PERCUTIAN KE- 2 TAHUN 2020


رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء

“Rabbij ‘alni muqimas solati wa min dzurriyyati, rabbanaa wa taqabbal du’a”

Maksudnya: “Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan salat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.” 

(Surah Ibrahim: 40)

...................................................................................................................................................

Actually ini kali ke dua kami ke Amverton Heritage Resort Melaka. Ada kerja sikit di Melaka dan alang-alang tu bawalah family bercuti sekali.

Apa yang best nya kat sini? Pastinya taman tema air dia. Sesuai untuk anak-anak.

Bilik hotel agak besar juga. cukup untuk kami sekeluarga. Nak bentang toto pun ok.

Cuma makanan dia gak tak berapa menarik. tapi sesuai lah dengan harga yang di tawarkan.

Jenguk Agoda tadi harga dia still boleh dapat bawah RM100 perday.

Selain taman tema, dia juga ada gym dan tempat mainan kanak-kanak serta ATV.

Kalau dah bawak budak-budak nie memang kolam je tuju dia.

Gambar Google - Taman Tema Air

























Masa untuk mandi kolam

Tidak ada sesuatu pun yang lebih baik daripada lidah dan hati apabila ia digunakan dengan baik. Dan, tidak ada yang lebih buruk daripada lidah dan hati apabila digunakan dengan cara yang tidak baik.

Luqman al-Hakim

.............................................................................................................


Throwback kisah lepas PKP bulan september hari tu. 

5 tahun aku kerja kat sini.. ini pertama kali aku menggunakan kemudahan yang disediakan oleh opis.

So before aku tiba-tiba kena tukar keluar, aku pun mengambil kesempatan try semua kemudahan yang disediakan

Bawa anak-anak mandi kat kolam opis. yeyeeye

Actually tempat ni dulu adalah tempat persinggahan pelaut. Macam kelab lah. so kat sini memang ada kolam. Kolamnya agak dalam. Kalau aku berdiri di tepi kolam, air memang paras hidung je. Kalau kat tengah tu dalam juga. Ye lah pelaut orang putih semua tinggi-tinggi. aku ni pendek je

Dan kolam yang budak-budak ni mandi aku rasa pun macam tempat jakuzi mereka dulu-dulu. Agaknya lah. tapi ok lah untuk budak-budak ni lepas gian.








Trip Dive Pulau Redang 3-5 oktober 2020

 All life is an experiment. The More experiments you make the better

Ralph Waldo Emerson

...................................................................................................................................................................


Genap setahun dua bulan tak dive!

Korang agak macam mana aku nak settlekan diri dalam laut tu?

Gila hilang semua ilmu yang belajar dulu. Jangan kata cara bernafas.. nak pasang equipment pun ke laut.

Tapi sebab dah gian, aku terjun je dengan penuh cuak :P

Sepatutnya every years dah janji setiap 31 ogos kena sambut merdeka dalam air tapi sebab Covid dan beberapa hal yang tidak dapat di elakkan. So kali ni kira trip selit-selit aja.

Dari awal bila dah setuju nak join dok fikir macam mana nak ke TBS. Dah lama sangat tak naik pengangkutan awam ni. Nak naik grab harus lah tak mungkin kot malam-malam macam tu. Nasib lah member offer car pool dengan dia ke TBS.

Tepat pukul 11.00 malam bas gerak ke Terminal Kuala Terengganu.. yeyeye

Tak boleh tidur sangat dalam bas. Sejuk sangat. meyesal pulak tak ambil tuala dalam bagpack. tapi nak tak nak kena  paksa juga tidur supaya esok tak penat nak dive.

Pukul 5.30 sampai terminal. Laju tak laju driver bas tu bawa lah. kalau ikutkan kami tersekat jem hampir sejam kat bentong tapi Alhamdullilah selamat sampai. Turun dari bas kita singgah sarapan roti canai versi terengganu :P

Disebabkan bas nak ke jeti marang akan gerak dalam pukul 8 pagi so kami stay sekejap kat opis resort untuk refresh dan solat subuh.

