Rabu, 11 Januari 2017

Nur Ikhlas kena gegata

10.54pm

Start pagi tadi ada dua macam kesan gigitan nyamuk pada muka Nur Ikhlas. bila ibu tanya dia kata kena gigit nyamuk. So ibu pun takde lah nak periksa sangat sebab pagi-pagi kan.. mungkin ada nyamuk merayap masuk dalam rumah dan ibu tak perasan.

Tiba-tiba tengah hari abahnya bagai tahu Nur Ikhlas kena gegata.. habis satu badan..

aduh.. ibu jadi kusut.. dari mana pulak Nur Ikhlas dapat gegata tu.. dia makan apa semalam.. ke tilam tu ada hama?

Pening dah ibu. Lepas satu..satu.. dugaan betul sekarang ni. Ibu cuba google macam mana nak atasi dan ubatkan Nur Ikhlas. So ini yang ibu dapat dari blog Dr Hassan Medical

Punca utamanya boleh disebabkan oleh alahan dan bukan alahan. Dan bahan kimia disebalik kejadian ini adalah histamine yang dihasilkan oleh badan kita. Bahan ini akan menyebabkan salur darah mengembang dan pembengkakan tisu disekeliling tempat tersebut. Bahan ini juga yang akan menyebabkan kegatalan.

Simptom-simptom
1) Kulit membengkak, merah, pelbagai saiz dan bentuk.
2) Gatal dan kadang-kadang sakit.
3) Dermatographism. Kulit akan membengkak jika digaru.
4) Biasanya bengkak akan surut dalam masa 24 jam, tetapi akan berlaku pada bahagian badan yang lain.

Punca-punca atau penyebab

1) Makanan
2) Ubat
3) Sentuhan kepada allergen
4)Sengatan
5) Bisa binatang
6) Radiocontrast
7) Jangkitan
8) Sejuk
9) Tekanan pada bahagian badan
10) Cahaya matahari

Rawatan

1) Elakkan agen alahan tersebut. Jika anda alah pada sebarang makanan, jauhi makanan tersebut. Jika alah pada sejuk, getah, rantai daripada emas atau perak, elakkan daripada memakai barangan tersebut.

2) Antihistamine seperti piriton, cetirizine, loratadine ataupun steroid seperti prednisolone.

So ibu kena tabah dalam merawat Nur Ikhlas. kena bawak gie klinik untuk dapatkan pandangan doktor. Doakan Nur Ikhlas cepat sembuh. Insya Allah. Amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

wordless wednesday #1