulan Nur Ikhlas dah boleh mengengsot betul ke ejaan dia? sikit-sikit. Sikit pun jenuh jugak lah aku nak mengejar.. huu huu
Bukan main seronok dia lagi. Mulut pulak tak henti-henti membebel. Biasalah cakap bahasa jerman dia.
Pertama kali dia mula mengengsot pada hari raya ke-4. terkejut jugak aku dan husband sebab memang depan mata kami.
Sejak tarikh itu memang Nur Ikhlas tak boleh duduk diam. Lebih-lebih lagi bila dalam kereta. Gear kerata tu macam dah jadi kewajipan dia untuk pegang setiap kali naik kereta. Puas husband aku dok menepis tangan dia. Sekarang Nur Ikhlas gemar sangat-sangat buat lagak terjun. Terjun dari katil.. terjun dari seat car.. terjun dari kerusi.. semua tempat yang dia boleh buat aksi terjun dia lah. Tangan aku pulak dah semakin terkehel sebab dok pegang dia kuat-kuat supaya dia tak terjun. Tapi kudrat dia lagi kuat. Kalau aku marah dia cuma tersengih ajer. Diam kejap tapi lepas tu buat balik.. Alangkah...

Gaya tidur Nur Ikhlas 4






Sunday, September 18, 2011

Bila Sakit Perut, Muntah-muntah dan Demam

Hari khamis aku terpaksa cuti. Sebab Nur Ikhlas demam panas. Bawa gie klinik presint 3 sebab dia asyik muntah-muntah. Risau sangat-sangat. Bagi minum susu habis semua di muntahkannya balik. Lembik ajer. Nak angkat kepala pun tak boleh. Kalau tengok mesti kesian. Mulalah perangai dia. Manja terlebih..Nampaknya tak dapatlah aku hadiri Open Opis kat opis aku. huu huu huu
Hari Jumaat, Nur Ikhlas dah sihat. Tiba-tiba dia boleh cergas. Mulut semakin kuat bunyinya cuma dia mula cirit birit pulak. Membebel ajer. Siap menyembur. heee heee
Hari Sabtu pagi tu, tiba-tiba aku sakit perut dan muntah-muntah. Aduh sakitnya. Nagis jugaklah kejap. Husband aku pulak boleh demam panas dan muntah-muntah. Walaupun tak larat aku dan husband tetap gagahkan diri menjaga Nur Ikhlas yang semakin lincah.
Alangkah....
3 hari cuti di penuhi dengan kesihatan yang tidak mengizinkan. Dugaan sungguh. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kami. Amin.
Hari nie sekiranya kesihatan semakin baik kami nak pergi beraya. Mengeratkan silaturrahim. Insya Allah.

Wednesday, September 14, 2011

Antara Facebook, Unifi, Ceramah dan Open Opis

Alangkah....

Facebook..
mulai semalam, aku dah tak boleh melayari facebook di komputer opis. so macam agak bosan dan agak tertekan. Bukan aku tidak boleh hidup dengan fb. banyak lagi perkara lain yang boleh aku buat. cuma kadang-kadang laman sosial itu di perlukan untuk aku mengetahui perkara di luar sana. ye ker?


Unifi
Alhamdullilah, husband aku dah masukkan unifi di rumah. so kerja-kerja memasukkan N3 ke dalam blog akan di buat di rumah. (dengan syarat Nur Ikhlas dan tidur lah). So sape-sape yang rumah dia dekat dengan rumah aku boleh ar mintak no password. haa haaaa

Ceramah Online
Sekarang husband aku tengah giat mengumpulkan bahan untuk di masukkan ke dalam wordpress beliau. Bahan berbentuk video ceramah yang boleh di download oleh orang ramai. Alhamdullilah, tergerak hati husband aku untuk membuat amal jariah. Memanjangkan ilmu sambil berdakwah. Insya Allah kalau semuanya telah selesai aku akan war-warkan dalam FB dan Blog. ok.. Aku doakan usaha husband aku ini akan di berkati Allah. Amin.

Open Opis
Bermula lah agenda hari raya. Dengan megahnya, aku menghadirkan diri ke Open Opis pertamaku di Putrajaya. Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Walaupun Open Opis di sini masih belum dapat menandingi kehebatan Open Opis yang pernah aku hadiri di Hulu Selangor tapi aku bersyukur sekurang-kurangnya aku dapat jimat duit lunch. haaa haa haa. Esok open opis di Tresury. tetamau VVVVVVIP.. Dato Seri Najib, PM Malaysia. Nak gie tapi opis aku pun ada buat Open Opis gak huu huu. Kawan-kawan jemput datang ye.

Monday, September 12, 2011

The Cave Of Golden Roses

Masih ingat tak lagi cerita nie?
Mula-mula aku tengok masa umur 9 tahun rasanya. Entah macam mana pagi tu terbangun awal. Bukak TV terus melekat. Best sangat. Memang cerita pujaan aku masa tu. Dengan hero yang handsome giler. Haa haaa
So bermula malam tadi selepas 20 tahun, aku kembali menonton cerita ini. Setiap hari ahad di TV 9. Pukul 10.00 malam aku akan berada di depan tv untuk menikmati kembali keseronokannya.

p/s : nasib baik Nur Ikhlas tido pukul 9.00 lebih. huu huu huu Sporting betul!

Thursday, September 08, 2011

Paling Bodoh???

