Selasa, 24 November 2020

Happy Birthday To Me!

We have to be able to grow up. Our wrinkles are our medals of the passage of life. They are what we have been through and who we want to be.

Lauren Hutton

.................................................................................................................

Alhamdullilah.. Dikelilingi oleh insan-insan yang baik serta penuh dengan kasih dan sayang adalah satu kesyukuran yang tidak terhingga. 

Mencintai dan dicintai. Mengasihi dan dikasihi. Aku sangat menghargainya.

Semoga perjalanan hidup aku, suami dan anak-anak sentiasa di rahmati.. sentiasa berada di landasan yang betul.. sentiasa di redhai Allah.

Tak banyak yang dipinta untuk ulangtahun kali ini. Hanya berdoa agar tubuh badan ini sihat dan kuat. Tabah untuk mengharungi liku-liku kehidupan. Berjaya membimbing anak-anak menyelusuri arus perubahan moden. Berusaha memasang perisai pada iman dan ketaqwaan.

Ya Allah, semoga penghujung jalan aku adalah sesuatu yang terbaik di sisi-Mu. Apa yang aku lakukan dan usahakan selama ini mendapat keredhaan-Mu. Aku ikhlaskan semua yang aku lakukan dan aku halalkan apa yang telah aku berikan kepada insan-insan di sekeliling ku. Semoga semuanya dapat memberikan pahala buatku. Insya Allah. Amin

Buat cinta hati.. honeydew.. bulan.. matahari.. hujan.. Aku sayang kamu. Peluk dan cium sentiasa untuk kalian.


Rabu, 11 November 2020

Kerja seni Ilyas : Membentuk dan Membuat Binaan (Model) Rumah Burung

 All children are artists. The problem is how to remain an artist once he grows up

Pablo Picasso

.............................................................................................................................................................



Baru je budak-budak ni nak berseronok lepas PKP tamat bulan julai.. sambung balik duduk rumah pertengahan bulan oktober. Kesian sangat dengan pembelajaran anak-anak. Diaorang ni pun dah nampak kebosanan sebab asyik terperap didalam rumah.

Minggu lepas dalam wssap kelas dapat lah satu kerja seni. Akhirnya.. Ilyas tak perlu menagis nak buat kerja sekolah. haa haa haa

So tugas yang di beri adalah Ilyas perlu buat Rumah Burung. Excited gile dia. Hari-hari dok tanya bila nak buat. Tapi sebab aku kerja so ada kekangan waktu. Lastly kami buat masa hari Ahad sebab hari sabtu sibuk pulak beli barang dapur dan nak beli bahan-bahan projek dia ni.

Aku beli kertas pembalut hadiah dan kertas coklat tu je yang lain-lain guna apa yang ada. Nasib kat rumah ni memang ada kotak yang nak dibuang. Part aku just tolong potong kotak dan balut. Idea banyak juga dari Ilyas.  tanya dia Ilyas nak macam mana. cuba cerita kat ibu. So dia bgtau lah macam mana dia nak. Kerja dia semua yang berkaitan dengan gam dan selotip.

Nampaklah usaha dia nak buat. tersengih-sengih bila dah siap. Selesai semua tu, kita snap gambar dan hantar ke cikgu seni dia. Selesai. Alhamdullilah.


Sambil gam sambil makan biskut.. pagar tu dia nak buat macam tu. Aku layankan aje

Cantik tak rumah burung Ilyas




Ahad, 8 November 2020

Me and My Vitamin C

 "Tidak ada yang membuat wanita lebih cantik dari pada keyakinan bahwa dia cantik."

-Sophia Loren-

......................................................................................................................................

Untuk sentiasa merasa sihat dan gembira, memang impian setiap wanita di luar sana. Baik kesihatan luaran mahu pun dalaman.

Tak terkecuali aku. urusan seharian yang agak memenatkan. Mana taknya. Dengan kerja di opis dan melayan 3 anak yang semakin membesar. Serius tak menang tangan. Kadang-kadang sampai satu tahap. aku surrender. Stop semuanya sekejap dan just baring sambil layan u-tube.

Bila usia yang macam ni. Aku macam cepat kehabisan tenaga. Dan mulalah kedutan semakin banyak di muka. Lesu dan serabut.

Untuk menjaga mental dan emosi aku, aku keep happykan diri dan selalu berfikiran positif. Aku berusaha berkawan dengan insan-insan yang mempunyai aura positif. Jauhkan untuk berfikir tentang hal orang and try amik supplement untuk membantu kekurangan vitamin yang ada dalam diri ini.

One of vitamin yang kami ambil adalah Vitamin C.

Asid askorbik atau lebih dikenali sebagai Vitamin C adalah sejenis vitamin larut air. Apa yang aku faham dan aku baca, vitamin C ini merupakan vitamin dan anti-oksida yang diperlukan oleh badan untuk membantu meningkatkan kesihatan tulang, otot dan salur darah. Vitamin C juga diperlukan untuk membantu dalam pembentukan kolagen serta meningkatkan penyerapan zat besi untuk pembentukan sel darah merah.

Vitamin C yang kami ambil of coz jenis Dissolve. Jenama Bocalex C1000 Effervescent Tablet. Senang.. amik satu masuk dalam air.. minum. Penyerapannya pun lebih baik, cepat dan sekata.

Bocalex C1000 ni mengandungi 1000mg Vitamin C (0.42% Sodium Benzoate dan 0.21% Ethanol) Yang penting juga dia tiada gula tambahan. Aku selalu beli kat Farmasi Alpro.

