Friday, December 30, 2011

Kira kaki.. uji matematik anda

Hi Geng,

Kira kaki.. uji matematik anda

Release tension kerja... haaa.. Cepat kira kaki! Ahahhaa..



 DALAM BAS ADA 7 ORG AWEKS,

SETIAP ORG BAWAK 7 BEGS..
DALAM SETIAP BEGS ADA 7 EKOR KUCING BETINA,

SETIAP EKOR KUCING BETINA ADA 7 EKOR ANAK KUCING...

SETIAP EKOR KUCING ADA 4 KAKI...

SO, BERAPA KAKI ADA DALAM BAS...

NO TRICK... TAK TERMASUK KAKI DRIVER....

Pertolongan Pertama Mangsa Stroke

Pertolongan Pertama Pada Stroke 
(Dengan cara mengeluarkan darah pada setiap hujung jari tangan dan hujung daun telinga)

Ada satu cara terbaik untuk memberikan pertolongan pertama kepada orang yang mendapat serangan STROKE. Cara ini selain dapat menyelamatkan nyawa si penderita, juga tidak menimbulkan efek sampingan apapun.

Sebagaimana diketahui, orang yang mendapat serangan STROKE, seluruh darah di tubuh akan mengalir sangat kencang menuju pembuluh darah di otak. Apabila kegiatan pertolongan diberikan terlambat sedikit saja, maka pembuluh d! arah pada otak tidak akan kuat menahan aliran darah yang mengalir dengan deras dan akan segera pecah sedikit demi
sedikit.

Dalam menghadapi keadaan demikian jangan sampai panik tetapi harus tenang.  
Si penderita harus tetap berada di tempat asal di mana ia terjatuh (misalnya: di bilik mandi, bilik tidur, atau di mana saja).

JANGAN DIPINDAHKAN!!! 

sebab dengan memindahkan si penderita dari tempat asal akan mempercepat perpecahan pembuluh darah halus di otak. 

Penderita harus dibantu mengambil posisi duduk yang baik agar tidak terjatuh lagi, dan pada saat itu pengeluaran darah dapat dilakukan. 
Untuk yang terbaik menggunakan JARUM SUNTIK, namun apabila tidak ada, maka JARUM JAHIT / JARUM PENITI dapat diguna dengan terlebih dahulu disterilkan dengan cara dibakar di atas api. 

Sejurus setelah jarum disterilkan, lakukan PENUSUKAN pada 10 HUJUNG JARI TANGAN. Titik penusukan kira-kira 1cm dari hujung kuku. Setiap jari cukup ditusuk 1 kali saja dengan harapan setiap jari mengeluarkan 1 titis darah. 

Pengeluaran darah juga dapat dibantu dengan cara dipicit apabila darah ternyata tidak keluar dari ujung jari. Dalam jangka masa kira-kira 10 minit, si penderita akan segera sedar kembali. 

Bila mulut si penderita tampak mencong / tidak normal, 
maka KEDUA DAUN TELINGA si penderita HARUS DITARIK-TARIK sampai berwarna kemerah-merahan. 

Setelah i tu, lakukanlah 2 KALI PENUSUKAN pada masing-masing HUJUNG BAWAH DAUN TELINGA sehingga darah keluar sebanyak 2 titis dari setiap hujung daun telinga. Dengan demikian dalam beberapa minit bentuk mulut si penderita akan kembali normal. 

Setelah keadaan si penderita pulih dan tidak ada kelainan yang berarti, maka bawalah si penderita dengan berhati-hati ke doktor atau hospital terdekat untuk mendapatkan pertolongan lebih lanjut.

How To Survive a Heart Attack When Alone? CPR knowledge

 




