Friday, November 23, 2012

Demam denggi VS denda

Assalammualaikum..

Selamat pagi!! ceria tak hari nie? Opis masih sejuk seperti biasa walaupun di luar panahan matahari semakin terik mambahang.

Baru-baru nie dalam FB, adalah sorang insan nie bising kena denda RM 500 sebab penguatkuasa jumpa jentik-jentik kat tepi mesin basuh di rumah dia. Nak minta bantuan kat adun untuk pengurangan. Tanya lawyer boleh lawan ke tak kes nie sebab yang dijumpai nyamuk air (kata dia lah).

RM 500 adalah terlalu murah jika nak dibandingkan dengan satu nyawa. aku membalas. Balas teman yang lain mengatakan RM 500 tidak terasa bagi yang berduit tapi bagaimana dengan yang tidak berkemampuan dan susah mata pencarian....

Yes.. aku tahu tak semua orang kaya dan berkemampuan. Namun itu bukan alasan untuk kita sesuka hati melepaskan tanggungjawab. Jika kita perihatin, walaupun perkara yang remah seperti takungan air pun kita akan awasi. Seharusnya tanpa mengira harta, pangkat dan usia kita kenalah bersama-sama menjaga kebersihan.

Penguatkuasa hanya menjalankan amanah yang kita semua beri. Bila mereka tidak ambil tindakan atau tidak menjalankan tugas, kita kata mereka makan gaji buta, malas buat kerja. Bila di denda, melenting pula??? hairan dengan insan-insan begini. Jika demam denggi mula menular di kawasan kita, kita salahkan mereka lagi. Mengadu di media bahawa pihak berkuasa tidak mesin rumput, sampah tidak dipungut, longkang tersumbat dan macam-macam aduan yang tidak mencerminkan kecerdikkan orang berpelajaran.

Dah tahu rumput itu sejengkal dari pintu gate rumah, apalah salahnya tolong cabutkan. Keluarkan sedikit peluh di waktu cuti.

Kenapa sampah tidak di pungut? Sila lah lihat contoh gambar di bawah.. Macam mana pihak berkuasa nak pungut.. Dah sediakan tong sampah tapi main campak je. Dah berterabur macam mana nak kutip? Bila hujan, sampah pun hanyut ke dalam longkang. Tersumbat pulak...



Ini statistik kes denggi di Malaysia


so fikir-fikir lah..

No comments:

Post a Comment