*Gambar dari google.

Sebenarnya Vitamin C ini boleh je kita dapat secara semulajadi daripada sayuran dan buah-buahan terutama oren dan betik. Alhamdullilah memang kat rumah ni ada tanam pokok betik. So adalah sumber vitamin C untuk anak-anak. Tapi sejak PKPB ni... untuk aku ke pasar atau mall bagi membeli buah-buahan kesukaan anak-anak terutama buah oren memang agak sukar dan terbatas.

Bagi keperluan Vitamin C yang perlu kita ambil setiap hari, aku dah ada buat carian dalam google. so aku tempek je kat sini untuk rujukan kita bersama.

*gambar dari google

Sempena PKPB yang tak tahu bila akan habis ini, aku doakan semoga kita semua akan sentiasa sihat dan di dalam perlindungan Allah. Keep strong and take care yourself and family. Jangan lupa amalkan pemakanan yang sihat :)

Ahad, 1 November 2020

Oh No!! Cara Aku Merawat Sunburn

 All little girls should be told they are pretty, even if they aren't.

Marilyn Monroe

................................................................................................................................................................


disclaimer : i'm not a seller for this product

Bila ko dah start nak masuk 40an.. benda pertama yang ko akan fikir adalah kedutan-kedutan di muka. Yesss.. haruslah kan..  muka adalah antara aset yang penting buat semua wanita. ni kan fitrah wanita..

Banyak foktor sebenarnya yang membuatkan wanita terlalu menjaga kecantikan muka. Pada aku, kebersihan dan keceriaan muka sangat penting untuk keyakinan diri aku. Bila muka nampak kusam dan tak ceria, aku mula lah rasa berserabut. Lagi-lagi bila tengok adik-adik muda yang cun melecun. Tergugat gak. haa haa haa

Actually, aku agak panik bila kulit aku jadi hitam sunburn sebab hujung bulan september ari tu seminggu aku attend kelas renang plus lepas tu gie dive kat Pulau Redang. Jadinya muka aku dah macam apa. Dengan sunburn nya... dengan kusamnya. Tengok muka sendiri kat cermin pun macam tak kenal siapa.

Aku pulak tak apply sebarang sunblock cream sebab yang sedia ada dah expired. so aku tak berani nak guna dan sebelum kelas renang tu aku macam tak de masa nak gie drug store untuk cari sunblock cream lain. Aku just pakai sunscreen yang aku guna seharian sebab hanya itu je yang aku ada time tu dan aku memang berharap agar dia dapat  membantu agar sunburn aku tak kritikal :P. Yup.. sunburn aku tak lah seteruk kawan-kawan yang lain. Alhamdullilah.

Nie sunblock yang selalu aku guna. Sempat beli sebelum ke Pulau Redang

My daily sunscreen :)

Dalam 3 minggu lebih juga aku merawat sunburn. Jenuh nak hilangkan. Aku buat lepas hari ke tiga kelas. Itu pun sebab petang tu aku rasa muka aku panas sangat. Merah macam udang masak. Selalu bila aku dive jarang aku kena sunburn. Mungkin sebab SPF dalam suscreen aku tu tak mencukupi untuk menahan pancaran UV matahari. 

Aku google lah macam mana nak kurangkan panas akibat sunburn. So apa yang aku buat? First step aku kurangkan keradangan tu dengan meletakkan kain yang dibasahkan dengan air sejuk setiap malam. Memang best. sejuk je muka. So rasa kepanasan itu menjadi kurang dan aku boleh tidur dengan lena.

Lepas tu aku gie farmasi untuk cari produk berasaskan aloe vera. Aku memang ada tanam pokok lidah buaya ni berpasu-pasu tapi atas faktor malas nak buat so aku beli yang dah siap je. Bila aku gie farmasi, jenama yang aku nak dah habis stok pulak so aku ambil jenama Mentholatum Sunplay sebab aku rasa itu pun dah ok.

Apa yang aloe vera gel ni buat sebenarnya? Dia berfungsi untuk melembabkan kulit muka aku dan mengurangkan keradangan. Semua tahu Aloe Vera kaya dengan vitamin E yang boleh mengembalikan kelembapan yang hilang dan antioksidan berkuasa yang meneutralkan kembali kesan radikal bebas yang disebabkan oleh radiasi ultraviolet. So itu the best choice yang aku rasa perlu aku buat untuk meredakan sunburn aku ni. 

Dalam masa 3 minggu ini, aku just pakai aloe vera gel tu je. Memang tidak pakai sebarang bedak dan foundation. Sebab kulit aku terdapat sedikit pengelupasan di bahagian hidung. Kalau aku tempek macam-macam aku risau benda tu semua akan meninggalkan kesan kat kulit muka ni. so it's better aku rawat dulu then kalau dah ok baru lah boleh cantik-cantik balik :P

Now after sebulan akhirnya barulah aku boleh keep continue pakai produk skincare aku bila aku tengok dia dah ok dan wajah aku dah semakin kembali pada yang asal.

Actually kan kita perlu menggunakan sunscreen ini setiap hari tau, sama ada berada di luar even dalam rumah, waktu panas terik, mahupun hujan mendung. Sinar UV tu ada di mana-mana ye. Untuk aku, sunscreen adalah produk yang wajib aku pakai setiap kali lepas mandi dan aku akan apply balik lepas aku cuci muka untuk solat. Itu rutin aku setiap hari.

So korang guna sunscreen apa? Meh lah share

wordless wednesday #1