Rabu, 6 November 2013

Taska Mamamia :Taska baru Ikhlas & Ilyas

Assalammualaikum...

Nak buat N3 khas buat taska baru Ikhlas dan Ilyas lah....

Alhamdullilah dah masuk dua bulan anak-anak ibu berada di taska baru. Jom kita sama-sama review Taska Mamamia di Presint 16, Putrajaya.

https://www.facebook.com/taska.mamamia?fref=ts
Taska Mamamia, Presint 16
Lepas habis pantang, hampir 3 bulan ibu cari taska untuk anak-anak ibu ini. Cuba sepenuh hati dan tekad mencari yang terbaik... yang dapat memenuhi permintaan ibu dan anak-anak. Alhamdullillah, Allah gerakkan hati untuk menghubungi Puan Yana, owner taska nie.

Setakat N3 ini dititipkan.. ibu sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberi. Walaupun sedikit agak jauh dari taska lama, tapi demi masa depan anak-anak ibu redah juga.

Aktiviti yang dibuat di Taska ini mengikut perkembangan kanak-kanak. Sejak Ikhlas dihantar ke sini, jelas perbezaannya. Ikhlas semakin ceria dan petah bercakap. Tidak kering dengan cerita-cerita setiap kali jemput dia dari Taska. Dah pandai baca doa makan walaupun sedikit berterabur.

Paling latest Ikhlas belajar sembahyang.. Alhamdullilah..





Sayu sebenarnya hati ini nak menyerahkan anak-anak ke tangan orang lain setiap pagi di mana ibu seharusnya menjaga dan membelai anak-anak ibu setiap masa. Lagi-lagi bila dengar kes penderaan di taska.

Namun apakah daya, ada hutang yang perlu dijelaskan.. Insya Allah.. ibu dan ayah sedang berusaha untuk melunaskan segala-galanya. Jika waktunya telah tiba ibu akan dengan rela hati menjaga anak-anak ibu sepenuh masa. doakan Ibu ye sayang.

Doa ibu semoga Allah memelihara keselamatan dan kesihatan anak-anak ibu. Ikhlas dan Ilyas membesar menjadi anak yang soleh dan solehah. Amin..

6 ulasan:

  1. Ibu jgn risau2... Allah yg akan menjaga mereka
    masa ibu keja....

    BalasPadam
  2. Moga Ikhlas n Ilyas baik2 saja... Ibu takyah risau. Moga diorg membesar ngan sihat n m'jd ank yg soleh dan solehah. Amin...

    BalasPadam
  3. Salam,
    saya ingin contact Pn Yana tetapi no handphone dia macam tak wujud. ada no tel dia yang lain tak sebab saya nak tanya dia pasal taska ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang dalam simpanan saya 0123598817. kalau ada yang lain nanti saya Tanya.. kalau nak senang add FB dia https://www.facebook.com/taska.mamamia?fref=ts

      Padam

wordless wednesday #1