Tuesday, May 22, 2012

Puding Jagung

          Tengok susu cair dalam almari tak pakai-pakai.. dok fikir apa lah nak dibuat dengan benda tu... nak buat puding dalam paket tu macam banyak sangat.. bosan pulak..

          Tengok pulak ada 1 jagung dalam tin.. ada tepung kastard.. belek-belek buku resepi.. teringin pulak nak buat puding jagung.. ohhh.. ada juga resepi yang boleh di hancurkan!!

          Maka misi pun bermula... dengan membiarkan Nur Ikhlas menagis golek-golek atas lantai sorang diri sebab sibuk nak kacau ibunya.. hee hee Dengan ketabahan dan kekuatan dan satu tujuan satu matlamat maka terhasillah 

PUDING JAGUNG TAGISAN IKHLAS!!!!


Puding Jagung Tangisan Ikhlas... hee hee

Budak Kecik nie makan dengan gelojohnya!!!
          korang tengok gambar tu memang tak lawa.. tapi sedap tau!.. maklumlah gambar dari handset.. kita mana lah ada kamera Nikon ke Canon ke harga ribu-ribu tu.. tak mampu. so snap je guna apa yang ada..

          Ohh lupa nak letak resepinya.. ini resepi dari buku hikmat.. so ada benda yang kena try test juga.. kalau nak manis tambah gula.. kalau tak nak manis kurang gula.. kiranya boleh godek-godek ar.. macam biasa.. buat macam dapur sendiri!!

Bahan-bahannya...

1 tin susu cair

1 tin jagung manis

1 cawan gula

1 cawan tepung kastard

4 cawan air

2 sudu besar margerin

Caranya..

Campur semua bahan dalam periuk.. kacau sampai pekat likat.. dah masak. masukkan dalam bekas dan sejukkan.. hee hee senang kan..

tapi jagung manis tu macam biasa aku suka blend dulu kasi hancur.. lagipun senang si kecik tu nak makan tak delah nak tercekik ke apa.. Insya Allah.

Selamat mencuba!!

Monday, May 14, 2012

Nak pinjam novel??

Assalammualaikum..

Setelah hampir 2 tahun tak membeli sebarang novel.. komik.. majalah.. Akhirnya!!! ini lah novel terbaru yang ada dalam rak buku aku di rumah. Taaaaaa daaaaaaa!!!

Novel nie memang tebal giler.. muka surat ribu-ribu.. harga?? RM 37.00.

so macam biasa aku amik masa sehari jer nak habiskan.. dengan penuh kekusyukan.. haa haa haa

First time beli novel mahal.. rasa macam membazir jer. tapi dah TERbeli nak buat macam mana.. Husband pun tak membantah. Pelik jugak sebab selalu dia akan bising kalau bab-bab membazir nie. lebih baik beli buku-buku islamik.. katanya. so lepas nie kena tahan nafsu membeli novel untuk 2 tahun lagi.

Jadi untuk rasa ketidak sedapan hati aku sebab dah bazirkan duit so aku nak offer sapa-sapa yang dok kat putrajaya atau dok klang untuk PINJAM buku nie. daripada dia dok diam-diam dalam almari tu so baiklah dia di baca oleh sahabat-sahabat.

So bila dah pinjam mestilah ada syarat-syaratnya kan...

Syaratnya mudah jer..

1) Member2 kat putrajaya ngan klang je tau.. pos2 lagi membazir..

2) tempoh pinjaman sehingga habis baca.. habis...kalau dah maksud pinjam nie kenalah pulangkan balik bila dah selesai. Nanti orang lain nak baca gak. takkan korang baca novel sampai 3 bulan kot?? ada ker??

3) Kenalah jaga elok-elok.. RM 37 tau.. bukan sekupang dua.. Aku tak lah demand sangat tapi jangan pulak sampai koyak rabak.. 

4) Sapa yang dah pinjam tapi tak pulang memang aku kan pamerkan nama korang kat FB dan Blog aku nie secara dwi bahasa..biar orang kat india, china dan perancis tau! haa haa..

Kat umah aku adalah sejumlah novel ngan komik. Buku Islamik pun ada..Actually.. ada lagi sekotak besar.. koleksi kak ngah tapi dah terkorban menjadi makanan anai-anai..

