Isnin, 31 Julai 2023

My First time eating at Dolly Dim Sum

Food brings people together on many different levels. It’s nourishment of the soul and body; it’s truly love.”

-Giada De Laurentiis-

...........................................................................................................................................

ok kita ambil mood isnin dengan sesi bakar membakar wangian lilin..

Last friday, member ajak keluar pergi The Curve. Macam nak berjalan dekat ikea. tapi tak jadi. Then just cari makan area itu sahaja.

Yup! the curve memang banyak tempat makan. Pilih saja nak makan apa.

Yang bestnya kawan aku ni memang jenis suka melayan tekak member. 

Jalan punya jalan, singgah lah kami kat restoran Dolly Dim Sum. Belek-belek menu then kami decide makan kat sini.

Ni pertama kali aku makan Dim Sum tau.

Yang Dim Sum tu member lah orderkan. Nak harapkan aku.. hmm satu benda pun tak pernah rasa. yang dia order ni sedap dan penting sos dia pedas.

Makan sini macam tak sah lah kalau tak amik air teh cina kan. Konon-konon macam diet ar bila pesan air teh cina.. haaa haa 

tapi tak lah sebab aku tak nak muak. Air manis kan kadang-kadang potong rasa makanan tu.

Keseluruhan.. sedaplah bagi aku yang tekak melayu ni.

gedget81

gedget81

Sabtu, 22 Julai 2023

Bell Ngasri - Bintang Paling Popular ABPBH-35 2023

 “The strongest people are not those who show strength in front of the world but those who fight and win battles that others do not know anything about.”

-Jonathan Harnisch, The Brutal Truth-

..................................................................................................

Tahniah Bell Ngasri kerana berjaya merangkul gelaran Bintang Paling Popular ABPBH-35 2023!

Kita semua melihat betapa teguhnya bila rakyat bersatu membuat pilih. Dah macam kempen pilihanraya aku tengok.

foto : instagram @bellngasrioffical


Even maybe ada anak-anak muda yang baru mengenali dan tidak terkecuali macam aku yang membesar bersama-sama cerita-cerita dia di layar tv. 

Semuanya macam bersatu hati, sebulat suara memperakui bahawa dia layak untuk menjulang gelaran itu.

Begitu lama dia di arena hiburan. Berusaha kuat untuk mencari rezeki. Walau dikenali namun masih merendah diri. Masih mencari dan belajar untuk memperbaiki mutu lakonan. Aku memang respect lah kat dia.

he deserves it!!

Congratulations Bell Ngasri. jangan lupa belanja makan tengahari bulan puasa nanti :P

ABPBH2023
foto : Berita Harian

"Budak lahir 80-an sentiasa nampak muda" kata orang

 There is always, always, always something to be thankful for

.....................................................................................................................................


Nur Ihlas demam balik.

Ingat kan nak ajak dia pergi Watson beli barang skincare kami yang dah habis. Takpe lah kita postponed cuti sabtu ahad ni.

Yup.. Ikhlas dah start pakai skincare. tapi yang basic je. Pencuci muka, mosturizer, lip balm dan sunscreen.

Budak-budak sekarang dah advance. Tak macam aku remaja dulu-dulu.

Tapi tak pelik lah sebab zaman sekarang cuaca tak macam dahulu.

Panas... sejuk.. semua dah lain macam

Dulu aku just guna pencuci muka jenama ponds. Mana nak kenal jenama lain. Bedak pun guna ZA. Tu je lah. Faundation ke.. Eye Shadow ke.. maskara ke.. eye liner ke.. elek.. tak tahu pun benda tu wujud :P

Sekarang baru nak berjinak-jinak kenal barang make up. tapi still yang simple juga.

Dah berusia tapi tak nak lah nampak tua. Haa haa

so kenalah start jaga kulit dan kesihatan.

Tapi aku berpegang pada kata-kata orang.. budak yang lahir tahun 80-an sentiasa nampak muda.

Yessss!!!

gedget81
Dah tua pun still cute kan.. #donepujidirisendiri


Rabu, 19 Julai 2023

Resepi Sayur Campur suka hati

 Makanan yang paling sedap adalah masakan seorang ibu

-orang kata-

............................................................................................................................................