Thursday, December 29, 2011

Ombak Rindu - Novel vs Movie




             Markah : 9/10    

     Markah : 2/10 





p/s : movie dia bosan sangat!!!! Haa... haaa .. haaa

Darah Tinggi Semasa Hamil

Baru kejap tadi aku menerima satu berita yang menggejutkan.. Baby kak rin dan pian meninggal ketika berusia 7 bulan dalam kandungan ahad lepas. innalillahiwainnailaihirojiun..
Usia perkahwinan mereka telah mencecah 3 tahun lebih dan baby itu merupakan anak sulung selepas keguguran pada 2010. Sedih aku dengar cerita kak rin.
Ceritanya ringkasnya begini...
Hari jumaat lalu, dia pergi klinik sebab darah tinggi dia naik. then doktor bagi dia ubat. aku tak pasti klinik mana yang dia pergi, yang pasti bukan klinik/hospital kerajaan.. So dia makan lah ubat itu. Masuk hari ahad, dia rasa baby dia tak gerak tapi dia ingat yang baby dia tido. Kak rin buat biasa ajelah. Then isnin pagi dia dah rasa lain macam.. rasa tak sedap hati so dia pergi klinik balik. That time doktor sahkan yang baby dia dah tak bergerak dan tiada nadi.
Now sehingga artikel ini di taip, baby itu masih ada dalam perut kak rin. Doktor tak dapat nak keluarkan baby tersebut sebab bacaan tekanan darah tinggi dia sangat tinggi. Kalau bedah juga ia akan menyebabkan pendarahan yang banyak. so doktor bagi tempoh sampai 02/01/2012 baru boleh keluarkan baby dia.
Dari sumber suami dia.. husband kak rin satu tempat keje dengan aku dulu.. Kak rin asyik nagis jer, usap-usap perut dia, husband dia pun nagis jugak. Iyalah kan.. Kak rin dah lah susah nak dapat baby. Bila dah dapat, datang dugaan macam ini pulak. Kalau aku di tempat kak rin pun memang aku dah meraung bagai. Macam mana nak terima keadaan begitu.. Dengan baby yang dah meninggal tapi still ada dalam perut. boleh bayangkan tak kalau kita kat tempat dia??
Walau macam mana pun.. kak rin kene turunkan tekanan darah tinggi dia sebab kalau biar baby tu lama-lama, boleh effect pada rahim dia. Takut pulak aku dengar. Kalau dah effect rahim, kena jangkitan dah jadi cerita lain pulak.
Aku doakan segalanya selamat. Risau aku kalau benda-benda macam nie terjadi pada orang-orang di sekeliling aku. aku tak pandai nak memujuk dan memberi kata semangat. Sebab aku tahu, perasaan dan pemikiran orang yang mengalami tidak sama dengan perasaan orang yang melihat. Bagi kata-kata semangat dan mensabarkan orang memang senang, tapi bila dah alami entah-entah kita lagi teruk dari itu.
Cuma doa sahaja dapat aku hadiahkan agar dia boleh terima ketentuan Allah. Bersyukur yang dia dah ada penyelamat di akhirat kelak.
So aku ada baca satu artikel pasal Darah Tinggi Semasa Hamil.. dapatlah tambah ilmu sedikit sebanyak. Sebagai panduan dan pemahaman.

Saturday, December 24, 2011

Kene tinggal

Minggu nie kakak ipar datang rumah. Bercuti di Putrajaya. Alhamdullilah bertambah rezeki kami sekeluarga. So tadi bawak dia dengan anak-anak dia pusing satu Putrajaya.
Masa nak balik, hajat di hati nak singgah kedai mamak presint 9 untuk makan roti canai. Sampai bawah jejantas yang menghubungkan Dataran Putrajaya ke kawasan masjid ,tiba-tiba kereta kami kene tahan dengan 2 orang budak. Cuak aku jadinya. Husband berhentikan kereta dan tanya kenapa.Risau juga kot-kot ada eksident jer.. Sambil nagis-nagis budak tu jawap dia kene tinggal kat masjid tu. Mintak kami hantar dia balik.. Tiba-tiba aku teringat kisah-kisah kurang baik dalam internet. Macam mana diaorang guna budak untuk rompak kereta. Takut aku jadinya. So aku suruh jer husband aku hantar budak berdua tu kat pak guard di masjid.
Memang time tu aku berdoa banyak-banyak ar. manalah tahu kot-kot diaorang berniat jahat. Bila husband aku sampai kereta balik, dia bagi tahu yang pak guard takde. Husband suruh diorang duduk situ dulu sebab nak hantar kakak ipar aku balik iyalah kan kereta kelisa, mana muat nak masuk ramai-ramai. Siap husband aku pesan kat budak berdua tu, duduk situ jangan gie mana-mana. Jangan cakap dengan orang lain kecuali par guard. Baik tak husband aku? hee hee
Sampai balik kat masjid lepas hantar kakak ipar aku, nampak ar budak tu kene kerumun dengan orang. Ingatkan siapa rupanya AJK Masjid. Diaorang tanya husband aku macam mana nak buat? Husband aku bagi tahu yang kitaorang nak bawak budak berdua nie gie balai polis.
Kesian jugak aku tengok budak berdua tu. Nagis ajer. Yang sorang tu dah macam nak pengsan. Sorang umur 8 tahun, sorang lagi 9 tahun. Dah penat agaknya berpusing-pusing satu masjid. nampak mereka macam penat sangat.
Alhamdullilah, sekarang budak-budak tu ada di balai polis. dan macam biasa husband aku pun buat report.

Friday, December 23, 2011

Kene gigit!!

