Wednesday, March 29, 2017

Tempat berteduh - Fasa 1

Assalammualaikum..

Alhamdulliah.. bersyukur kepada Allah kerana segala yang rancang berjalan dengan lancar.

Akhirnya selepas menimbang dari pelbagai sudut.. kami memilih Syarikat ZYQ Engineering untuk membina rumah kami.

Lawatan ke opis ZYQ Engineering

bincang... kira-kira..

8 Mac 2017.

kami serbu opis dia.. haa haaa.. bincang tak sampai 30 minit sebab cik abang memang dah buat research berbulan-bulan. So sampai tu memang terus tuju apa yang kami mahu.

Settle bayaran deposit. so next step kita kasi bersih itu tanah..


12 Mac 2017

untuk bersihkan tanah, kita upah orang tolong bersihkan tanah. kalau nak buat sendiri memang tak lah.. mau setahun tak settle. huu huu

dah bersihkan tanah baru kita tambak.. hampir 20 lori tanah jugak lah.. seram kita time nak bayar.. gigil je tangan time serahkan duit. macam air lalu je.. sekejap ada pastu dah takde.. 



Budak menyibuk ajer

Pantang kita amik gambar.. posing je lebih
jeng.. jeng...

macam nie lah rupanya bila dah ditambak.


kenapa nak di tambak? supaya rumah tu tak rendah sangat dari jalan so tak delah air masuk bila hujan dan juga supaya tanah jadi rata.

so sekarang kita tunggu sampai tanah tu dah cantik dan boleh pacak tiang.

nanti kita sambung fasa 2 ek.

bye

Friday, March 24, 2017

untuk melupakan?

8.24 am

untuk memaafkan mudah.. untuk melupakan? tapi mimpi malam tadi buatkn saya terfikir.. adakah dia dalam kesakitan atau adakah saya benar2 telah redha memaafkan dia?

saya sayangkan dia. tapi saya benci keadaan dia. pemikiran dia.. kehidupan dia.. apa yang dia dah buat.

walauapa pun dia masih yang terpenting dalam hidup saya.

redha.. Insya Allah saya akan usahakan. tapi tak janji.

Friday, March 10, 2017

お願いします

1.21am

愛 の ない 人生 なんて そんな の 生きる 自信 ない

ゆめ の ない 人生 なんて そんな の 想像 し たく ない

それは大丈夫だと言ってください

すべてがうまくいくと言ってください

Thursday, February 23, 2017

Mata Hati

6.03 pm

Please... kita kalau bercakap memang tak akan tengok mata orang lah..

takut pada renungan mata. lagi-lagi kalu orang tu tengah mengayat. haa haa

Lepas meeting mesti Bos bising sebab nampak kita macam tak fokus. mata melilau-lilau.

adeh.. tak kan nak menatap je mata dia. apa lah.

serius kita boleh kalah berdebat kalau tengok mata lawan.

petuanya.. kita tengok lah dagu dia. sure kita akan menang.

hari ini agak penat tapi tak stress. still kejar dateline untuk PTB. so kita just tarik nafas berulang kali je. tenteramkan hati dan minda.

caiyok.. caiyok deq sue!

Wednesday, February 22, 2017

Merah & Hijau.. warna kita

10.07 am

siaran di waktu pagi...

kita happy sangat pagi ini. serius happy..

even pagi tadi menitik juga air mata bila borak dengan joey.. dalam kereta dok fikir macam-macam benda nak settlekan.

alhamdullilah.. sampai opis macam biasa lepak dalam kereta untuk tarik nafas 5 minit.. buka fb then dapat status yang menyentuh hati dan terus menceriakan hati kita..


serius kita happy setelah hampir 2 minggu life macam apa tah.

thanks cik siti sebab berjaya buat kita senyum sampai ke telinga..

