رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ
Rabbij'alni muqimas-salati wa min dzurriyyati, rabbana wa taqabbal du'a'
"Ya Tuhanku, jadikanlah daku dan zuriat keturunanku orang yang tetap mendirikan solat. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."
- Surah Ibrahim Ayah 40 -
......................................................................................
tup tap tup tap.. dah 2 tahun lebih berlalu.. selepas aku meroyan pasal SPB si kakak kat sini.
Tahun ni, again... kita kena fight balik untuk kemasukan sekolah khusus tingkatan 4.
Moh ler kita isi semula. Dah suruh si kakak buat solat istiharah. semoga pilihan yang dia buat adalah yang terbaik untuk masa depan dia.
As ibu. aku akan usahakan yang terbaik. sama-sama berjuang dengan anak-anak dan akan selalu doakan mereka berada dilandasan yang betul.
Kemudian. segala-galanya aku serahkan kepada Yang Maha Esa. Penentu segalanya.
Namun, aku masih memerlukan doa korang yang baik-baik untuk si kakak. Semoga dia perolehi apa yang diimpikan. Amin

Aamiin YRA! Sebak pulak bila baca doa dan harapan seorang ibu/bapa untuk anak. Moga doa yang dititipkan untuk Ikhlas diijabahkan dan dipermudahkan segala urusan untuk dapat tawaran masuk SBP!
BalasPadamKesian jugak dengar anak-anak kena struggle bab exam & borang SBP/PKSK ni, tapi insya-Allah mana-mana rezeki yang Allah aturkan nanti adalah yang terbaik untuk Ikhlas. Usaha dah buat, tawakal dan doa banyak-banyak. Semoga ada berita gembira kelak! 🤲✨
Semoga berjaya ditawarkan.
BalasPadamAllahumma yassir
BalasPadamaamiin
BalasPadam