Wednesday, March 12, 2014

Happy Birthday Muhammad Ilyas - Setahun

Assalammualaikum
 

Alhamdullilah.... budak nie dah setahun..
 
Semoga membesar menjadi anak yang soleh. Kuat iman di dada untuk mengharungi cabaran akan dating. amin

Wednesday, March 05, 2014

Nur Ikhlas : Cerai Lampin Ep 1


Assalammualaikum...

Selalu tertanya-tanya bilakah usia yang paling tepat untuk Nur Ikhlas nie 'cerai lampin'...

ohhh...  akhirnya 04 Mac 2014 bermula episode untuk Nur Ikhlas belajar 'Potty Training'.

Hampir 6 bulan ibu pujuk untuk buat Potty Training sebab Nur Ikhlas dah pandai cakap nak berak dan kencing tapi ada saja alasan si kakak nie..

Siap ibu belikan Kid Toilet Foldable Trainer Potty Seat Step Ladder macam yang si kakak minta (sebab nak sama dengan yang ada di taska)

Alasan utama dia "nanti ikhlas nak pegang pampers" tabiat dia yang paling sukar nak buang. (di sini)

Petang semalam selepas balik taska, Nur Ikhlas request untuk tak nak pakai pampers.. wahh ibu rasa sangat-sangat gembira. Macam satu hadiah yang sangat berharga buat ibu.

Kelakar sangat bila dia nak buang air kecil... terkejar-kejar buka seluar dan berlari ke tandas.. Setiap jam kena tanya dia nak kencing ke tak. Alhamdullilah berjaya untuk tidak memakai pampers dari jam 6 petang sehingga nak tido. Bila nak tido baru pakai pampers.

Tadi hantar ke taska, Nur Ikhlas pakai pampers tapi ibu dah beritahu teacher yang Nur Ikhlas tengah buat Potty Training..So harap hari ini boleh diteruskan sehingga berjaya untuk tidak pakai sepenuhnya. Insya Allah.