Monday, July 13, 2015

ubat mematangkan paru-paru bayi

Apakah maksud ubat mematangkan paru-paru bayi?

Steroids

Ia diberi kepada ibu untuk membantu kematangan paru-paru bayi pra matang.

Ubat yang digunakan di KKM adalah dexamethasone dan ia diberi dalam bentuk suntikan di punggung pesakit.  Dos yang digunakan adalah 12mg setiap 12 jam untuk 2 suntikan.

Kebaikan steroids termasuk:
1) Mengurangkan masalah pernafasan bayi selepas bersalin disebabkan pra-matang.
2) Mengurangkan masalah pendarahan di dalam otak bayi selepas bersalin disebabkan pra-matang.
3) Mengurangkan masalah jangkitan usus bayi selepas bersalin disebabkan pra-matang.
4) Mengurangkan risiko kematian selepas bersalin disebabkan pra-matang.

sumber: www.myhealth.gov.my

p/s: pengalaman menerima suntikan ni... memang sakit sangat. dalam tempoh 10 minit dari mula disuntik rasa kesakitan tu seperti nak mematahkan besi katil hospital.

Sunday, July 12, 2015

Muhammad Ilman Mohd Asmad

Assalammualaikum..

lama menyepi ye..

Alhamdullilah.. kita dah selamat melahirkan baby boy pada 20 Mei 2015. Muhammad Ilman namanya. lahir pada minggu - 32..

doakan ilman sihat dan membesar bagai johan ye.