So sapa yang dah bosan boleh lah request nak pinjam.. dulu-dulu masa kecil aku buat sistem pinjam meminjam nie.. so macam best pulak kalau mulakan balik.. boleh kita tukar-tukar kan..

Friday, May 11, 2012

Roti Jala Kuah Kari Sotong

Alhamdullilah.. pagi sabtu minggu lepas aku berjaya buat pertama kalinya buat roti jala.. hee hee sebulan mengidam nak makan.. haa haa

Macam pakar jer.. takder satu pun yang tak jadi..

so ini lah hasilnya...

Roti Jala dalam Kuali.. hee hee
 Ini kuali aku beli di IKEA.. harga?? RM 8 lebih jer... murah kan?? tapi memang best giler.. tak melekat dan senang cuci.. Aku masak roti jala nie sapu minyak sikit dan sekali sahaja.. untuk kali kedua dan seterusnya aku tebar jer tanpa letak minyak.. untuk masak telur dadar pun macam tu..so semakin kurang kolestrol aku.. wahhh!!!


Roti Jala dalam pinggan.. hee hee
 Sedap jugak!! tak malu puji diri sendiri kan.. so Insya Allah sarapan akan datang aku akan buat lagi..

Opss sorry.. Kuah kari sotongnya mana?? Memang aku ada ambil gambar roti jala bersama kuah dia tapi hilang... Kamera aku tiba-tiba jem.. gelap semacam. Malas nak godek-godek kemera tu sebab dah lapar, aku terus gap jer.. Lain kali ek..

so bahan-bahan nak buat roti jala??? macam poyo kan nak letak resepi.. lantak!! nak letak jugak takut aku yang lupa nanti haa haa haa!!!

untuk makan 2-3 orang jer tau..

Bahan-bahan:

1 Cawan Tepung Gandum
1 sudu kecil Garam (ikut sedap rasa gak)
1 sudu kecil kunyit (ikut keserasian mata melihat ek)
1 biji telur
Air (secukupnya)

Cara buat:

1) Campur semua bahan dan kacau..
2) Adunan jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat
3) Tapis supaya takde ketulan-ketulan tepung yang boleh menyebabkan acuan tersumbat
4) Menggunakan acuan.. tebar atas kuali
5) Dah masak.. angkat dan terus gulung (ikut ar kretiviti masing-masing)
6) siap!!!

aku try dalam acuan roti jala dulu sebab nak tengok adunan tu boleh melalui lubang tu ke tak.. kalau tak boleh.. aku tambah air lagi.. kalau tak masin aku tambah garam.. macam tu lah keadaanya.. kiranya cuba-cuba jaya gak..

masa tebar tu jangan pusing laju-laju.. jangan pusing perlahan-lahan.. sedang-sedang jer.. macam kacau air dalam jug untuk bakal mak mertua..

masa gulung tu lebih elok time lepas angkat.. senang nak melekat. kalau dah sejuk macam tak cantik.. kata mak aku...

so pada sesiapa yang nak try.. cuba lah. manalah tau kot-kot kuah kari malam tadi tak habis lagi. jangan lah buang.. boleh buat kuah roti jala pulak..

Selamat mencuba!!! haa haa

Monday, May 07, 2012

Nur Ikhlas bersama-sama coklatnya!

          Sangat sibuk sejak balik dari kursus sebulan nie.. takde masa nak update blog.. oh tidak!!!
Kononnya nak qada' balik kasih sayang yang terkurang selama sebulan pada buah hati kesayangan nie..
         
          adeh.. tak jugak! sejak si kecil nie dah dapat kaki.. tone suara mak dia makin tinggi.. kalau tak sibuk mengangkat kaki nak memanjat.. sibuk ke hulu ke hilir menggigit botol susu.

          Sekarang dah pandai.. bye-bye mak ayah terus jer menuju ke pintu utama. macam dah bagus sangat nak keluar sorang-sorang.

          Semalam dok teman ayah dia lepak kat kedai mamak.. semua tak nak makan.. suruh duduk pun tak mo dah. Dok nak mengejar burung ngan kucing. Last-last ayah dia bagi coklat.. ok dok diam kejap sambil menikmati.. tapi!!! asal nak makan je tadah tangan +  sebut 'amin' + sapu muka.. nie lah jadinya


ini adalah akibat kenapa si ibu macam malas sangat nak kasi Nur Ikhlas makan coklat

sila abaikan muka ku yang dah agak tembab itu!