Ahad, 20 Ogos 2023

Demam Panas, antara buah lemon dan pokok bunga raya

Daripada Abu Sa'id Al Khudri dan Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW bersabda: "Tidaklah seorang Muslim yang ditimpa suatu penyakit dan keletihan, kegusaran dan kesedihan, gangguan dan kesusahan, bahkan duri yang melukainya melainkan Allah SWT akan menghapus kesalahan-kesalahannya." 

-Hadith riwayat al-Bukhari, No : 5641, Muslim, No : 2573, at-Tirmizi, No : 966, Ahmad, No : 7684, 8070, 10714-

........................................................................................


Musim demam ye sekarang ni?

Whatsapp group sekolah anak-anak mesti ada yang mention anak dia demam.

Ni 2 hero aku pun dah demam. Berjangkit-jangkit.

Kejap panas.. kejap suam-suam

cuti minggu ni dipenuhi dengan merawat diaorang berdua.

Haiiiiihh risau hati seorang ibu.

Bagi ubat demam macam tak jalan je. Kejap je demamnya surut. tak sampai 4 jam dah panas balik.

Tadi teringat ada lemon dalam peti ais. so kita usaha mandikan diaorang dengan air lemon. SubhanAllah tergerak hati nak beli lemon banyak sikit minggu lepas. Selalu beli seketul dua je. Ada sebab rupanya.

Mandian lemon ni memang selalu aku buat masa diaorang kecil. Perah lemon dalam besen besar yang berisi air dan suruh mereka berendam. Budak kecil kalau main air kan suka. Tak hirau dah dia tu demam ke tidak.

Ni bila dah malam, diorang dah tidur malas pula nak kejut untuk mandikan. Tak sampai hati.

Jadi aku ramas daun bunga raya dalam sebekas air. Ambil tuala kecil dan rendamkan pastu lap badan serta jelum kepala diaorang dengan air daun bunga raya tu. 


gedget81
11 helai.. kenapa 11? tak tahu lah , orang tua-tua kata ambil ganjil kalau untuk berubat


Buah lemon dan pokok bunga raya ada khasiatnya tersendiri. Kedua-duanya bagi aku boleh meredakan panas badan sama ada buat secara minuman atau mandian. 

Boleh je google berkenaan khasiat lemon dan bunga raya untuk info lebih lanjut.

Boleh salam ke tak boleh salam? Apa itu mahram

Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, jangan sekali-kali berdua-duaan dengan wanita (bukan-mahram) tanpa disertai oleh mahramnya kerana yang ketiga adalah syaitan.”

(Hadis Riwayat al Bukhari dan Muslim)

........................................................................................

Esok Ikhlas start peperiksaan percubaan PSRA. Doakan Ikhlas ye!

Malam tadi dia buat ulangkaji, tiba-tiba dia datang kat aku tanya pasal aurat dengan pakcik dia lah.. aurat dengan sepupu dia lah. 

Aku pun gunakan lah kepakaran aku menjawap..

tapi...

terlebih pakar kot sampai dia pun tak faham.. Last-last dia jadi keliru.

Benda ni kalau kita bercakap je semata-mata tanpa melukis memang tak akan faham.

Aku pun google lah image yang paling senang aku nak terangkan sebab aku malas nak melakar :P

Ini image yang paling dekat dengan keadaan ikhlas.

tunjuk je gambar ni terus dia faham.

Senang kerja seorang ibu zaman sekarang! haaa haa haa


Foto : UNIMAS

Aku dulu pun keliru dengan muhrim dan mahram. Ingatkan kedua-duanya sama rupanya bukan ye.

Kalau dirujuk dakam Dewan Bahasa dan Pustaka. Ini lah maksud bagi Mahram

Hasil carian di Dewan Bahasa dan Pustaka

Sabtu, 12 Ogos 2023

Selesai mengundi PRN 2023

 Dari Ibnu Umar RA dari Nabi SAW, bahawa baginda bersabda: “Ketahuilah, setiap kalian adalah pemimpin, dan setiap kalian bertanggung jawab atas apa yang dipimpinnya. Seorang pemimpin yang memimpin rakyat akan bertanggung jawab atas rakyatnya, seorang laki-laki adalah pemimpin atas keluarganya, dan dia bertanggung jawab atas mereka semua, seorang wanita juga pemimpin atas rumah suaminya dan anak-anaknya, dan dia bertanggung jawab atas mereka semua, seorang hamba adalah pemimpin atas harta tuannya, dan dia bertanggung jawab atas harta tersebut. Setiap kalian adalah pemimpin dan akan bertanggung jawab atas kepemimpinannya.” 

-HR Muslim No: 3408-

....................................................................................................................................


12.08.2023 12:04 pm

Done mengundi bagi PRN 2023 Negeri Selangor. Jumpa lagi 5 tahun akan datang!

gedget81

Jumaat, 11 Ogos 2023

Our life is short, it should not be wasted

Dia lah yang menciptakan langit dan bumi; Ia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasangan-pasangan (bagi bintang-binatang itu); dengan jalan yang demikian dikembangkanNya (zuriat keturunan) kamu semua. Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.

-Surah Asy-Syuura 42:11-

........................................................................................................................

