Tuesday, January 31, 2017

Love is Passion

3.10 pm

teruja tengok tajuk..

Kehidupan tidak boleh di pisahkan dengan kasih sayang kan. even benci macam mana pun dengan seseorang masih terselit sedikit kasih buatnya.

yup aku masih benci pada orang yang dah rosakkan kehidupan kami sekeluarga. tapi bila kali terakhir aku berjumpa dengannya aku jadi kesian. kesian dengan kehidupan dia kini.

Aku masih benci pada orang yang telah porak perandakan hari-hari bahagia kami sekeluarga tapi bila aku ingatkan kembali aku jadi sedih dan kesian sebab dia jadi macam tu kerana gila.

Susah juga bila hidup ini dipenuhi kasih sayang. Kadang-kadang sayang sangat-sangat. bila dah sayang sangat-sangat rasa rindu membuak-buak. dan sampai satu masanya sayang dan rindu itu menjadi hambar bila cemburu menyelubungi perhubungan.

Aku akan jadi cemburu bila lihat ada insan lain yang juga turut menyayangi orang yang aku sayang. perlahan-lahan aku akan mengundurkan diri. sebab aku tak suka membahagi kasih sayang. sebab aku dah penat berebut. sebab aku benci melihat kemesraan yang sepatutnya hanya untuk aku.

Bila orang yang aku sayang separuh nyawa telah membahagikan kasih sayangnya, sejak itu aku mula benci padanya. tapi dalam masa yang sama aku masih lagi menyayangi dia. sayang sangat-sangat

Love is Passion..

Friday, January 27, 2017

Cepat letih.. cepat lupa.. pastu bertambah blur.. hmmm

12.55 am


Tah bila nak hilang tabiat kacau org tengah mlm2.. bila mlm je baru dtg idea mencurah2 nak bercerita.. mcm pelik je.. ramah mesra dalam tulisan tapi bila jumpa xtau nak ckp apa.. nak reaksi mcm mana.. sbb tu ada je org yg tak suka.. byk sgt simpan rahsia sampai tak terluah.


Malam ni macam nak bagi kata-kata motivasi pada diri sendiri. Tapi seharian tidak bermotivasi macam mana? Mengadap laporan pelaburan yang kena siapkan sebelum bulan mac. Pening kepala kita wak nak settlekan setahun punya kerja. Itu lah siapa suruh tangguh-tangguh. Kan dah kena..



Kita memang lupa sangat nak wish birthday Ikhlas pagi tadi. Selalu tiap tahun pagi-pagi dia bangun kita akan wish, peluk dan cium dia. Serius tahun nie memang lupa langsung. Dahlah pagi tadi nur ikhlas kena marah.. teruknya kita nie..

So Ingatkan petang tadi nak belikan Nur Ikhlas kek. Konon-konon nak buat potong-potong kek lah. Sekali tu hujan lebat selebat-lebatnya. Dengan petir… guruh.. kita jadi seram. So takdelah kita singgah kedai kek.

Nak jemput Nur Ikhlas dari rumah mak longnya kita risau sangat. Risau dia kecewa sebab tengahari tu kita dah janji dengan dia. Alhamdullilah dia ok jer. Then dia siap cakap tak pe ibu esok pun boleh. Hati kita macam rasa ok dah tapi sayu bila dengar dia cakap macam tu.

Adakah factor usia buatkan kita semakin pelupa? Baru umur 35 tahun dah macam apa jer.
Cepat letih.. cepat lupa.. pastu bertambah blur.. hmmm

Thursday, January 26, 2017

Happy Birthday Nur Ikhlas - 6 Tahun



1.38 pm

serius.. rindu sangat dengan budak nie. Hari ini birthday Nur Ikhlas yang ke 6 tahun.. Cepat sangat budak nie membesar. dah makin cantik dan bijak. alhamdullilah

semalam dengan rasminya satu gigi depan nur ikhlas telah di cabut. hee hee rogak dah anak ibu.





semalam juga first time bawak nur ikhlas pergi cuci rambut kat saloon.

Dah besar sikit nie ada lah ibu geng nak buat hal-hal perempuan kan...

sayang Nur Ikhlas ketat-ketat... muaahhh

happy birthday sayang!

Monday, January 23, 2017

2NE1 - Goodbye

[CL] Look
We gotta talk...
It's just... Something just gotta get out of my chest, I...
Hmmnnn...Bye Baby
Hmmnnn no...
Oh oh oh oh oh... Oh oh oh oh oh...

