Khamis, 9 Februari 2017

Tak kawan dah

1.48am

sekarang kalau nak bebel.. hanya boleh bebel kat blog sendiri aje.. no more luahan rasa di facebook ke.. wussap ke.. instagram ke.. mesej ke..

dah tak boleh nak percaya sangat insan-insan yang kita percayai. kena kurangkan se minima mungkin.

alkisah..

kita dah salah bercerita dengan orang yang salah. mula-mula kita jadi geram bila tahu kesilapan yang telah kita lakukan.. lama-lama bila difikir balik kita jadi malu.. rupanya ada orang lain yang tahu hal kita.. ingatkan kami berdua aje.

terus kita jadi benci.. benci pada istilah kawan.. benci pada diri sendiri.. benci pada keadaan..

ohh nape lah kita macam ni. mohon buka mata lihat permainan dunia ni.. dah kena tipu banyak kali pun tak serik-serik.

kita  kena olah balik definasi kawan.. batas.. limit.. ishh panjang kertas kerja nak kena buat ni. senang-senang jumud terus position kawan dalam kamus kita ni.

berbalik pada keadaan tadi.. malu kita ni mau makan setahun juga.. ok kita anggap ia hukuman pada kita. so kena redha lah malu setahun.

actually kita bersyukur sangat-sangat yang kita dapat tahu awal benda ni. pagi tadi dok luahkan persoalan demi persoalan kat joey aka kereta kesayangan.. (serius dh gila dok bercakap dengan kereta awal-awal pagi :p) tup-tup hari ni gak dapat jawapan untuk persoalan itu.

cantik kan perancangan Allah...

dari kita malu seumur hidup baik lah kita malu setahun je..

ni hari nie.. pagi kang cuti-cuti Malaysia boleh lah kita dok fikir apa nak buat.. langkah seterusnya nak jalan tang mana. belok kiri ka.. kanan ka..

jangan pengsan tepi jalan dah lah..

wahhh.. tiba-tiba rasa kita nie positif sungguh. tak melenting tiba-tiba.. mungkin faktor umur kot.. kita dah matang.. haaa haa..

jom lah kita tido.. mana tu kot-kot dapat mimpi indah.. kot-kot lah.. jangan jadi macam malam tadi dok mimpi orang yang dah takda.. buat sedih ja

mimpi hero malaya ka.. duit banyak ka.. melancong ka.. best sikit.. amin

1 ulasan:

  1. Hihi. Pada Kak Mirror.. Belog adalah tempat bebel paling selesa.. berbanding media sosial yg lain.

    BalasPadam

wordless wednesday #1