Di jeti marang, semua beg kami dikumpulkan untuk sterilized. Macam tu juga bila dah sampai resot di Pulau Redang.

Sampai pulau, Check-in, refreshment & briefing plus dapat sehelai baju free dari Redang Pelangi sempena ulangtahun ke 30 mereka.

Dive lepas PKP ni memang lain sangat. ada SOP yang kita kena ikut even meja makan pun dah di tentukan.

Pukul 2 pm dah siap sedia kat dive center untuk pasang gears. Hati tak tahu lah nak cakap macam mana.. memang seram sejuk. macam tiba-tiba hilang semua keyakinan dalam diri and macam-macam yang bermain di fikiran. Muka memang cuak habis lah.

Untuk trip kali ni aku buat 1 shore dive dan 3 boat dive.

1) Tanjung Tengah.- 2.37 pm, 52 minit, Depth 9.8m

2) Pulau Kerengga - 8.48 am, 45 minit Depth 15.8m, 29oc

3) Southern Tip - 11.17 am, 45 minit Depth 22.1m, 30oc

4) Paku Kecil - 2.28 pm, 53 minit Depth 17.8m, 30oc

Ringkasan untuk ke empat-empat dive.. ok lah first dive memang rasa macam down sangat sebab tah apa-apa aku buat tapi last dive aku agak teruja sikit sebab dive master baik hati ajar aku cara nak baca dive comp plus ada beberapa tips yang dia bagi kat aku. siap dia tulis semua tips tu dalam buku log :) Serius aku sangat-sangat menghargainya.

Aku gunakan sepenuhnya gas dalam tong tu ye. haaa haaa xpernah-pernah bacaan cecah 50psi .. dive kali ni memang rata-rata last bacaan aku 50psi. Selalu mesti ada baki 80-100 psi. Lagi-lagi last dive tu. Memang cuak habis tapi cepat tersedar untuk tak gelabah dan try cool kan diri.

Group kali ni even aku tak berapa kenal tapi mereka sangat peramah dan sangat membantu. Walaupun diaorang ni setahun berkali-kali turun dive tapi tak pernah sombong. Aku yang jadi segan. Perangai gile-gile lah. sempoi dan yang penting kaki selfie. Hope lepas ni boleh join diaorang lagi untuk next trip. 

Thanks Abang Adam and Kak Zana, suami isteri yang cool... Farah and Nina adik beradik yang sangat comel bila gaduh.. Adni and Farah yang sangat2 humble dan cute. lastly my best buddy forever CJ.

Next step.. Lepas ni nak cuba untuk mencabar diri sendiri lagi. Walaupun usia semakin meningkat tapi kena berusaha untuk keep maintain dan fit. Humble dan awet muda :P

Trip Dive Pulau Redang 3-5 oktober 2020

Tengah tunggu bas..

Ingatkan persediaan dah cukup.. rupanya kena tebal lagi.. Sejuk gile

Dah sampai kita :)

Sempat lelap kejap dalam bot :P

Check-in, refreshment & briefing

Palau redang.. Cantik air dia


Partner in crimes :P




Nampak muka cuak :P





Ini tengah lari dari ikan pari besar.. seram tengok dia 






Master Dive tengah bagi kata-kata semangat

First time pakai dia ni.. Banyak membantu

xtvt petang.. amik gambar banyak-banyak



xtvt geng lagi 3 orang.. snorkeling.. syok ar dapat main dgn turtle
Love u guys!!!







Dinner last day.. Semua makanan akan dihidang.. No bufet dah

Last day - Lepak-lepak.. Tak ingat nama air ni tapi sedap


Selfie before balik ke sarang

with Kak Zana.. 










Itu anak aku, kau jangan marah!

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), da...