Thursday, January 30, 2014

Happy 3rd Birthday Nur Ikhlas

Assalammualaikum.
 
Selalu buat N3 terlambat kalau bab-bab birthday nie.
 
Tahun ini buat pertama kali Nur Ikhlas sambut birthday di Taska Mamamia.
 
So jom layan gambar-gambar yang di ambil oleh Puan Yana, owner Taska Mamamia..
 
 


Nie kek birthday Nur Ikhlas. ditempah khas dari D'NiES CAkE. Cantikkan!! Masa nak tempah kek nie agak pening sikit. Belek punya belek nampak pulak si Dora cerita kartun kesukaan Nur Ikhlas nie. terus je lah aku request kat anis dan semestinya tema pink. Bila aku tengok macam saying pulak nak potong. huuu huuu

Bawah nie gambar Nur Ikhlas bersama teacher linda yang mengajar dia di Taska Mamamia. Teacher linda yang cantik dan lembut. heee heeee



Nie pulak goodies yang aku sediakan utntuk kawan-kawan Nur Ikhlas. Sebenarnya tak pernah pun buat benda-benda macam nie. Teringin sangat nak buat. dah masuk 3 tahun baru lah tercapai hajat di hati. Alhamdullilah.
 
 

 
 
Hope kawan-kawan dia suka. Nak pilih benda yang nak bagi pun merata gak mencarinya.. Akhirnya singgah di GM, Klang baru jumpa. Beli banyak boleh dapat harga borong :P


 Antara barang yang terdapat dalam goodies nie selain coklat dan biskut adalah bekas tabung bersama isi permainan doh.
 
 
Alhamdullilah. bila tercapai hajat dihati ini macam lega sangat-sangat. Insya Allah kalau ada rezeki boleh buat untuk Muhammad Ilyas pulak. tapi kena tunggu dia cecah 3 tahun lah.. Kalau buat sekarang bukannya dia faham apa-apa pun.
 
 
Rasanya tak mungkin kot buat tiap-tiap tahun. Bila dah biasakan macam manjakan anak pula. tapi kalau nak buat tak salahkan?
 
Untuk Muhammad Ilyas bulan tiga nanti dah masuk setahun kita buat macam kakaknya dulu. Just sambut dengan keluarga je ok? 

Thursday, January 02, 2014

Penjelasan - Kenapa Umat Islam dilarang mengucapkan Selamat Hari Krismas?

Kenapa Umat Islam dilarang mengucapkan Selamat Hari Krismas?

Christian : Kenapa kau tidak mengucapkan Selamat Hari Krismas padaku?

Muslim : Agama kami menghargai toleransi antara agama, termasuk agamamu tapi masalah ini, agama saya melarangnya.

Christian : Tapi kenapa, bukankah hanya sekadar kata-kata? Teman muslimku yg lain, mengucapkannya kepada aku?

Muslim : Mungkin mereka belum mengetahuinya. David, kau boleh mengucapkan dua kalimah syahadah? dlm bahasa melayu pun tak mengapa?

Christian : Oh tidak, saya tidak boleh mengucapkannya. Itu akan mengganggu kepercayaan saya selama ini.

Muslim : Kenapa? Bukankah hanya kata-kata? Ayuh, ucapkanlah...

Christian : Sekarang, saya mengerti.


Jadi haram hukumnya mengucapkan Selamat Hari Natal/Christmas & Tahun Baru kerana ada dlm Hadith Nabi:

"Barang Siapa yg Meniru, Mengucapkan Selamat kpd Agama Lain Bererti ia Telah Kafir & Neraka Janahamlah Tempatnya" (HR.Bukhari Muslim)


Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda :


مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk golongan mereka”. (H.R Abu Daud)





وَلَنْ تَرْضَى عَنْكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدَى وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُمْ بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ مَا لَكَ مِنَ اللَّهِ مِنْ وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ

“Orang-orang Yahudi dan Nashrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah, sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar). Sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.” (Al-Baqarah:120)