Ahad, 18 September 2011

Bila Sakit Perut, Muntah-muntah dan Demam

Hari khamis aku terpaksa cuti. Sebab Nur Ikhlas demam panas. Bawa gie klinik presint 3 sebab dia asyik muntah-muntah. Risau sangat-sangat. Bagi minum susu habis semua di muntahkannya balik. Lembik ajer. Nak angkat kepala pun tak boleh. Kalau tengok mesti kesian. Mulalah perangai dia. Manja terlebih..Nampaknya tak dapatlah aku hadiri Open Opis kat opis aku. huu huu huu
Hari Jumaat, Nur Ikhlas dah sihat. Tiba-tiba dia boleh cergas. Mulut semakin kuat bunyinya cuma dia mula cirit birit pulak. Membebel ajer. Siap menyembur. heee heee
Hari Sabtu pagi tu, tiba-tiba aku sakit perut dan muntah-muntah. Aduh sakitnya. Nagis jugaklah kejap. Husband aku pulak boleh demam panas dan muntah-muntah. Walaupun tak larat aku dan husband tetap gagahkan diri menjaga Nur Ikhlas yang semakin lincah.
Alangkah....
3 hari cuti di penuhi dengan kesihatan yang tidak mengizinkan. Dugaan sungguh. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kami. Amin.
Hari nie sekiranya kesihatan semakin baik kami nak pergi beraya. Mengeratkan silaturrahim. Insya Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

wordless wednesday #1