Wednesday, January 14, 2015

2015 : Selamat Tahun Baru

Assalammualaikum...

wahhhh.. menyepi lagi ye kita.. sibuk sesangat agaknya.. heee heee.. maklumlah hujung tahun.

tup..tup.. dah masuk tahun baru.

rindu tak kat budak berdua nie?


Dah semakin membesar.. makin panjang akal...

Alhamdullilah.. 

Allah menganugerahkan mereka dengan kesihatan yang baik sepanjang tahun 2014. Insya Allah.. 



heroin nie semakin becok mulutnya.. 
terlalu banyak soalan yang diutarakan pada ibu sampai ibu pening kepala nak menjawab. 

Dah boleh diharapkan untuk jaga adik bila ibu sibuk.. 
lebih-lebih lagi dengan keadaan ibu sekarang yang tak berapa nak sihat.


hero yang banyak cekadak.. manja.. yang selalu buli kakak.

tak lut dengan suara petir ibunya..

wahhhhh.. 10 kali ganda menguji kesabaran ibu..

kejenya asyik tersengih je.. kena marah sengih.. nak buat nakal sengih..

tang nak susu je dah pandai hentak kaki..

ish... ish...

apa-apa pun...

ibu akan terus berdoa agar anak-anak ibu nie sentiasa sihat ... menjadi anak yang soleh dan solehah.. dijauhi segala bala.. kuat imannya dan sentiasa dirahmati serta dilindungi Allah.

Amin