Ada sikit lagi sayur Pak Choy dalam peti ais. Nak masak macam hari tu, tak cukup pula. sayur lain pun takde ni. Yang ada cuma lobak je. Jadinya.. buatlah resepi sendiri!

Alang-alang nak habiskan, aku buat sayur campur suka hati.

Lobak tu hiris-hiris.. sayur tu aku leraikan. pastu amik udang 4 ekor.

Tumis bawang putih dengan bawang merah.

Masukkan lobak

Masukkan sedikit sos tiram

Masuk air sikit

kacau-kacau

Masuk Udang

Kacau-kacau

Masuk sayur 

masuk cili merah

boh garam sikit

Kacau- kacau

siap!



Selasa, 18 Julai 2023

Salam Maal Hijrah 1445 - Perpaduan Teras Malaysia Madani


إِلَّا تَنصُرُوهُ فَقَدْ نَصَرَهُ اللَّـهُ إِذْ أَخْرَجَهُ الَّذِينَ كَفَرُوا ثَانِيَ اثْنَيْنِ إِذْ هُمَا فِي الْغَارِ إِذْ يَقُولُ لِصَاحِبِهِ لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّـهَ مَعَنَا ۖ فَأَنزَلَ اللَّـهُ سَكِينَتَهُ عَلَيْهِ وَأَيَّدَهُ بِجُنُودٍ لَّمْ تَرَوْهَا وَجَعَلَ كَلِمَةَ الَّذِينَ كَفَرُوا السُّفْلَىٰ ۗ وَكَلِمَةُ اللَّـهِ هِيَ الْعُلْيَا ۗ وَاللَّـهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

Al-Taubah:40


Maksudnya: “Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedangkan dia salah seorang daripada dua (sahabat) ketika mereka berlindung di dalam gua. Pada ketika itu, dia berkata kepada sahabatnya: “Janganlah kamu berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita.” Maka Allah menurunkan ketenangan kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terbawah (kalah dengan sehina-hinanya) dan Kalimah Allah (Islam) adalah yang tertinggi (selama-lamanya) kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”

......................................................................................................................


Kalender Hijarah secara rasmi belum bermula ketika zaman Rasulullah S.A.W. Kalendar ini hanya bermula pada zaman Khalifah Arrasyidin kedua iaitu Saidina Umar al-Faruq R.A. Terdapat beberapa cadangan daripada para sahabat untuk penetapan Taarrikh bagi Madinah ketika itu, ada yang mencadangkan tahun Islam bermula ketika kelahiran Nabi Muhammad S.A.W, ada yang mencadangkan permulaan tarikh Islam ditetapkan pada hari Rasulullah dibangkitkan sebagai nabi dan rasul tetapi pandangan yang mencadangkan permulaan tarikh Islam pada tarikh hijrah Nabi S.A.W.


Penetapan ini ialah untuk mengenangkan betapa pentingnya tarikh hijrah yang menjadi anjakan paradigma dalam sejarah agama Islam yang mana pertama kali dalam sejarah Islam seorang nabi dan rasul membentuk kerajaan dengan segala kesukaran dan berjaya membuat hubungan diplomatik dengan beberapa negara serta menyampaikan dakwah Islam secara global sehingga Islam tersebar ke merata dunia. (sumber)

Salam maal hijrah 1445/2023

Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Salamat Tahun Baru Islam, Salam Maal Hijrah 1445. Semoga tahun ini jauh lebih baik dari sebelumnya. Amin

Sabtu, 8 Julai 2023

My first time - Sayur Pak Choy Masak Sos Tiram

 Laughter is brightest in the place where the food is"

-Irish Proverb-

.....................................................................................................................

Mungkin orang lain dah banyak kali masak sayur Pak Choy ni. tapi ni kali pertama aku try masak.

Sedia maklum yang aku memang sejenis tak makan sayur. Tapi disebabkan tiba-tiba rajin terbeli, jadinya rajin termasak :P

Resepi google je. Adalah derhaka sikit. Family jenis makan pedas so cili ada lah benda yang wajib kena masuk dalam setiap makanan.

