Tuesday, November 01, 2011

Puding Roti Karemal

Demam masak memasak..

So untuk pencuci mulut kali ini aku buat Puding Roti Karemal pulak. Yang nie berbeza dengan yang aku pernah buat dulu. Bezanya dulu aku main carik-carik ajer rotinya.. ada susu segar dan margerin bagai.. tapi kali nie aku kisar terus. Bahannya pun senang jer..


Bahan-bahan:

6 keping roti

6 biji telur

1 tin susu cair

500 ml air

360 gm gula (kalau tak nak manis boleh dikurangkan)

sedikit perisa pisang


cara-cara:

1) Kisar telur, susu cair,roti, air dan perisa pisang.

2) Cairkan gula dalam periuk.

3) Tuang gula dalam loyang diikuti dengan bahan yang dikisar tadi

4) Kukus sehingga masa (dalam 45 minit - 1 Jam)

5) Siap untuk makan.....


so inilah hasilnya....




Maaf lah gambar dan cara penghiasan tak lawa sebab aku main snap ajer.. Kamera masih di pinjam oleh anak buah so kamera handphone jelah yang mampu.

Pagi tadi aku suruh husband aku bawak sikit untuk kakak-kakak dia di klang. Anak buah aku suka makan.. Hee hee tapi tak tahu lah yang nie sedap ke tidak.

Untuk next week aku nak try masak kek coklat kukus pulak.

Resepi dia pun aku tengok sempoi ajer. Orang yang tak rajin sangat macam aku nie elok gunapakai resepi yang senang.. haaa haa haa

No comments:

Post a Comment