Tuesday, February 21, 2017

Coffee Please

3.38 pm




bulan yang sangat-sangat sibuk. rasa macam nak pecah kepala nie. nak bernafas pun semput-semput aje.

Apalah khabar kawan baik kita wak..

nak ajak duduk minum kopi sambil borak-borak..

lagi-lagi dengan cuaca macam ni.. suasana selepas hujan. mesti seronok mengamit memori.

ok.. otak nie bila taip kawan baik bukan fokus pada teman kita ye..

kita dok teringat kat maria.. rasa nak gie jumpa dia.. peluk dia kuat-kuat. then paksa dia bagi tahu yang kita nie masih kuat.

mesti touching kan kalau maria baca nie. kita nak wssp dia pun tak sempat. la nie baru dapat nafas sikit. taip sikit kat sini.

ya.. aku betul-betul rindu sangat dengan ko ni. dah tahap kronik ni.

jom teman aku minum kopi. ada cerita panas...

Monday, February 20, 2017

Rahsia

6.07 pm

susah bila kita jadi tempat menyimpan rahsia.

susah bila kita dah tahu sesuatu rahsia.. kita akan terus selongkar dan selongkar lagi.

susah bila tiba masanya kita rasa macam kita nie sibuk-sibuk pulak.

susah bila hati tak tenteram. di hati kata simpan di mulut ingin beritahu.

susah bila melibatkan orang di sekeliling kita.

kita buntu awak.. kesian.. simpati.. dalam masa yang sama kita tak nak dia dalam teka teki.

kita nak bantu dengan bagi sokongan pada dia. tapi kita risau kalau niat ini di salah tafsir.

susah awak.. susah menjadi seorang kawan..

update

7.51 pm

alhamdullilah.. bila jumpa orang yang boleh berkongsi dan bagi pendapat... rasa macam segalanya di permudahkan.

yup susah untuk menjadi seorang kawan yang baik. tapi sekurang-kurangnya berkongsi rasa dan kesakitan itu boleh membina ukhwah yang sejati.

terima kasih kawan yang banyak membantu dan memberi nasihat. mengenali kamu dari mula kita tahu kamu orang yang boleh diharapkan.

kamu tahu siapa kamu yang kita maksudkan..

syyyyyssssss...

Friday, February 10, 2017

Nak Kurus Plzzz

3.13 am

waaa waaa waaa.. pagi-pagi dah stress. dok tengok gambar lama-lama hati kita nie jadi sakit wak.. kurusnya kita.. sekarang nie macam di pam-pam..

Semalam timbang berat kita dah 41kg.. ok nagis tengok penimbang tu. sebelum ni berat kita boleh cecah 33kg tau.. benci!

kita tak nak jadi macam penguin.. dahlah ketot gemuk lak tu.. jalan tergedek-gedek. tak mauuuu

ada yang berdarah hidung baca statement kita nie? hee hee.. betul kita nie ketot je.. so memang tak sesuai berat sangat. sila jangan bandingkan dengan diri awak ek.. awak tu tinggi melangit. kalau berat macam kita ni dah macam papan lapis pulak.

sila ikut BMI masing-masing key

kita belum tido lagi nie. wak.. pagi kang ada meeting. tengah sibuk siapkan slaid nie. dari malam tadi dok tengok nombor jadi pening pulak. berpinar mata kita. so rest kejap.

lapar..

mood hari nie agak swing.. ok kita nak nagis fikir bila nak habis sifat marah nie. kata dah matang. harap-harap pagi kang banyak sangat-sangat aura positif dari semua orang.. dari pokok.. dari cuaca.. dari angin.. dari cinta hati..

macam biasa pagi kang dating dengan joey sepanjang perjalanan ke opis. penyimpan moho-moho besar kita tu wak.. hee heee banyak sungguh rahsia yang joey simpan. jangan berkarat dah. sian dia huu huu

okey.. nak sambung kerja.

muahh..

