Wednesday, November 19, 2014

Resepi : Biskut Sarang Semut

Assalammualaikum.

Wahhh... macam hebat kan tajuknya.. tiba-tiba rajin pulak ibu nak buat Biskut nie..

Nie lah biskut pertama yang ibu buat dalam hidup. heee heee.

Buat time nak raya hari tu. Punya lah lama baru hari nie nak update dalam blog. 

Disebabkan ibu takde oven.. so ibu just bakar dalam pemanggang ajaib.. 



so bahan-bahannya : 

• 250g butter
• 100g gula halus
• 350g tepung gandum (diayak)
• 100g tepung jagung (diayak)
• 1 biji kuning telur
• 1 sudu teh esen vanilla
• Chocolate rice/manik untuk hiasan

Cara-caranya :


1. Pukul kembang butter dan gula

2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata
3. Masukkan tepung dan gaul rata
4. Parutkan adunan dan sudukan ke dalam paper-cup
5. Taburkan coklat rice dan manik gula kecil.
6. Bakar dalam oven dgn suhu 180’C sampai masak (anggaran 15 minit)

taaa-daaaa... dah siap. tapi kalau korang pakai pemanggang ajaib macam ibu kenalah agak-agak masaknya.. api pun kecik je.. kalau tak nanti hangus.

selamat mencuba!!