[CL] Baby come here and sit down, let's talk
I got a lot to say so I guess I'll start by
Saying that I love you,
But you know, this thing ain't been
No walk in the park for us
I swear it'll only take a minute
You'll understand when I finish, yeah
And I don't wanna see you cry
But I don't wanna be the one to tell you a lie so

[Dara] How do you let it go? When you,
You just don't know? What's on,
The other side of the door
When you're walking out, talk about it
Everything I tried to remember to say
Just went out my head
So I'ma do the best I can to get you to understand
Cuz I know!

[CL] There's never a right time to say goodbye
But I gotta make the first move
'Cause if I don't you gonna start hating me
Cause I really don't feel the way I once felt about you
Boy it's not you, it's me
I gotta gotta figure out what I need
There's never a right time to say goodbye
But we know that we gotta go
Our separate ways
And I know it's hard but I gotta do it,
And it's killing me
Cause there's never a right time
Right time to say goodbye

[Bom] But I know your heart is breaking
And a thousand times I
(Found myself asking, "Why? Why?")
Why am I taking so long to say this?
But trust me, boy I never
Meant to crush your world
And I never
Thought I would see the day we'd grow apart
And I wanna know

[Minzy] How do you let it go? When you,
You just don't know? What's on,
The other side of the door
When you're walking out, talk about it
Boy I hope you understand
What I'm tryna say.
We just can't go on
Pretending that we get along
How you not gonna see it? Oh...

[CL] There's never a right time to say goodbye
But I gotta make the first move
'Cause if I don't you gonna start hating me
Cause I really don't feel the way I once felt about you
Boy it's not you it's me.
I gotta gotta figure out what I need
There's never a right time to say goodbye
But we know that we gotta go
Our separate ways
And I know it's hard but I gotta do it,
And it's killing me
Cause there's never a right time
Right time to say goodbye

[Bom] Listen to your heart
Boy you know,
We should be apart, baby I
I just can't do it
I, I just can't do it
Listen to your heart
Boy you know,
We should be apart, baby I
I just can't do it
And sometimes it makes me wanna cry

[Dara] Ooh, ooh, ooh, ooh, ooh, ooh, ooh [2x]
[Bom] Boy, do you hear me crying?
[Dara] Ooh, ooh, ooh, ooh, ooh, ooh, ooh [2x]

[CL] There's never a right time to say goodbye
But I gotta make the first move
'Cause if I don't you gonna start hating me
Cause I really don't feel the way I once felt about you
Boy it's not you it's me.
I gotta gotta figure out what I need
There's never a right time to say goodbye
But we know that we gotta go
Our separate ways
And I know it's hard but I gotta do it,
And it's killing me
Cause there's never a right time
Right time to say goodbye

[CL/All] There's never a right time to say goodbye
But I gotta make the first move
'Cause if I don't you gonna start hating me
Cause I really don't feel the way I once felt about you
Boy it's not you it's me.
I gotta gotta figure out what I need
There's never a right time to say goodbye
But we know that we gotta go
Our separate ways
And I know it's hard but I gotta do it,
It's killing me
Cause there's never a right time
Right time to say

Sunday, January 22, 2017

INILAH YANG AKAN TERJADI JIKA ANDA MINUM AIR KELAPA SELAMA 7 HARI

Banyak orang mendakwa bahawa air kelapa memiliki kesan magik pada kesihatan kita. Anda mungkin pernah mendengar perihal minyak kelapa serta sebagian faedahnya.

Tetapi sempatkah anda minum air kelapa selama 7 hari berturut-turut? 

Air kelapa akan sangat baik untuk kesihatan badan bila diminum secara teratur, dan anda akan dapat merasakan khasiatnya.

Ajaibnya, air kelapa serta plasma darah dalam aliran darah manusia mempunyai susunan yang serupa. Hal ini dibuktikan dengan penggunaan air kelapa sebagai pengganti darah semasa zaman perang dahulu, serta dengan cara ini banyak nyawa manusia dapat diselamatkan.

Hari ini air kelapa digunakan di seluruh dunia, serta boleh dijumpai di pasar di sekitar anda.
Mungkin saja rasa airnya tidak lagi segar, namun daya detoksifikasi serta faedah kesihatan yang lain dari air kelapa sangatlah tidak diragukan lagi.

Apa yang terjadi saat Anda minum air kelapa dalam 7 Hari?

