Friday, November 18, 2011

Hari nie rezeki murah sangat. Pagi tadi bacaan Yassin, ada makanan. Tengahari Pengarah belanja makan nasi briani. Alhamdullilah.
Esok Insya Allah, nak balik rembau ambil mak ngan ayah. duduk kat umah aku seminggu. Next week nak pergi batu berangkai, kenduri kahwin adik abang ngah.
Macam rasa nak cuti isnin nie.. nak melawat dian nathrah.. Hati aku sayu sangat bila mengenangkan dian. Aku selalu baca dalam blog orang lain pasal hal anak mereka. Semua cerita sedih. Dilanda dugaan yang hebat. Anak sekecil itu menaggung derita yang aku sendiri belum tentu dapat menghadapinya. Memang sedih sangat-sangat. Aku doakan yang terbaik buat mereka.
Selalu aku berdoa mohon Allah memberi kesihatan buat Nur Ikhlas. Sebab aku bukan seorang ibu yang kuat dan aku tak mampu untuk menghadapi dugaan yang begitu besar.
Bila aku tengok anak-anak ini, aku insaf sangat-sangat. Selalu aku mengeluh bila di dalam kesukaran tapi aku tak sedar yang sebenarnya ada lagi yang lebih sukar hidupnya dari aku.
Ye.. aku bukan tergolong dalam golongan yang kaya.. sederhana pun bukan. hidup aku sekeluarga sukar. Dah terlalu banyak air mata yang mengalir. Dulu aku tak suka dengan ketentuan Allah ini. Namun, bila semakin besar.. aku menilai dari sudut yang berbeza.
Dugaan yang Allah beri pada aku cumalah sedikit sangat dan aku sebagai hambaNya begitu kurang ajar mempersoalkan hukum Allah. Betapa jahilnya aku. betapa tidak mengenang budi.
Insya Allah aku akan belajar dari kesilapan ini.
Buat dian natrah.. tak banyak yang dapat auntie bantu kamu sayang.. auntie tak sanggup nak tengok dian hadapi semua itu. rawatan kimo.. dengan jarum yang banyak.. hari-hari auntie ingat kat dian. Nampak Nur Ikhlas teringat kat dian. Tengok mama dian, auntie sedih sangat. Auntie tahu kawan auntie susah nak dapatkan dian dan bila dian hadir dalam hidupnya, dia terpaksa menhadapi kemungkinan kehilangan dian. Auntie mohon pada Allah, kalau di takdirkan dian melihat dunia ini dengan lebih lama maka sembuhkan dian tapi kalau kehidupan itu akan menyebabkan dian derita berikanlah jalan yang terbaik buat dian. Auntie juga tahu yang mama dian tabah sangat. Walaupun dia sebenarnya seorang yang lurus bendul dan baik hati. dia kuat gelak dan kelam kabut tapi dia ibu yang sangat cantik.
Dian kene kuat sebab nanti dian boleh main dengan Nur Ikhlas kan.. Auntie sayang dian selalu.

2 comments:

  1. deq sue...ko buat aku sedih ptg2 ni...mmg sedih bace kisah dian...aku selalu tgk progress dian kat fb..nak pegi melawat tak berkesempatan lagi..sebak bile mengenangkan kawan kite satu rumah dulu, mengalami dugaan yg begitu besar..aku rs pun aku tak sekuat nd..

    ReplyDelete
  2. kita doakan dian sembuh ye. kesakitan kawan kita, kesakitan kita jugak.. sama-sama kita tanggungnya. Alhamdullilah

    ReplyDelete