Jumaat, 18 September 2020

Emas, Wanita dan Iri Hati

 Muslim yang satu adalah bersaudara dengan muslim yang lain. Maka ia tidak boleh mengkhianati, mendustakan dan membiarkannya.

- HR.Tirmidzi -

.................................................................................................................................................................


Betul ke Wanita tidak dapat dipisahkan dengan emas?

Siapa yang kenal aku tahu yang memang dari sejak kecil tiada seutas emas pun yang melingkar di leher atau pegelanggan tangan ini. Hatta sebentuk cincin emas.

Alasan? Limas dan terasa beban.

Nak dijadikan cerita, kerana tidak pernah memakai sebarang emas, tak pasal-pasal di cop orang tak berduit. Haa haa

Ye lah, kita ni bukan orang kayangan.. tapi kita orang have2 juga :P

Tak pernah pulak rasa tercabar bila rakan-rakan beli emas berguni-guni. lagi aku support adalah. Bagi aku apa yang kawan dan sahabat di sekeliling lakukan adalah hak individu.

Tak kan lah dia nak beli emas berkilo-kilo kita nak larang pulak. lantak dia lah duit dia. Jangan dia sibuk nak pinjam duit aku dah lah. yang tu memang akan ditentang keras sebab aku pun nak beli emas.

Tapi serius tak faham.. bila ada segelintir orang yang akan rasa tercabar bila nampak orang lain lebih daripada dia. Sampai nak berlawan-lawan. memang tak boleh nak hadam jenis sifat manusia yang satu ini.

Lagi pula sekarang macam-macam jenis bentuk emas ada di kedai. tapi masih mata aku ni tak terbuka untuk membeli pattern emas jenis macam-macam tu.

Tapi.. tak pakai tak semestinya tak belikan..

Yup.. aku laki bini still membeli emas tapi bukan untuk dipakai. Emas yang dibeli untuk simpanan dan pelaburan. Jenis emas yang dibeli pun bukan lah bercorak bagai dan kami say NO pada emas yang ada campuran emas putih.. Payah nak berurusniaga nanti :P

So berbalik pada cerita tadi.. bila aku di cop tak ber 'emas'.. Orang tu  pandang remeh lah pada aku.. lagi-lagi time perbincangan emas berlaku. Aku pulak jenis tak layan semua jelingan atau kiasan orang time berborak. main sauk je semua cerita.. gelak-gelak.. huha huha.. mana nak tau disebaliknya dia berpandangan macam itu pada aku. 

Satu hari adalah kawan baik hati tolong buka mulut cerita pasal emas aku yang berguni-guni tu. Baru dia terlopong :P haa haa

Haaa haaa takde lah berguni-guni.. tapi cukuplah lepas bila tiba-tiba nanti takde duit nak beli beras.

So pada aku setiap keluarga perlu memiliki emas. Dapat se gram dua pun dah ok. Kalau lebih lagi baik. Tak semestinya emas itu untuk wanita. Kalau husband nak beli pun boleh untuk pelaburan masa depan.

Boleh je google berkaitan pelaburan dan simpanan emas. Banyak tok guru yang boleh ajar.

Dan kalau boleh elakkan lah iri hati sampai tergadai semua.. Beli mengikut kemampuan k. Simpan sikit-sikit nanti berguni lah dia :P

Lastly kalau keluar rumah nak beli emas tu jangan lupa pakai MASK k.. nanti terbang RM1000.. banyak tu.. boleh dapat 1 gelang budak.

Nota kaki : Gambar tu bukan emas betul pun.. saja nak tayang kat dia supaya lagi terbeliak mata dia.. Opsss terjahat pulak :P

Rabu, 16 September 2020

Kenapa bawang putih?


 "Once you replace negative thoughts with positive ones, you'll start having positive results."

-Willie Nelson -
......................................................................................................................................................

Selamat Hari Malaysia 2020!

Cuti hari kelepasan pada hari rabu, apa je yang boleh dibuat? Duduk rumah.. kemas, masak dan tengok you tube :P

Cuaca kat klang ni panas terik dari pagi ke petang. Macam takde tanda-tanda nak hujan. Mungkin sebab awal pagi tadi hujan dah turun dengan lebat sangat.

Lupa nak bagitahu, hari ini kawan kakak Ikhlas, Sarah datang rumah menjadikan dia adalah bff Ikhlas nombor dua yang datang ke rumah. Dok fikir nak masak apa lah bagi budak ni makan. Akhirnya malas nak fikir jadi masakkan ayam goreng dan sup sayur je. Janji diaorang kenyang.

Sejak cuaca tidak menentu ni senang sangat selsema datang menyerang. Malam semalam dalam pukul 2 pagi terbangun. Rasa sejuk sangat. menggigil jadinya. Tapi bila rasa dahi panas pula. tekak pun perit.

Malam sebelum tu pun terbangun juga. sebab rasa tekak dan telinga gatal tak boleh di bawa bincang. Selalu kalau rasa macam tu tanda-tanda nak demam. Adoi.. tak boleh jadi macam ni. Dah lah virus makin banyak sekarang.

Setiap kali rasa nak demam atau tekak gatal, warga dalam rumah ni wajib makan 2 bijik kapsul bawang putih. 

Kenapa bawang putih?





Kajian saintis menunjukkan setiap 100 gram bawang putih mengandungi 623 kJ kalori, karbohidrat (33 g), gula (1 g), serat (2.1 g), lemak (0.5 g), protein (6.39 g), beta karotin ( 5 microgram), thiamine (vitamin B1) (0.2 microgram), riboflavin (vitamin B2) (0.11 microgram), niacin (0.7 mucrogram), asid panthitenik (0.59 microgram), Vitamin B6 (1.2535 micragram), folate (3 microgram), vitamin C (31.2 mg), kalsium (181 mg), zat besi (1.7 mg), magnesium (25 mg), fosforus (153 mg), kalium (401 mg), natrium (17 mg) dan zink (1.16 mg). Kandungan zat lain ialah seperti mangan (1.672 mg) dan selenium (14 micrograms).

Sebab tu Bawang putih merupakan antara ‘superfood’ yang mempunyai banyak sumber mineral utama yang bagus untuk kesihatan dalaman serta kecantikkan luaran.

Bawang putih juga berfungsi sebagai anti bakteria dan di dapati sangat baik untuk mengelakkan penyakit serangan jantung dan mengurangkan tekanan darah tinggi dan penyakit kanser. 

Sebenarnya lebih elok makan bawang putih yang raw.. tapi tak sanggup pulak. alternatifnya kami ambil kapsul bawang putih je.

Ada 2 jenis brand yang kami makan.

1) Naturalle - Garlic



2) Blackmore - Garlic Oil




Pendapat? Dua-dua ok dan yang penting anak boleh terima.

Nota kaki : Buku ini agak bagus untuk di baca dan sebagai rujukan.


wordless wednesday #1