Diambil dari website www.healthyfoodteam.com,


sumber gambar : google


air kelapa boleh menguatkan sistem kekebalan tubuh anda serta menyingkirkan bakteria yang mengakibatkan jangkitan saluran kencing, gonorea, penyakit gusi serta virus yang mengakibatkan selsema, infeksi penyakit serta tifus.

Air kelapa boleh meningkatkan daya serta pengeluaran kelenjar hormon tiroid.

Air kelapa juga bertindak sebagai diuretik semulajadi serta sangat membantu untuk orang yang mempunyai penyakit ginjal. Ini bakal menolong bersihkan saluran kencing serta saluran pundi kencing. Bermanfaat menyingkirkan toksin serta menolong memecah batu ginjal.

Air kelapa memiliki kandungan jumlah serat yang tinggi, hingga sangat baik untuk pencernaan.

Meminum air kelapa dengan teratur bakal menolong mengawal asid dalam perut.

Kerana air kelapa rendah lemak, Anda boleh meminumnya dalam jumlah banyak.

Air kelapa bakal mengurangi nafsu makan anda kerana sesudah meminumnya anda bakal terasa kenyang, jadi secara tidak langsung menolong menurunkan berat badan.

Cuba basahkan kapas atau kain dengan air kelapa serta letakkan pada kulit yang mempunyai jerawat, kulit berminyak atau kering.

Air kelapa bakal membuat kulit lebih bersih serta segar, serta pori-pori akan terbuka.

Campur air kelapa dengan minyak zaitun untuk membersihkan pencernaan serta menyingkirkan parasit usus.

Para pakar mendakwa bahawa air kelapa juga membantu menangani sebagian permasalahan kesihatan sepanjang kehamilan.

Dengan cuma satu cawan air kelapa anda bakal menyeimbangkan elektrolit, hingga anda akan terlepas dari hipertensi atau di kenal juga sebagai tekanan darah tinggi.

Saat orang terlampau banyak minum (mabuk) sepanjang malam, mereka kerap alami sakit kepala pada pagi hari. Minumlah air kelapa untuk menyingkirkan sakit kepala serta mengganti cairan yang hilang dalam tubuh dan menangani penyakit yang disebabkan dari mabuk.

Bila anda mahu kulit anda cerah serta terlindungi selama seharian, minumlah satu gelas air kelapa.

Bila anda kehilangan terlampau banyak tenaga dengan kegiatan fizikal yang meletihkan, anda boleh memulihkan tenaga anda dengan air kelapa. Air kelapa bakal memberikannya impak positif pada setiap bahagian badan anda yang letih.

Air kelapa merupakan anti oksidan, sehingga dapat membantu sistem kekebalan tubuh yang kuat, meningkatkan tenaga, perlindungan dari bakteria serta infeksi, penurunan berat tubuh serta banyak faedah yang lain.

Thursday, January 19, 2017

Love this moment!!

5.45 pm

life is short.. kan.. kita hidup ni cuma untuk 3 saat sahaja..

untuk 3 saat tu lah kami nak grab sebanyak mungkin peluang. ini bercakap mengenai kehidupan ok..

hari ini.. semuanya berjalan lancar. Alhamdullilah. tak berapa stress dan semuanya agak teratur.

Hujan kat luar tu.. sejuk sangat. mata pun minta untuk berehat.. alangkah seronoknya dapat tidur dengan lena. Enam tahun dah tak dapat tidur dengan betul :p

Pagi tadi masa memandu tiba-tiba teringat.. tahun ini dah 36 tahun.. tapi perangai macam budak-budak. still tak matang lagi. bila lagi lah kami ni nak matang. lagi 4 tahun nak masuk 40 siri.. seram pulak rasanya.

tertanya juga dalam 3 saat tu apa pencapaian yang dah kami buat? yup.. banyak.. terlalu banyak rezeki yang Allah berikan selama 36 tahun ni. tak terdaya nak membalasnya. Alhamdullilah masih sihat dan waras.

so untuk next 36 tahun.. Insya Allah.. apa yang akan kami lakukan? Hope sesuatu yang sangat-sangat baik dan berguna. amin

Hujan masih membasahi bumi.. kami suka sangat saat ini.. nyaman dan tenang.. bila lagi lah nak setenang hari ini..


walau selebat mana pun hujan.. matahari pasti akan muncul kembali..

Wednesday, January 11, 2017

Nur Ikhlas kena gegata

10.54pm

Start pagi tadi ada dua macam kesan gigitan nyamuk pada muka Nur Ikhlas. bila ibu tanya dia kata kena gigit nyamuk. So ibu pun takde lah nak periksa sangat sebab pagi-pagi kan.. mungkin ada nyamuk merayap masuk dalam rumah dan ibu tak perasan.

