Tuesday, November 22, 2011

Komen aku pasal perlawanan bola malam tadi

Akhirnya ada gak N3 pasal perlawanan akhir bola Sepak Sukan Sea XXVI antara Malaysia dan Indonesia.
ok.. ok.. Malaysia menang Penalti 4-3
Sebab aku bukan pengulas sukan dan aku jugak bukan fanatik sangat-sangat dengan bola nie so ini jelah komen yang aku bagi.. hee hee
Mula perlawanan aku agak sakit hati sebab tengok player Malaysia main macam takde semangat.. Husband aku pun macam terkejut tengok diorang main.. dalam otak aku yang jahat nie dok fikir 'adakah diorang nie dah kene bomoh' haaa haa haa.
Bila Indonesia jaringkan gol di minit ke 5 perlawanan, aku dah jerit mem'bongek'kan bola.. peringatan.. kata makian dan cacian malam tadi memang 100% di tujukan pada bola.. harap maklum.
Husband kata tak per Malaysia boleh menang punya.. confident betul dia!! Mak aku dah start bebel sebab aku dok terjerit-jerit sorang-sorang kat umah. husband memang cool aje dah tu siap pesan kat Nur Ikhlas jangan jadi macam ibu dia!! alangkah...
Bila indonesia buat jaringan sekali lagi memang bola tu kene lagi dengan aku.. hee hee tapi nasib baik off side.
Pastu baru lah nampak player Malaysia bangkit. Maybe bomoh malaysia berjaya menepis bomoh indonesia kot haaa haaa syirik betul!!
Terjahan demi terjahan dibuat macam tak berhasil.. sekali lagi mak aku bersuara.. "nie pintu gol dah kene tutup nie".. ok.. ok.. sekali lagi fitnah ditaburkan.. pandai-pandai je mak aku nie.
Bila Malaysia berjaya jaringkan gol.. memang aku melompat sakan ar.. sampai Nur Ikhlas pun tercengang tengok aku.. tapi kan aku macam pelik.. asal aku sorang jer yang jerit?? mana jiran yang lain?? la.. lambat rupanya diorang haa haa haa bahana ASTRO memang ar news dapat lambat nasib baik tak hujan kan.. kalau tak mau diorang bakar piring astro tu!!
Sabar dan terus sabar menunggu jaringan ke dua sebab aku memang bajet Malaysia dapat 2 gol tapi harapan ku puna semuanyah.. Tak pelah janji menang
Tengah syok-syok tengok bola.. boleh pulak Nur Ikhlas merengek-rengek..aduh tak sporting betul lah. so terpaksalah aku on off tengok bola. alangkah..
Masuk minit tambahan aku dah sibuk menidurkan Nur Ikhlas.. Bila dengar orang sebut gol belari aku tengok TV.. hee hee dua kali masuk gol tapi sebenarnya off side. adeh!!!
bila masuk sepakan penalti aku memang off terus dengan TV sebab nur ikhlas nak tidur. Demi Nur Ikhlas, aku lepaskan saja bola tu bersama doa semoga Malaysia menang.
Bangun pagi nie.. aku sanggup kejutkan husband semata-mata nak tanya Malaysia menang ke tak?? Alhamdullilah.. Menang akhirnya.

No comments:

Post a Comment