Tuesday, May 22, 2012

Puding Jagung

          Tengok susu cair dalam almari tak pakai-pakai.. dok fikir apa lah nak dibuat dengan benda tu... nak buat puding dalam paket tu macam banyak sangat.. bosan pulak..

          Tengok pulak ada 1 jagung dalam tin.. ada tepung kastard.. belek-belek buku resepi.. teringin pulak nak buat puding jagung.. ohhh.. ada juga resepi yang boleh di hancurkan!!

          Maka misi pun bermula... dengan membiarkan Nur Ikhlas menagis golek-golek atas lantai sorang diri sebab sibuk nak kacau ibunya.. hee hee Dengan ketabahan dan kekuatan dan satu tujuan satu matlamat maka terhasillah 

PUDING JAGUNG TAGISAN IKHLAS!!!!


Puding Jagung Tangisan Ikhlas... hee hee

Budak Kecik nie makan dengan gelojohnya!!!
          korang tengok gambar tu memang tak lawa.. tapi sedap tau!.. maklumlah gambar dari handset.. kita mana lah ada kamera Nikon ke Canon ke harga ribu-ribu tu.. tak mampu. so snap je guna apa yang ada..

          Ohh lupa nak letak resepinya.. ini resepi dari buku hikmat.. so ada benda yang kena try test juga.. kalau nak manis tambah gula.. kalau tak nak manis kurang gula.. kiranya boleh godek-godek ar.. macam biasa.. buat macam dapur sendiri!!

Bahan-bahannya...

1 tin susu cair

1 tin jagung manis

1 cawan gula

1 cawan tepung kastard

4 cawan air

2 sudu besar margerin

Caranya..

Campur semua bahan dalam periuk.. kacau sampai pekat likat.. dah masak. masukkan dalam bekas dan sejukkan.. hee hee senang kan..

tapi jagung manis tu macam biasa aku suka blend dulu kasi hancur.. lagipun senang si kecik tu nak makan tak delah nak tercekik ke apa.. Insya Allah.

Selamat mencuba!!

2 comments:

  1. Thanks atas resepi itu.

    Nur Ikhlas kalau menangis, lain kali bagi dia secubit tepung biar dia main uli2, dah nama pun anak dara kan.. mesti la nk tlg mama dia kat dapur.

    ReplyDelete
  2. knapa tak letak gambar ikhlas nangis tergolek-golek...?

    ReplyDelete