Aku letak lah resepi kat sini yang aku dah derhakakan. Senang nak refer balik seandainya rajin buat lagi. ok!


Sayur Pak Choy Masak Sos Tiram

5 batang sayur Pak Choy

3 ulas bawang putih

1 inci halia

3 sudu sos tiram

1 sudu kecil tepung jagung

Sedikit pati ayam

Cili Merah - suka hati nak letak banyak mana

Secubit garam

.....................................................


Aku masak air dan letakkan secubit garam. Bila air dah mendidih, masukkan sayur Pak Choy. Jangan masak lama.. cukup rasa macam dah masak. Kalau lama-lama nanti dia tak sedap.

Pastu angkat, tapis dan rendam sayur tu dalam air sejuk. Tujuannya untuk hentikan proses masakan tu supaya dia kekal rangup. Pastu tapis balik dan susun lah sayur tu atas pinggan cantik. Aku main balun je pinggan apa pun.

Bawang putih dan halia aku kisar kasar je.

Pastu panas kan minyak. Tumis bahan kisar sampai naik bau. Masukkan sos tiram. Kacau. Aku masukkan sedikit air sebab family aku memang suka makan berkuah.

Masukkan pati ayam . kacau lagi.

Bancuh tepung jagung dengan sedikit air, masukkan dalam kuali dan kacau lagi. kemudian leburkan cili dan kacau lagi.

Dah puas hati, rasa pun dah sedap kat lidah. Angkat dan tuang atas sayur.

Kalau nak lagi sedap tabur bawang goreng.

Taaadaaaa... dah siap!

abaikan kejadian yang tak cantik.. janji hubby i kata sedap :P


Ahad, 2 Julai 2023

N3 terlewat - Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur + Hari Raya Aidiladha 1444h

Maka Rasulullah SAW telah bersabda,


فَإِنَّ اللَّهَ قَدْ أَبْدَلَكُمْ يَوْمَيْنِ خَيْرًا مِنْهُمَا يَوْمَ الْفِطْرِ وَيَوْمَ النَّحْرِ

Maksudnya : ''Sesungguhnya Allah telah menggantikan kepada kamu dua hari yang terbaik iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.''

-Riwayat Imam Ahmad (12362)-

.........................................................................................................

Selamat hari raya aidiladha!!

Selalu sangat buat N3 terlambat.. 

Kami pergi lagi acara tahunan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Tahun nie PBAKL 2023 start pada 26 mei hingga 6 jun 2023.

PBAKL 2023


Tapi kan... tahun ni macam tak berapa crowded sangat lah. Ramai tapi tak seramai sebelum tahun-tahun lalu.

Ingatkan kali ini nak naik train je ke sana tapi tak jadi. Fikir balik macam lagi senang naik kereta sendiri. Dengan syarat keluar awal pagi lah :)

Berapa habis kali ini? Hampir RM400 ringgit!

Jom tengok hasil tangkapan tahun ni..

gedget81

First.. buku Nur Ikhlas. Kita layankan aje minat dia sekarang baca buku keluaran Bookiut. Tahun ni first time dia beli buku dengan duit sendiri. Aku dah mula biasakan dia dengan 'nak sesuatu kena usahakan... kena simpan duit' 

Aku nak didik dia untuk rasa bertanggungjawab dengan apa yang dia mahu. Kena berusaha untuk dapatkan sesuatu yang dia inginkan. Kena bezakan antara keperluan dan kehendak.


gedget81

Ini pula buku yang aku beli. 3 buku hasil tulisan Teme Abdullah. Actually, ini first time aku baca buku tulisan beliau. Surprisingly, buku ini kena lah dengan jiwa aku. and YES.. aku akan beli lagi buku hasil tulisan beliau untuk jadikan koleksi aku.

gedget81

Lastly.. buku yang dibeli oleh sang suami. No komen!.

Untuk semua pembaca blog ini. Aku nak ucapkan

"SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1444 H"

wordless wednesday #1