Kejadian berlaku pada 19 Disember 2011 di mana Nur Ikhlas telah digigit oleh kawan dia di TASKA kerana berebut mainan. Alangkah..
Kesian Nur Ikhlas, nak aku marah budak tu, kecil lagi. tapi hati geram sangat. 
Korang nak tahu tak kat mana dia kene gigit??? dekat
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
PIPI!!!!
kesian anak ibu.. huu huu huu

pipi ok...
aset terbesar Nur Ikhlas... huu huu huu
akibat gigitan tersebut, kini sehingga hari ini kesan itu masih ada dan ia telah mencalarkan sedikit kecomelan Nur Ikhlas.
Dan hari berikutnya Nur Ikhlas pun demam...

Tuesday, December 20, 2011

Kecoh betul! - Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)


Kecoh opis aku hari nie gara-gara admin edar surat opsyen untuk SBPA. Dok bincang punya bincang still tak faham-faham. hee hee hee
Aku pun masih samar-samar lagi. Kene hantar borang nie selewat-lewatnya 24/12/2011. Tapi pihak Cuepacs suruh jangan sain selagi mereka tak bertemu dengan pihak PM. Entahlah. aku pun dah pening.
Tak faham pasal gaji sebenarnya.. huu huu. 
Aku pun macam frust sikit ar. Dahlah gaji aku still hold tak berganjak untuk tahun nie. So macam nak dapat anjak gaji macam LAMBAT jer... :p Surat Perlantikan dah masuk setahun lebih pun tak sampai-sampai kat tangan. Bila aku call tadi baru diaorang tahu kene kuiri dengan SPA. kalau aku tak call.. macam hampeh jer kan??? So agak-agak kalau betullah SBPA nie berJALAN LANCAR.. ramai tak yang kene buang kerja? hee hee
Now bila aku semak balik anjakan gaji aku nie, dah jadi macam pelik. Macam aku akan rugi
.
.
.
.
banyak 
.
.
.
.
.
banyak 
.
.
.
.
.

banyak sangat!!!
hanya kerana SKT HRMIS aku problem.(cheh!!!)
Macam buat aku terfikir sejenak... Aku dulu-dulu buat gaji orang gak. ada aku kisah orang tu guna HRMIS ke.. Manual ker.. janji dia dapat anjakan gaji tahunan dia. sebab aku fikir.. dah lah kerja kerajaan, beban kerja banyak aku cakap berdasarkan pengalaman bukan nak angkat tinggi kesusahan dan kesukaran penjawat awam ek... setahun sekali merasa kenaikan gaji. Maka tak kisahlah apa pun. Kalau kerajaan perakukan dokumen itu BETUL dan SAH so terima je lah. Apa masalahnya??? Nak pening-pening pasal sistem yang di ciptakan oleh manusia kenapa??
Bila deal dengan sistem nie rasa macam bodoh jerkan. Memang ar ada sesetengah sistem itu bagus tapi bila dah jadi macam nie aku rasa macam nak mencarut jer. hish!! dosa-dosa huu huu nagis aje lah yang aku mampu. paling teruk pun balik umah kang termenung jer..
Mak aku pesan kalau kita gembirakan orang kita akan dapat pahala. so kene redha lah apa yang orang buat pada kita. Namun jahat tak kalau aku kata yang tak semudah itu aku nak menghalalkan apa yang sepatutnya aku terima.
Alangkah...

Wednesday, December 14, 2011

Presint 18R8 - Forum Maal Hijrah 1433

Husband aku tengah berkobar-kobar mengikuti Forum ini kat surau sekarang sebab ada Ustaz Don.
Aku lepak dengan Nur Ikhlas kat umah jer..

dengar dari jauh pun jadilah..

Tuesday, December 13, 2011

LARIAN JOM! KITAR SEMULA 2011

 Meh lah beramai-ramai kita menyihatkan badan sambil mengitar semula barang terpakai.
Penyertaan boleh dibuat secara online melalui  

Monday, December 12, 2011

Tak Nak Merokok

Apa pandangan korang pada wanita bertudung merokok? sejak kebelakangan ini semakin menyerlah keberanian mereka.
Tadi aku keluar makan dengan member di Cyberjaya. Masa aku nak cuci tangan lepas makan aku nampak lah dua orang perempuan.. cantik sangat.. ayu berbaju kurung dan bertudung tapi.. yang tak bestnya kat tangan tengah pegang rokok. oh.. sayang kan.
Wanita melayu kini semakin parah.. adakah ini semua harga yang perlu dibayar sebagai tukaran sebuah pemodenan? Tinggi sungguh nilainya. Kalau lah aku dapat bayar harga semua ini.. aku mahu kembali ketika rokok mula-mula wujud di dunia. Aku nak letupkan kilang rokok itu. tapi mustahilkan?
Aku terfikir.. aku ada anak perempuan.. dan aku tak sanggup melihat keadaan begitu terjadi pada dia. Nauzubilliah. Bolehkah aku bertahan dan bersabar dalam mendidik Nur Ikhlas dalam zaman yang penuh ranjau dan duri ini? Insya Allah.