Dulu bila kita zaman kanak-kanak kita sibuk nak dewasa cepat. Dah malas nak ke sekolah. Malas nak buat kerja sekolah. Belum lagi kalau ada isu di rumah. rasa nak lari je dari rumah. sebab itu berdoa kalau boleh nak cepat dewasa. Nak bebas. Tak dengar mak bising-bising suruh balik rumah bila nak maghrib. 

Bila kita mula remaja kita akan ada satu perasaan kesunyian. Bukan sebab tiada kawan atau adik beradik disekeliling kita. Meriah je kehidupan kita tapi iyalah.. kita sebagai manusia memang fitrahnya berpasangan.

Bila dah dewasa. dah tahu dunia ni macam mana.. haaaa menyesal pula dewasa cepat-cepat. Tak terkejar nak uruskan kehidupan.

Bila dah berpasangan dah mendirikan rumah tangga. sunyi pula kalau tiada anak-anak. Bila dah ada anak-anak, struggle pula nak membesarkan mereka. 

Macam-macam kan cabaran yang kita perlu tempuhi dari usia kita sehari sehingga kita menutup mata.

Sekarang bila dah semakin dewasa, cara aku mudah je. Jangan terikat dengan keadaan. Enjoy your life. Dugaan.. cabaran.. masalah... sering berganti. cuma kena pandai tackle macam mana nak hadapi benda tu.

Ada masanya aku struggle juga untuk uruskan semua. Kadang-kadang datang juga meroyan itu. tapi kena amik masa untuk bertenang.

Kena berbincang dengan pasangan dalam apa jua perkara. baik yang kecil sehingga yang besar. Walaupun kadang-kadang ada pasangan yang sukar nak dibawa berunding but we have to do it. The relationship itself means two-way communication.

At the meantime.. know how to take a moment for yourself. Orang zaman sekarang cakap 'me-time'

Our life is short, it should not be wasted. Jom lepak mengopi!

Ahad, 6 Ogos 2023

Tidak cepat dan tidak lambat walau sesaat

 فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ


“Maka apabila ajal itu tiba, mereka tidak akan dapat meminta penangguhan dan tidak pula mempercepatkan barang sesaat pun.” (Surah Al-A’raaf, 7: 34)

......................................................................................................................................

Jodoh.. rezeki.. ajal maut.. 3 perkara yang menjadi rahsia Allah s.w.t. Sesungguhnya Allah itu maha berkuasa ke atas semua hambanya.

Nak dijadikan cerita.. pagi khamis ada seekor burung murai kampung jatuh kat depan opis. Tak boleh terbang.

Budak-budak opis ni pun ambil dan rawat lah dia. Bagi makan bagi minum.

Then petang diaorang bagi aku untuk bawa balik dan di lepaskan kat rumah.

Sejam lebih ye burung tu travel bersama aku dalam kereta. Bising nak keluar. Aku yang drive ni pun jadi tak keruan sebab terkejut-terkejut bila tiba-tiba dia meloncat dalam paper bag tu.

Sampai rumah, ada ilyas. Aku dengan excited nya bagi tahu ilyas yang aku ada bawa balik burung.

Ilyas pun excited juga dan beria-ia nak tolong aku lepaskan burung tu.

Bila burung tu keluar je dari paper bag tiba-tiba si mimi mengejar. Sungguh aku tak tahu mana datangnya dia sebab masa nak keluarkan burung tu kelibat 3 ekor tu takde ye.

Nasib ilyas sempat halang dengan tangan dia. Cepat-cepat aku suruh ilyas masukkan burung tu semula dalam paper beg.

Aku dah takde idea nak buat macam mana. Terpandang lah sangkar kucing yang kosong. Kira-kira sangkar tu kucing tak boleh lah nak masuk. Aku andaikan sementara burung tu nak cuba terbang, apa kata aku letak dia dalam sangkar tu.

Sebelum letak, aku dah siapakan beras dan air. kononnya..

Bila aku lepaskan burung tu dalam sangkar. memang si mimi, si tamtam dan si opek dah keliling sangkar tu. Aku dah siap pesan kat burung tu tau. Stay dalam ni sementara kepak nak baik.

Aku tengok dia macam dah ok je dok dalam tu, aku pun berpaling nak masuk dalam rumah. nak mandi. Iyalah kan baru balik kerja terus settelkan burung murai tu.

Sekali tak sampai seminit aku belakangkan dia, dia loloskan diri dari sangkar nak ikut aku. Dia jatuh dan terus kena terkam dengan si tamtam. Menjerit anak aku wei.

Menagis dia kejar nak selamatkan burung tu.

tapi apakan daya. memang selamat lah jadi perebutan antara tamtam dan opek.

Mana aku nak tahu burung murai tu memang jinak. Akan ikut kita dan jenis tak terbang tinggi. Kalau aku tahu aku lepaskan dulu dalam rumah. tapi dah ajal dia kan.

Tak pasal-pasal esoknya aku kena bahan kat opis. Aku lah penyebab kematian burung tu. haiiiiiiihhhh

Sesungguhnya ajal itu tidak cepat dan tidak lambat walau sesaat. Allahuakbar

gedget81
Selamat...

gedget81
ini lah burungnya

wordless wednesday #1