Wednesday, November 09, 2011

The book "Understanding Women"

Istimewakan manusia yang bergelar wanita...


Dah lama aku berhenti berpuitis..

Bakat aku dah tumpul..

untuk mengasahnya balik... aduh macam malas sangat!!

Bila bercakap pasal puitis..aku teringat sahabat lama.

Noor Bazura namanya

Rindu sangat aku padanya

Hampir 12 tahun berjauhan. lamakan.

entah dimana dia sekarang.

bukannya aku tidak boleh jejak dia di FB cuma status 'melarikan diri' masih berkuasa dalam hidup aku.

Uya sangat suka berpuisi.

Sangat suka menulis cerpen.

sangat suka bermadah pujangga.

buku tahunan kami penuh dengan hasil nurkilan beliau.

bermula pada tingkatan 2,

aku mengenali dia sehingga penghujung SPM.

kami berlumba-lumba bersaing.

Dan dia masih yang terbaik.

Rindu pada dia menyebabkan aku juga rindu pada wanie..

sahabat aku yang sangat lembut.

putih melepak

manja

tabah

lurus bendul.

kami bertiga satu kelas..

terpisah bila mengikuti aliran yang berlainan.

Bila teringat mereka juga

menyebabkan aku teringat pada Safrin..

(ok... ok... off record)

Aku harap mereka sihat sejahtera.

Sentiasa berada di dalam rahmat Allah.

No comments:

Post a Comment