Thursday, December 08, 2011

Prosperity Burger - Kini kembali haa haa haa

Suka.. Suka..

Benda nie lah yang aku tunggu every year..

Umpama menunggu cerita

Lord of The Ring

selama tiga tahun..

Tak kira!!!!!

sekalipun husband tak suka makan kat Mc Donald.

aku tetap akan paksa dia pergi sana semata-mata untuk




Kepada semua..


SELAMAT MENJAMU SELERA!!!!



Wednesday, December 07, 2011

TAHNIAH!!!

Alhamdullilah.. tahniah buat insan-insan di bawah ini di atas kejayaan mereka.. Aku tumpang gembira sakan ar.. Nanti pada yang berkenaan jangan lupa belanja makan ye..



Cik Ug yang konvo hari nie.. sori akak tak dapat datang.. Maklumlah, dah lah kolej ko buat hari kerja.. perak lak tu... Mana dan nak ke sana.

Cik Ug nie baru habis baru ker?? dah setahun dah.. belajar kat Kolej Perubatan Ulu Kinta, Perak. So sekarang tengah sibuk mendera pesakit kat Klinik Kesihatan di Johor Bharu.

Kerja elok-elok dik oii.. cuba lah bawak-bawak senyum sikit. Nie dah kerja nie jangan dok ikut panas baran tu je. Huu huu huu


Haa haa.. nie pun syok jugak.. Akhirnya LULUS jugak si Maria nie.. Suka.. suka..

Berbaloi rasanya lulus sebab memang dia belajar betul-betul.

kan aku dah kata.. Kalau belajar gerenti lulus. Mana ada orang dapat senang tanpa usaha. Sedangkan orang yang kuat tipu menipu pun kene usaha untuk cari orang yang boleh di tipu.

Tahniah lah ye..

Tuesday, December 06, 2011

Hari Keluarga BPAD - Paya Indah Wetlands

Dalam tempoh 7 tahun aku kerja, inilah kali pertama aku menghadiri Hari Keluarga opis aku.. haaa haa haaa.
Ini pun sebab terpaksa.. aku malas nak bagi surat tunjuk sebab yang sekiranya aku bagi... sah-sah semua isi kandungan dalam surat itu tipu belaka. Macam dah tak sanggup nak tipu big bos.. hee hee hee
kira ok lah pergi hari keluarga nie.. dapat bawak Nur Ikhlas berjalan-jalan..
So hari sabtu, kami menghabiskan separuh hari di Paya Indah Wetlands, Dengkil



Cuaca.. Alhamdullilah, panas terik. Kami sampai agak lambat sebab lambat bangun!! Nasib baik malam tu aku dah sediakan semua barang Ikhlas. So bangun just buat bubur je.

Sebab aku sekarang duduk di Putrajaya, so perjalanan hanya mengambil masa 15 minit jer. Rupanya Dengkil dengan Putrajaya dekat sangat jika melalui jalan belakang. Baru aku dan husband tahu!!.. so lepas nie panjang lagi lah langkah kami.

Sampai sana tempat parking sangat jauh dari tapak hari keluarga. Sebenarnya boleh aje bawak masuk kereta tapi maybe sebab ramai dan takut jem so pihak perhilitan tak benarkan. Kawasan acara memang luas. Suasana segar dan nyaman. Kemudahan asas pun bagus dan terjaga. Memang credit besar aku bagi pada toilet dia.

Sambil bersukaneka.. ada acara sampingan..

Memberi makan hyppo.. Memberi makan buaya.. Menara tinjau.. Menaiki bot mengelilingi tasik. Beramah mesra bersama binatang-binatang comel..

Aku just sempat tengok acara makan hyppo dengan buaya je.. sebab aktiviti lain sebelah petang.

Sedihnya.. inilah pertama kali aku tidak dapat hadiah cabutan. Selalu tu dapat jer.. huu huu huu

Tak banyak gambar yang aku ambil sebab....

sim card kamera tinggal kat opis!!!!

Sabar banyak-banyak.. tak de rezeki.. so just gambar nie aje yang ada...


Nasib baik bawa tikar.. Mana boleh duduk diam Nur Ikhlas nie..



Dah tahu panas tapi tak mahu pakai topi... ada mainan tapi stokin tu jugak yang dia kejar..



Semua gambar di atas :
Husband aku tengak syok layan si badut..
gambar badut tak der sebab dia malu haaa haaa haa



Dan akhirnya.. setelah selamat sampai rumah... Nur Ikhlas pun demam..
Alangkah...