Tuesday, October 04, 2011

Sihir?

Sihir dari segi istilah merupakan satu perbuatan menyakiti atau mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang disihir secara tersembunyi (ghaib) yang melibatkan makhluk halus, dan dilakukan di luar hukum alam bagi mencapai tujuan tertentu, contohnya menyakiti seseorang, mengubati penyakit dan juga meramal masa hadapan. Penggunaan istilah sihir dalam alam Melayu pada kebiasaannya merujuk kepada ilmu hitam. http://ms.wikipedia.org/wiki/Sihir

topik penting dalam family aku untuk bulan ini..
Al kisah, bila terjadinya sihir dalam keluarga kami mesti masing-masing mengelabah. Iyalah kami bukannya mahir bab bomoh membomoh ini. Tak pernah pun jumpa bomoh. apatah lagi menjadi bomoh.. haa haaa
Tapi bila seseorang yang sangat 'baik hati' menuduh mak membomohkan keluarganya, aku macam nak tergelak pada mulanya.. namun tiba-tiba perasaan marah mula menular. Apa faedahnya kalau mak aku bomohkan dia? Nak kata inginkan kekayaan dia.. dia yang selalu cilok duit getah mak aku, tanah mak aku. Nak kata dengki dengan anak-anak dia.. anak-anak mak aku lagi pandai dan berjaya... heee heee macam berlagak pulak. Astagfirullahalazim..
Jadi apa motifnya?? suspen kan..
dan bila kebenaran mula terdedah.. bak kata orang.. bila hijab mula terbuka. akhirnya inilah cerita sebenarnya..
Rupa-rupanya, besan baru dia bagitahu yang ada orang bomohkan keluarga dia. Kiranya yang bomohkan dia adik-beradik dia jugak so dia suspek mak aku ar. Tapi atas sikap malas nak layan mak aku pun biar tuduhan palsu tu. dengan alasan dia dah gila kot haaa haaa
Start last week, bila orang kampung dok heboh pasal laki dia asyik dok jumpa ex-makcik aku kat kedai ex-makcik aku barulah dia tahu rupa-rupanya selama ini ex-makcik aku yang dok bomohkan dia sekeluarga. faham ke ayat aku nie?? info tambahan = ex-makcik aku nie adalah pakcik aku punya janda..
So sekarang laki dia yang kene bomoh nie dok layan ex-makcik aku sampai duit dalam bank dia tinggal RM0.25!! dan dia langsung dah tak kenal anak-anak dia.
Untuk menyatakan kesian aku macam dah tawar hati nak mengasihani dia. Untuk menyatakan padan muka aku macam rasa tak baik jer. Yang boleh aku katakan.. Zaman dah nak berakhir, sekarang nie Allah bayar cash jer. Dia pun dah tua, dah uzur, dah tak boleh jalan. jadi lebih baik dia minta maaf pada mak aku. Dengan apa yang dia buat selama ini kami just diamkan ajer. Tak balas apa-apa pun. Sama ada mak atau adik-beradik aku, kami serahkan semuanya pada Allah. Nasihat aku pada anak-anaknya yang 'membela' katanya 2 ekor "maybank" pergilah buang benda tu. macam dah takde benda lain nak di bela.
So apa isu sebenarnya?? Kata besan dia lagi.. lepas nie bila dah puas kenakan dia, ex-makcik aku nak kenekan makcik aku lagi sorang dan MAK??
Ini yang buat kami sekeluarga mengelabah nie. Apahal pulak nak libatkan mak aku? Kalau dah hidup ex-makcik aku tu tunggang langgang kenapa mesti libatkan mak aku? Kami tak pernah pun kacau dia. amik tahu hal dia pun x pernah..
Sekarang aku dok fikir. Nape zaman dan moden nie masih main bomoh-bomoh? Tak takut akhirat ke mereka?. Nak bela macam-macam. dah habis ke semua binatang dan pokok untuk di bela? Alangkah...

2 comments:

  1. tak baik btul ko buka citer keburukan ex-makcik ko .. hal famili bincang sesama famili udah ke .. kalau dah memang famili ko takde buat salah kat org buat pe nak menggelabah .. keja ko mengutuk org aje tau .. dah le time keja tak perform + asyik komplen pasal boss

    ReplyDelete
    Replies
    1. aik... sentap?? ke ko nie ada kene mengena dgn boss aku.. asyik cite pasal boss jer? ke ko cctv kat opis nie.. ke ko boss aku? mana ko tahu keje aku tak perform? ko yg bg markah prestasi aku ker? adeh... misteri sungguh. hee heee..

      Delete