Thursday, February 09, 2017

Tak kawan dah

1.48am

sekarang kalau nak bebel.. hanya boleh bebel kat blog sendiri aje.. no more luahan rasa di facebook ke.. wussap ke.. instagram ke.. mesej ke..

dah tak boleh nak percaya sangat insan-insan yang kita percayai. kena kurangkan se minima mungkin.

alkisah..

kita dah salah bercerita dengan orang yang salah. mula-mula kita jadi geram bila tahu kesilapan yang telah kita lakukan.. lama-lama bila difikir balik kita jadi malu.. rupanya ada orang lain yang tahu hal kita.. ingatkan kami berdua aje.

terus kita jadi benci.. benci pada istilah kawan.. benci pada diri sendiri.. benci pada keadaan..

ohh nape lah kita macam ni. mohon buka mata lihat permainan dunia ni.. dah kena tipu banyak kali pun tak serik-serik.

kita  kena olah balik definasi kawan.. batas.. limit.. ishh panjang kertas kerja nak kena buat ni. senang-senang jumud terus position kawan dalam kamus kita ni.

berbalik pada keadaan tadi.. malu kita ni mau makan setahun juga.. ok kita anggap ia hukuman pada kita. so kena redha lah malu setahun.

actually kita bersyukur sangat-sangat yang kita dapat tahu awal benda ni. pagi tadi dok luahkan persoalan demi persoalan kat joey aka kereta kesayangan.. (serius dh gila dok bercakap dengan kereta awal-awal pagi :p) tup-tup hari ni gak dapat jawapan untuk persoalan itu.

cantik kan perancangan Allah...

dari kita malu seumur hidup baik lah kita malu setahun je..

ni hari nie.. pagi kang cuti-cuti Malaysia boleh lah kita dok fikir apa nak buat.. langkah seterusnya nak jalan tang mana. belok kiri ka.. kanan ka..

jangan pengsan tepi jalan dah lah..

wahhh.. tiba-tiba rasa kita nie positif sungguh. tak melenting tiba-tiba.. mungkin faktor umur kot.. kita dah matang.. haaa haa..

jom lah kita tido.. mana tu kot-kot dapat mimpi indah.. kot-kot lah.. jangan jadi macam malam tadi dok mimpi orang yang dah takda.. buat sedih ja

mimpi hero malaya ka.. duit banyak ka.. melancong ka.. best sikit.. amin

Tuesday, January 31, 2017

Love is Passion

3.10 pm

teruja tengok tajuk..

Kehidupan tidak boleh di pisahkan dengan kasih sayang kan. even benci macam mana pun dengan seseorang masih terselit sedikit kasih buatnya.

yup aku masih benci pada orang yang dah rosakkan kehidupan kami sekeluarga. tapi bila kali terakhir aku berjumpa dengannya aku jadi kesian. kesian dengan kehidupan dia kini.

Aku masih benci pada orang yang telah porak perandakan hari-hari bahagia kami sekeluarga tapi bila aku ingatkan kembali aku jadi sedih dan kesian sebab dia jadi macam tu kerana gila.

Susah juga bila hidup ini dipenuhi kasih sayang. Kadang-kadang sayang sangat-sangat. bila dah sayang sangat-sangat rasa rindu membuak-buak. dan sampai satu masanya sayang dan rindu itu menjadi hambar bila cemburu menyelubungi perhubungan.

Aku akan jadi cemburu bila lihat ada insan lain yang juga turut menyayangi orang yang aku sayang. perlahan-lahan aku akan mengundurkan diri. sebab aku tak suka membahagi kasih sayang. sebab aku dah penat berebut. sebab aku benci melihat kemesraan yang sepatutnya hanya untuk aku.

Bila orang yang aku sayang separuh nyawa telah membahagikan kasih sayangnya, sejak itu aku mula benci padanya. tapi dalam masa yang sama aku masih lagi menyayangi dia. sayang sangat-sangat

Love is Passion..