Isnin, 17 Jun 2013

Tabiat baru - Nur Ikhlas selepas 2 tahun

 
Assalammualaikum..
 
3 bulan cuti bersalin memang nikmat sungguh. Mengulit anak dari pagi sampai malam. Baik si kakak atau si adik..
 
So ari nie nak cerita perihal si kakak Nur Ikhlas nie..Budak comel yang tak reti dok diam. 24 jam mulutnya dok membebel sampai ibunya tak faham apa yang dia cakap..
 
Apa perkembangan dia sekarang???
 
1) Sekarang dah pandai menyanyi lagu ibu ratu hati ku.. lagu buai laju-laju.. lagu Al fatihah - ummi.
 
2) ABC belum pandai lagi tapi dah kenal huruf A dan B. tang C tu susah sikit sebab bila tanya huruf apa dia jawap ulat.. adeh..
 
3) 123 dah lancar cuma belum kenal je.
 
4) dah pandai naik basikal.. tapi tang kayuh tu sekerat-sekerat je
 
 
Tengok muka suci murni kan... kan..
 
Al-kisah.... bila cuti bersalin nie baru perasan tabiat dia yang satu nie.
 
mula-mula pelik gak asal setiap kali pakai gaun mesti tersingkap sampai atas. rupanya ini keje dia.
 
 
 
Dulu-dulu perasan yang kalau pakaikan dia seluar sampai aras perut, dia akan suruh turunkan sedikit. tak pun dia yang tarik ke bawah. Ingatkan seluar tu ketat sebab perut dia buncit.. haaa haaa
 
Lama-lama perhati baru si ibu ini tau tabiat dia yang satu nie...kalau dok menyusu mesti tangan dia dok menggentel hujung pampers yang dia pakai. Memang secara automatik bila dia pegang botol susu, tangan dia akan turut memegang hujung pampers. Pastu gentel lah sampai tertido.
 
Bukan masa tido je tau.. masa tengok tv ke.. masa berjalan ker.. memang tangan dia kat situ. tak kira air susu atau air sirap. sama je.
 
Bulan lepas bawa Nur Ikhlas pergi Setia Alam City Mall. Pakaikan dia baju gaun.. sambil jalan boleh dia singkap gaun tu cari hujung pampers. Adeh... lepas nie memang keluar pakai seluar je lah ye Nur Ikhlas.. tak pasal-pasal ko menyeksi depan orang.. heee heee.

6 ulasan:

  1. Dah lain dah muka Nur Ikhlas.... makin jelita!

    BalasPadam
    Balasan
    1. haaa haaa jelita ek.. senyum lebar ikhlas kalau dengar nie..

      Padam
  2. comel la anak akak..dah besar msti cantek nih.. ^_~

    BalasPadam
  3. Suka yg part p'kmbgn no. 2 tu.comey tul nur ikhlas.tgi imaginasi.haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. tunggu apa pulak tabiat anak awak bila besar nanti..

      Padam

wordless wednesday #1