Selasa, 20 Disember 2011

Kecoh betul! - Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)


Kecoh opis aku hari nie gara-gara admin edar surat opsyen untuk SBPA. Dok bincang punya bincang still tak faham-faham. hee hee hee
Aku pun masih samar-samar lagi. Kene hantar borang nie selewat-lewatnya 24/12/2011. Tapi pihak Cuepacs suruh jangan sain selagi mereka tak bertemu dengan pihak PM. Entahlah. aku pun dah pening.
Tak faham pasal gaji sebenarnya.. huu huu. 
Aku pun macam frust sikit ar. Dahlah gaji aku still hold tak berganjak untuk tahun nie. So macam nak dapat anjak gaji macam LAMBAT jer... :p Surat Perlantikan dah masuk setahun lebih pun tak sampai-sampai kat tangan. Bila aku call tadi baru diaorang tahu kene kuiri dengan SPA. kalau aku tak call.. macam hampeh jer kan??? So agak-agak kalau betullah SBPA nie berJALAN LANCAR.. ramai tak yang kene buang kerja? hee hee
Now bila aku semak balik anjakan gaji aku nie, dah jadi macam pelik. Macam aku akan rugi
.
.
.
.
banyak 
.
.
.
.
.
banyak 
.
.
.
.
.

banyak sangat!!!
hanya kerana SKT HRMIS aku problem.(cheh!!!)
Macam buat aku terfikir sejenak... Aku dulu-dulu buat gaji orang gak. ada aku kisah orang tu guna HRMIS ke.. Manual ker.. janji dia dapat anjakan gaji tahunan dia. sebab aku fikir.. dah lah kerja kerajaan, beban kerja banyak aku cakap berdasarkan pengalaman bukan nak angkat tinggi kesusahan dan kesukaran penjawat awam ek... setahun sekali merasa kenaikan gaji. Maka tak kisahlah apa pun. Kalau kerajaan perakukan dokumen itu BETUL dan SAH so terima je lah. Apa masalahnya??? Nak pening-pening pasal sistem yang di ciptakan oleh manusia kenapa??
Bila deal dengan sistem nie rasa macam bodoh jerkan. Memang ar ada sesetengah sistem itu bagus tapi bila dah jadi macam nie aku rasa macam nak mencarut jer. hish!! dosa-dosa huu huu nagis aje lah yang aku mampu. paling teruk pun balik umah kang termenung jer..
Mak aku pesan kalau kita gembirakan orang kita akan dapat pahala. so kene redha lah apa yang orang buat pada kita. Namun jahat tak kalau aku kata yang tak semudah itu aku nak menghalalkan apa yang sepatutnya aku terima.
Alangkah...

2 ulasan:

  1. Nur Ikhlas tu your daughter kan? Takpe.. balik karang tengok muka dia yg cute tu tentu hilang segala masalah.

    BalasPadam
  2. dia mood monyok sekarang sebab tengah demam. hilang dah ke'cute'tan huu huu

    BalasPadam

wordless wednesday #1