Monday, April 09, 2012

Plasma Car - mainan baru Nur Ikhlas

plasma car - mainan baru nur ikhlas
          Plasma car nie baru jer 3 minggu di beli. rasa berbaloi sangat-sangat dari beli basikal!!! Even nur ikhlas yang baru setahun dah boleh naik dan kemudi benda nie.. bukan saja dia boleh naik but aku pun naik sekali.. ayah dia pun kadang-kadang join..

          Ini semua gara-gara aku kena pergi kursus sebulan. Risau nanti Nur Ikhlas takde aktiviti di umah neneknya kat klang so kena cari something yang boleh buat dia busy. Mula-mula masa buat perancangan, ingat better beli basikal.. tapi bila fikir balik lebih baik beli plasma car sebab boleh guna sampai rosak bila-bila. Now, celik jer mata pagi-pagi, si kecik nie terus cari plasma car dia.

          Sebab Nur Ikhlas nie tak kuat kecik lagi so dia still gerakkan plasma car nie pakai kaki. tapi dalam tempoh dua minggu jer dia dah pandai ke depan, ke belakang, buat pusingan, elak rempuh barang. Aku rasa macam membina sangat-sangat daya motor dia. Kini plasma car nie dah jadi rebutan anak-anak buah aku. Kadang-kadang kesian tengok Nur Ikhlas sebab terpaksa beralah pada yang besar-besar. tapi Nur Ikhlas tak kedekut tau!!!.. dia jenis redha jer.. so seharusnya ayah dan ibu dia yang jadi penyelamat supaya dia dapat main balik.

          Lupa nak mention... plasma car nie di beli hasil simpanan dari duit yang datuk dia bagi setiap kali dia balik kampung. Baikkan atuk dia?? Sekali bagi cucu buka seringgit dua tau... Harga Plasma Car nie tak mahal.. kalau di nilai 3 boleh dapat dalam RM 70 dan kalau di GM Klang boleh dapat dalam RM 55 (ini kata orang klang ar...)

          Actually benda nie kena kemudi macam gambar kat bawah nie..


          Ada video cara guna plasma car nie.. tapi disebabkan aku tak leh nak upload so korang-korang boleh lah layari laman web nie kat PLASMACAR.COM

    
          Tapi serius aku cakap... benda nie memang b.e.s.t.!!!

4 comments:

  1. Ololo.. cumilnya Nur Ikhlas... napa serious je muka?. Mesti tgh concentrate drive la tu..

    ReplyDelete
  2. si chubby da ad kete..hbt tol!hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh... mana menyepi??? baru nmpk post sebulan nie... pencen jd cikgu ek??

      Delete