Rabu, 15 Julai 2026

Vibe camping - bakar sate ikan tepi rumah

Sate ikan lokching berasal dari selatan Thailand. Ia kemudian menjadi sangat popular di negeri-negeri Pantai Timur Malaysia, terutamanya di Kelantan. Perkataan "lokching" berasal daripada bahasa Thai yang bermaksud bebola bakar.

- Wikipedia - 

...................................................................................

Korang tau apa kerja aku malam tadi.. ye membakar sate ikan 😂

Minggu lepas si fazlin ni bagitau nak balik kelantan. Tiba-tiba muncul pula idea dia nak bakar-bakar sate ikan kat opis. So kutip ar sorang sikit buat modal beli sate ikan.

Aku pun order lah untuk diri sendiri 100 cucuk.

Meriah ok isnin tu dok membakar tapi pakai pemanggang elektrik lah. Aku tak tahu berapa bungkus habis. rasanya ada kot 300 cucuk.

Ni kisah malam tadi.. boleh je aku guna pemanggang ajaib tapi macam tak mencabar pula. Aku pula pernah beli tempat bakar-bakar tu. masih belum guna lagi.. arang pun ada 2 kotak. Memang simpan untuk sebarang kes kecemasan. haa cun lah kan.

so apa lagi.. membakar lah kita.

Start hidupkan api lepas azan maghrib. Ingatkan macam mudah ek.. rupanya sampai selesai solat maghrib pun tak settle lagi. Aku memang tak pandai hidupkan api so kita duduk tepi-tepi je jangan banyak bunyi.


Dengan angin yang kuat. Macam nak hujan lebat namun aku tetap gigih juga nak membakar kat luar. Tak fikir pun plan A ke B ke.. Ni kalau hujan tiba-tiba turun aku akan redha se redhanya 😌😇


Aku ada 50 batang sate ikan yang nak di bakar. Nasib lah si kecik ni ada tolong temankan termasuk tukang ngap. Rasanya dia je 20 batang habis. Dah masak tak sempat letak kat pinggan dia amik.. Aku memang tukang bakar je.. Dapat lah makan dalam 5 cucuk.

Si kakak datang bila dah masak. Datang makan dan blah. Tak mau dia dok bergelap, berasap. Tapi sebab dia pun baru baik demam. Ok lah.. dia nak makan pun aku dah happy.

Si abang.. jangan cakap lah.. sibuk tengok game MPL. Tah siapa lawan tah. Aku tak amik tau sebab game pasukan perempuan dan takde SRG.

Dok berasap dan berembun dah macam Vibe camping rasanya. Nak buat macam mana. Yang suka cabaran camping ni aku je. Ajak gie camping tak mau. Nak solo camping tak lepas. Membakar je lah kita untuk lepaskan hajat. Selesai semua dalam 9.30 malam. Alhamdullilah.

Masa dok membakar tu dapat idea pula.. ok lah sabtu ahad ni kita ubah tepi rumah ni ala-ala tempat camping. haaa haaa.. kalau jadi aku story tapi kalau sampai tahun depan tak muncul-muncul ceritanya bermaksud  dia jadi anganku musnah ye.

so next lagi 50 cucuk ni bila nak bakar?

Adios

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Vibe camping - bakar sate ikan tepi rumah

Sate ikan lokching berasal dari selatan Thailand. Ia kemudian menjadi sangat popular di negeri-negeri Pantai Timur Malaysia, terutamanya di ...