Dalam kehidupan kita agaknya berapa banyak perkara paling bodoh yang pernah kita buat?? Mesti banyakkan...

Tapi dalam banyak-banyak kenangan, perkara paling bodoh itulah yang selalu buat kita tersenyum sendiri.

Apa yang paling bodoh pernah aku buat??

mempercayai orang

kerana terlalu mempercayai orang lah aku selalu kena tipu dan aku di perbodohkan.
Percaya pada kawan-kawan, aku jadi bahan lawakkan
Percaya pada saudara mara, aku jadi bahan ejekan
Percaya pada teman, aku di tinggalkan
Sehingga kini dan di saat ini aku tetap rasa yang mempercayai orang adalah perkara paling bodoh yang selalu aku lakukan. Tapi nak buat macam mana sebab jauh di sudut hati aku yang dalam ini terselit perasaan kasihan.
Kasihan pada kawan-kawan yang perlukan senda gurauan
Kasihan pada saudara mara yang masih hidup seperti orang zaman batu
Kasihan pada teman sebab dia pun dungu
Akhirnya keputusan tetap berpihak pada aku..
Biarlah benda yang aku buat nampak bodoh. Tingkah laku aku nampak bodoh. Tapi kehidupan aku untuk 30 tahun ini sentiasa di isi dengan kegembiraan, cabaran, tangisan, kesetiaan dan kasih sayang. semua yang bodoh itu tidak langsung menjejaskan kehidupan aku.
Kadang-kadang kita perlu beraksi bodoh untuk melihat sejauh mana kebaikan seseorang itu dan seikhlas mana dia sanggup menerima kita dalam hidup dia.
Yang penting kepercayaan aku pada Allah S.W.T dan Nabi Muhammad S.A.W tetap utuh.
Yessss!!!

Wednesday, September 07, 2011

Demam + Selsema = Sejuk!!!

Alangkah... Demam dan selsema kembali menyerang aku! Memang tak larat giler tapi aku tetap datang opis. Kenapa????
1 - Cuti makin sikit. so kena simpan untuk rancangan cuti-cuti Malaysia hujung tahun nie.
2 - Malas nak ambik mc sebab aku tak tahu klinik swasta kat putrajaya nie kat mana.
3 - Malas nak gie Klinik Kerajaan sebab confirm tak dapat MC (kedekut!!!)
4 - Malas nak duduk rumah sebab kalau aku tido sepanjang hari sapa nak jaga Nur Ikhlas?
5 - Duduk rumah aku mesti tak tido sebab sibuk mengemas. aku dah limas dengan keadaan rumah yang dah macam tungkang pecah!

So keputusan yang sangat berat aku buat pagi tadi ialah... DATANG OPIS!! sebab
1 - Kalau datang keje boleh jimat cuti
2 - Keje tak banyak so boleh lah aku tido kejap haaa haaa
3 - Kalau dah tak larat sangat-sangat... aku menapak ar gie Klinik Kerajaan kat presint 3 nie.
4 - Confirm husband aku balik awal so mesti dia yang basuh pinggan yang berlambak kat sinki tu..
5 - Bila keje boleh hantar Nur Ikhlas kat TASKA so takder lah aku serba salah sangat...

so tibalah masa untuk aku tido... zzzzzzzzz

Monday, September 05, 2011

Who Says

Selena Gomez & The Scene – Who Says

I wouldn’t want to be anybody else

You made me insecure
Told me I wasn’t good enough
But who are you to judge
When you’re a diamond in the rough
I’m sure you got some things
You’d like to change about yourself
But when it comes to me
I wouldn’t want to be anybody else

Na na na na na
Na na na na na na
I’m no beauty queen
I’m just beautiful me

La na na na na na na na na!
La na na na na na na na na!

You’ve got every right
To a beautiful life
( C’mon! )

Who says
Who says you’re not perfect
Who says you’re not worth it
Who says you’re the only one that’s hurting
Trust me
That’s the price of beauty
Who says you’re not pretty
Who says you’re not beautiful
Who says

[Selena Gomez - Verse 2]

It’s such a funny thing
How nothing’s funny when it’s you
You tell ‘em what you mean
But they keep whiting out the truth

It’s like a work of art
That never gets to see the light
Keep you beneath the stars
Won’t let you touch the sky

La na na na na na na na na!
La na na na na na na na na!

I’m no beauty queen
I’m just beautiful me

La na na na na na na na na!
La na na na na na na na na!

You’ve got every right
To a beautiful life
C’mon

[Chorus]

Who says
Who says you’re not perfect
Who says you’re not worth it
Who says you’re the only one that’s hurting
Trust me
That’s the price of beauty
Who says you’re not pretty
Who says you’re not beautiful

Who says
Who says you’re not star potential
Who says you’re not presidential
Who says you can’t be in movies
Listen to me, listen to me
Who says you don’t pass the test
Who says you can’t be the best
Who said, who said
Won’t you tell me who said that
( Yeah, WHO SAID!? )

Who says
Who says you’re not perfect
Who says you’re not worth it
Who says you’re the only one that’s hurting
Trust me
That’s the price of beauty
Who says you’re not pretty
Who says you’re not beautiful
Who says(x2)

Sim Card tak der??????

Alamak... ingatkan nak show off gambar raya tapi sim card pulak boleh tinggal kat laptop husband. alangkah... tak pe malam kang kita update ek. anyway...


SELAMAT HARI RAYA ke - 7!!!