Isnin, 16 Januari 2012

Kasihani diri kita..

    
Dunia nie berputar.. semua orang tahu akan aturan hidup itu.. 
Sekejap ke atas. Sekejap di bawah.
Jatuh...Bangun...Jatuh dan Jatuh....Terus bangun!
Macam-macam pengalaman yang dirasai. Kegembiraan, kesusahan, kesakitan, kebencian, kasih sayang
Itulah percaturan dunia.
Namun...
Ia tidak akan berputar untuk selama-lamanya. 
Sampai satu detik.. satu saat.. satu ketika.. 
ia akan berhenti.
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
Lumrah manusia untuk menyayangi diri sendiri. Menyayangi insan-insan di sekeliling.
dan bila orang yang kita sayangi pergi meninggalkan kita
apa yang kita rasa?
sedih?.. keseorangan?...
Pernah bayangkan apa yang akan terjadi bila orang yang kita selalu jumpa tiba-tiba telah tiada? 
dan tidak akan ada bersama dengan kita lagi?
Macam nak gila jadinya. 
Lebih-lebih lagi insan itu adalah orang harapan kita. Tempat kita bergantung. 
Macam mana nak di teruskan hidup? Apa yang perlu di lakukan?
Rindunya pada dia..
Semua perasaan ini akan bercampur baur.
Bila malam menjelma.. mula merindui. meratap nagis. 
Pada siapa perlu di ceritakan perasaan ini?
Gurindam hati yang terseksa?
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
Itulah yang selalu terjadi.
Dan kita selalu terlupa 
terlupa atau sngaja melupakan?
buat-buat lupa akan hakikat sebenarnya
Sesungguhnya 
diri kita ini adalah milik Allah S.W.T. 
Insan-insan yang kita sayang adalah milik Allah S.W.T
Segala-galanya adalah milik Allah S.W.T
Jawapannya bagi segala persoalan di dunia ini telah dijelaskan
Dijelaskan dengan sejelas-jelasnya
di dalam Al-Quran
di dalam Hadith
Jawapannya tidak lain adalah...
Mengadulah pada Allah S.W.T. 
Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa
Maha Mendengar
Maha Penyayang
maka..
terapilah jiwa kita dengan Solat Tahajud
Berdoalah
mohon pada Allah
merayulah pada Allah
Insya Allah

Firman Allah S.W.T (Surah Al-Isra ayat 79)


Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah sembahyang tahajud padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.

Doa Ketika Sedih 

Terjemahan:
Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku.

{Hadith Riwayat Ahmad}

p/s : Doakan aku berjaya membuat terapi jiwa ini ye. Permulaan ini amat payah untuk aku. tapi aku akan cuba berusaha untuk mendekatkan diri pada Allah. Dah terlalu banyak syaitan dalam badan dan jiwa aku nie. Aku takut tak sempat...

1 ulasan:

  1. Memang sedih bila terkenangkan insan2 tersayang yg telah pergi.. tp mujurlah dilahirkan sbg muslim yg wajib percaya adanya penghidupan kedua selepas mati.. hati jd tenang semula.

    BalasPadam

wordless wednesday #1