Tuesday, June 21, 2016

Kadang-kadang orang perempuan pun ada hati dan perasaan untuk berbakti pada ibu dan ayah yang telah membesarkan mereka berpuluh tahun.


suami yang baru dua tiga tahun hidup bersama isteri jangan lah kejam sangat


support each other punya family. baru lah umat nabi Muhammad berkembang dengan baik.


fikirlah perasaan kita bila esok dah tua kalau anak perempuannya dibuat begitu oleh suaminya bagaimana? jangan nanti dok sebut-sebut rindu anak.


selalu ingat... what you give you will get back.


nurkilan
-masdia idham-

Tuesday, June 14, 2016

Dari Allah Kita datang Kepada Allah Kita Kembali

Assalammualaikum.

Selamat berpuasa.





Ahad 12 Jun 2016

perginya Pak Uda mengadap Illahi



Selasa 14 Jun 2016

Perginya Pak Ngah mengadap Illahi


Semoga Roh Arwah Pak Uda dan Pak Ngah dicucuri rahmat. Amin


*****************************************************************************

Dan ingatlah, Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang atau sesuatu yang bernyawa apabila sampai ajalnya dan Allah amat mendalam pengetahuannya mengenai segala Yang kamu kerjakan (QS. Al-Munafiqun : 11).





Tuesday, June 07, 2016

BlackOut 1 Ramadhan 1437

Assalammualaikum.

Selamat berpuasa Sahabat

Hari ni dah masuk 2 Ramadhan 1437 bersamaan 07 Jun 2016.

Happy Birthday to my sister Azlinda dan anak buah kesayangan haziq.





Malam tadi berbuka puasa tema candle light dinner :p

stress betul. dah 3 malam elektrik takde kat rumah. katanya kabel bawah tanah terbakar.

Alhamdullilah sebelum balik teringat nak beli lilin kat kedai berhampiran opis. Husband kata kedai dekat rumah semua dah takde lilin.

Beringat nak simpan lilin banyak-banyak... pengajaran dari malam ke dua tiada elektrik hanya bertemankan cahaya dari HP gara-gara tak simpan stok lilin. nasib baik bakteri full.

Alhamdullilah dikurniakan anak-anak yang tahan panas. Kesian tengok anak-anak dah lecun mandi peluh.

Lepas ni nak cari kipas yang boleh guna power bank pula... and always remind untuk full kan semua power bank lepas guna.