Rabu, 11 Januari 2017

Personal diaries

12.45 pm

Kadang-kadang blog nie bukan sahaja tempat bercerita... tapi juga tempat untuk meluah perasaan. Ada cerita yang di up kan dan  ada cerita yang sengaja di hide kan. Malu kalau ada orang baca luahan perasaan merapu kita..

tapi ada ke orang baca blog nie? Tak popular pun kan. Banyak yang merepek dan tak menarik.



Dah lama tak bermain kata-kata.. nak kena asah balik bagi tajam. mampu kah?

Sejak sebulan mula membaca novel, hati kembali membuak-buak untuk bermadah. Rindunya keadaan itu.

Hidup mesti gambel kan. Nak bagi semua orang baca apa yang kita tulis supaya dapat merasakan bahawa kita tak keseorangan dan kesepian.





2017 berusaha untuk melangkah maju dengan lebih bergaya dan cuba untuk mencipta memori yang indah-indah belaka.

cuba untuk mencari keceriaan di hati dan nak elak dari kemurungan. Insya Allah.

nak buat balik hobi yang mencabar dengan lebih kerap supaya dapat memotivasikan diri.



motivasi untuk awal tahun selepas berhadapan dengan isu-isu yang mencabar minda dan fizikal di tahun lalu.

Semoga semuanya dipermudahkan. amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

wordless wednesday #1