Memaparkan catatan dengan label Dekorasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dekorasi. Papar semua catatan

Selasa, 12 Ogos 2014

Kreatif tak saya?

Assalammualaikum..

Dah 2 hari, putrajaya mengalami hujan lebat. Alhamdullilah. Sekarang pun cuaca agak mendung. Sejuk nyaman terasa.. haa haaa sejuk air cond.

Nak dekorasi rumah jadi cantik dan kemas agak mencabar bila ada anak-anak yang sedang membesar bagai johan nie.

tengok lah idea kreatif si kakak. Memang menguji kesabaran ibu.




wahhhhh.... nie cuma satu bahagian je tau.. belum tengok dalam bilik mainan, belakang sofa, dapur, bilik master bedroom dan etc.

so kepada sesiapa yang datang rumah ibu.. buat-buat tak nampak je lah ye. 

Nak cat balik macam rasa tiada keperluan sebab si hero tu sedang mengikuti langkah si kakak.

Demi membina daya kretiviti kakak dan adik... ibu redha je lah.

mood : senyum dalam terpaksa

Isnin, 21 Julai 2014

Misi Mengemas Rumah 2

Assalammualaikum..

Sejak-sejak anak semakin membesar ini... senang sikit ibu nak buat kerja. Anak-anak pun dah pandai bawak diri dalam rumah tu. Dah tak berkepit 24 jam dengan ibu... sedih jugak tapi diaorang perlu belajar berdikari kan.. heee hee.. malah dah boleh geng berdua.

So di kesempatan ini dapatlah ibu memulakan misi mengemas rumah yang pertama.
Kawasan pertama yang harus dikemas dahulu adalah.. STOR!!!


nampak tak betapa teruknya stor rumah ibu nie. Carca marba kan.

Stor tu kecik je 4 x 3 kaki.. So barang memang main susun ikut sukati. Bila nak amik semula mula lah membebel. Payah sangat. Pastu penuh dengan kotak yang tah apa-apa. Nak buang sayang... tak buang menyemak mata memandang.

So... Langkah penyelesaian.. 

setelah bertahun-tahun terseksa maka ibu memujuk rayu suruh kekanda beta belikan rak nie.. Beli kat puchong je.. harga RM130.

Mula-mula pasang ingatkan tak muat tapi Alhamdullilah cukup-cukup makan je. Dahlah buat keje pagi-pagi buta. pukul 7 pagi dah keletang keletung bunyi besi berlaga. Kesian orang bawah nak tidur.

Buat pagi-pagi sebab nak elakkan hero heroin tu mengacau + kekanda beta kena gie kerja. So dia sempat punggah barang dan bawa masuk rak dalam stor je.


ta da!!!!!

ini lah hasilnya... gambar nie masa mula-mula amik lepas dah kemas. Masih banyak barang yang di simpan sebab banyak harta karun kekanda beta. Nak cari nahas buang barang dia tanpa pengetahuan... walaupun ada je ibu buat keje-keje jahat tu hee heee 

Tapi sekarang dah berkurangan sebab dapat approval untuk di let go dalam tong sampah.



so sekarang tugas ibu dari masa ke semasa untuk memastikan stor ini sentiasa di dalam kawalan. Ada barang baru masuk so kena da barang lama yang perlu dibuang. 

Ibu suka sangat!!!

Jumaat, 2 November 2012

Misi mengemas rumah

sangat-sangat di akui bahawa pemilik blog ini terlalu malas nak mengemas rumah!!!

Mula pindah rumah Jun 2011 hingga kini, rumah tu masih bersepah dengan barang-barang yang tak di organise. Semakin hari semakin semak. Lepas tu gaduh semut semakin banyak.

Konon nak mengemas sikit-sikit. tapi hampeh je.. kini sejak si kecil nie makin membesar, peratus kesepahannya makin meninggi..

Sejak mengandung nie, semakin rimas berada di dalam rumah sendiri. Terlalu semak!!! mulalah hati asyik panas je. Oh no!! kena buat something juga... kalau tak darah tinggi bakal muncul.

Memandangkan rumah tu kerajaan yang punya, so takdelah aku nak buat renovation bagaikan.. buat apa perhabis duit untuk rumah orang. Aku just plan nak buat hiasan je. susun atur biar kemas dan terancang. ala-ala 5's ar.

Rumah tu ada 3 bilik je. satu ruang tamu bersambung dengan ruang makan. 1 stor dan dapur. Yang bestnya, rumah nie dah lengkap dengan kabinet. so mudah sikit nak menyimpan barang.

Sebab nur ikhlas semakin besar dan mainan dia semakin banyak.. aku kena mulakan dengan menyusn atur barang dia dulu. Rasa-rasanya satu bilik kena buat juga sebagai bilik mainan dia. Kena fikir dulu. Tak per ada masa lagi sebab projek nie nak mula minggu depan. Minggu nie nak cari idea dulu. Nak fikir apa yang kena beli, apa yang kena buang.. hee hee

Memandangkan badan nie tak boleh buat kerja berat, so kena buat perlahan-lahan. Nantikan hasilnya ye.