Tuesday, August 28, 2012

Impian 'orang tu' tercapai :)

Assalammualaikum..

Selamat hari raya!!

Selamat menunaikan puasa sunat 6!!!

sihat? aku sihat sangat-sangat. cuma si kecik nie je yang semakin menguruskan diri.. kita time puasa nie lah dok sibuk melantak bagai.. dia nasi pun tak mau.

Alhamdullilah, raya kali nie dapatlah merasa lemang dan rendang.. Raya pertama dan kedua di klang. Berjalan sakan ar. Si Nur Ikhlas nie pulak jenis tak mau dok dalam rumah. celik je mata ajak keluar. Dari pagi sampai malam nak dok luar jer. Kalau tak bagi berguling-guling kat lantai. Memang akhir-akhir puasa tu menguji kesabaran mak dia.

Raya ke tiga balik rembau. so berkumpul adik beradik. Gatal sangat menyakat mak kata balik raya ke empat, berjujuran air mata dia.. Minta Ampun ye mak.. nie semua menantu kesayangan mak punya pasal. salahkan dia ek..

Full story untuk raya aku akan update kemudian sebab aku nak fokus dulu pada benda nie..

Setahun lebih my hubby idamkan benda nie.. akhirnya tercapai jugak hasrat dia. walaupun tak seberapa tapi boleh lah nak penuhkan nafsu di hati.. bila dah ada benda nie terpaksalah aku menjalankan projek taman aku pulak.. adeh.. ada masa ke nie??

apa benda nya??

nie haa...


'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'



meja taman!!!!

best dapat bersantai kat balkoni umah.. mengadap tasik lagi.. hee hee

angin jangan cakap ar.. tingkat 12 lah katakan..

cuma kena jaga-jaga sikit sebab risau si kecik tu baling barang ke bawah.. tak pasal-pasal kang..



layan perasaan sambil menikmati udara putrajaya


tukang buat kecah.. nie lah orangnya!!!
sapa yang nak buat rumah terbuka meh lah ajak aku.. insya Allah aku datang tapi tak janji.. rumah terbuka aku?? yang khas-khas takde lah sebab umah aku sentiasa mengalu-alukan kedatangan kawan-kawan.

Thursday, August 16, 2012

Selamat Hari Raya!!!


 
Sekiranya sepanjang hidup saya ini telah mengguriskan hati sahabat2 dan keluarga tersayang, 
saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf. 

Sekiranya ada hutang yang tidak terbayar 
mohon maklumkan agar dapat saya lunaskan..

Sekiranya ada janji yang tidak ditepati..
mohon diingatkan agar dapat saya penuhi..

Sesungguhnya saya adalah hamba Allah yang lemah.

Selamat menyambut hari raya pada semua umat islam di dunia.
marilah kita sama-sama berusaha menegakkan syariat Islam
Insya Allah

Friday, August 10, 2012

Salam Ramadhan

Sibuk sangat-sangat sampai takde masa nak update blog.. kalau ada masa pun sempat main game kat FB jer.. hee heee

apa cerita puasa nie??

Tahun nie tahun ke-2 aku berpuasa dengan kehadiran Nur Ikhlas.. tapi time nie berbeza sikit. Budak kecik tu dah pandai menyibuk sekali pastu kena bersabar gak bila budak kecik nie makan sambil suap-suap manja ke dalam mulut ibu dia..

setakat ari nie, gangguan hanya ketika berbuka jer. time sahur haruslah dia tidur dengan lenanya. tapi sejak dua hari lepas makin awal pulak dia bangun. Doa-doa semoga tiada gangguan ketika sahur. nanti si ibu mula ar menggelabah. mana nak layan dia mana nak layan ayahnya..

Sempena 10 hari terakhir ramadhan nie... marilah kita sama-sama menambahkan amalan ye. banyakkan bersedekah. Selamat mencari malam lailatul-Qadar.. Insya Allah..