Tiba-tiba tengah hari abahnya bagai tahu Nur Ikhlas kena gegata.. habis satu badan..

aduh.. ibu jadi kusut.. dari mana pulak Nur Ikhlas dapat gegata tu.. dia makan apa semalam.. ke tilam tu ada hama?

Pening dah ibu. Lepas satu..satu.. dugaan betul sekarang ni. Ibu cuba google macam mana nak atasi dan ubatkan Nur Ikhlas. So ini yang ibu dapat dari blog Dr Hassan Medical

Punca utamanya boleh disebabkan oleh alahan dan bukan alahan. Dan bahan kimia disebalik kejadian ini adalah histamine yang dihasilkan oleh badan kita. Bahan ini akan menyebabkan salur darah mengembang dan pembengkakan tisu disekeliling tempat tersebut. Bahan ini juga yang akan menyebabkan kegatalan.

Simptom-simptom
1) Kulit membengkak, merah, pelbagai saiz dan bentuk.
2) Gatal dan kadang-kadang sakit.
3) Dermatographism. Kulit akan membengkak jika digaru.
4) Biasanya bengkak akan surut dalam masa 24 jam, tetapi akan berlaku pada bahagian badan yang lain.

Punca-punca atau penyebab

1) Makanan
2) Ubat
3) Sentuhan kepada allergen
4)Sengatan
5) Bisa binatang
6) Radiocontrast
7) Jangkitan
8) Sejuk
9) Tekanan pada bahagian badan
10) Cahaya matahari

Rawatan

1) Elakkan agen alahan tersebut. Jika anda alah pada sebarang makanan, jauhi makanan tersebut. Jika alah pada sejuk, getah, rantai daripada emas atau perak, elakkan daripada memakai barangan tersebut.

2) Antihistamine seperti piriton, cetirizine, loratadine ataupun steroid seperti prednisolone.



So ibu kena tabah dalam merawat Nur Ikhlas. kena bawak gie klinik untuk dapatkan pandangan doktor. Doakan Nur Ikhlas cepat sembuh. Insya Allah. Amin

Personal diaries

12.45 pm

Kadang-kadang blog nie bukan sahaja tempat bercerita... tapi juga tempat untuk meluah perasaan. Ada cerita yang di up kan dan  ada cerita yang sengaja di hide kan. Malu kalau ada orang baca luahan perasaan merapu kita..

tapi ada ke orang baca blog nie? Tak popular pun kan. Banyak yang merepek dan tak menarik.



Dah lama tak bermain kata-kata.. nak kena asah balik bagi tajam. mampu kah?

Sejak sebulan mula membaca novel, hati kembali membuak-buak untuk bermadah. Rindunya keadaan itu.

Hidup mesti gambel kan. Nak bagi semua orang baca apa yang kita tulis supaya dapat merasakan bahawa kita tak keseorangan dan kesepian.





2017 berusaha untuk melangkah maju dengan lebih bergaya dan cuba untuk mencipta memori yang indah-indah belaka.

cuba untuk mencari keceriaan di hati dan nak elak dari kemurungan. Insya Allah.

nak buat balik hobi yang mencabar dengan lebih kerap supaya dapat memotivasikan diri.



motivasi untuk awal tahun selepas berhadapan dengan isu-isu yang mencabar minda dan fizikal di tahun lalu.

Semoga semuanya dipermudahkan. amin

Nur Ikhlas 6 Tahun

Happiness is not something you postpone for the future; it is something you design for the present 
- Jim Rohn

05 Januari 2017 - org lain dh masuk 3 hari bersekolah... kakak ikhlas baru first day kat tadika baru.

6 tahun, kami pindahkan Nur Ikhlas ke sekolah Tadika An-Nur. memandangkan kebanyakkan masa kami tak berapa nak sempat nak ajar  Nur Ikhlas bab agama so ini salah satu iniseatif kami untuk bagi basic agama pada dia. 

Ibu pun tak berapa berilmu so marilah kita belajar bersama-sama. Insya Allah



ibu doa segala ilmu yang kakak belajar akan kakak manafaatkan dengan baik. 


ibu dgn abah tak kaya nak bagi kakak emas belian... 
hanya dpt sediakan keperluan seadanya untuk kakak cari ilmu untuk kakak bina kehidupan yang gemilang. 

ibu sayang kakak.