Jumaat, 2 November 2012

Misi mengemas rumah

sangat-sangat di akui bahawa pemilik blog ini terlalu malas nak mengemas rumah!!!

Mula pindah rumah Jun 2011 hingga kini, rumah tu masih bersepah dengan barang-barang yang tak di organise. Semakin hari semakin semak. Lepas tu gaduh semut semakin banyak.

Konon nak mengemas sikit-sikit. tapi hampeh je.. kini sejak si kecil nie makin membesar, peratus kesepahannya makin meninggi..

Sejak mengandung nie, semakin rimas berada di dalam rumah sendiri. Terlalu semak!!! mulalah hati asyik panas je. Oh no!! kena buat something juga... kalau tak darah tinggi bakal muncul.

Memandangkan rumah tu kerajaan yang punya, so takdelah aku nak buat renovation bagaikan.. buat apa perhabis duit untuk rumah orang. Aku just plan nak buat hiasan je. susun atur biar kemas dan terancang. ala-ala 5's ar.

Rumah tu ada 3 bilik je. satu ruang tamu bersambung dengan ruang makan. 1 stor dan dapur. Yang bestnya, rumah nie dah lengkap dengan kabinet. so mudah sikit nak menyimpan barang.

Sebab nur ikhlas semakin besar dan mainan dia semakin banyak.. aku kena mulakan dengan menyusn atur barang dia dulu. Rasa-rasanya satu bilik kena buat juga sebagai bilik mainan dia. Kena fikir dulu. Tak per ada masa lagi sebab projek nie nak mula minggu depan. Minggu nie nak cari idea dulu. Nak fikir apa yang kena beli, apa yang kena buang.. hee hee

Memandangkan badan nie tak boleh buat kerja berat, so kena buat perlahan-lahan. Nantikan hasilnya ye.

1 ulasan:

  1. Deq Su - Selamat menikmati rumah baru & tahniah sbb Nur Ikhlas nak dapat adik... patut la dah lama menyepi.



    BalasPadam

wordless wednesday #1