Memaparkan catatan dengan label Mr Adudu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mr Adudu. Papar semua catatan

Jumaat, 20 Februari 2026

01 Februari - Day Two Trip to Kuala Kangsar


First day berlalu dengan meriah

Malam tu sambut birthday Kakak walaupun dah seminggu lebih berlalu. Kak Ngah buat steamboat. Nyum.. nyum..

Hari kedua, moh lah kita balik. Tapi kali ni kami balik awal sikit sebab nak jalan-jalan sekejap kat Kuala Kangsar

Takdelah awal sangat pun, masih sempat lagi sarapan Nasi Lemak di rumah Kak Ngah. Thank you Kak Ngah for the Hospitality.

Dah jom gerak!!

Destinasi pertama, kita ke Jambatan Keretapi Victoria a.k.a Jambatan Enggor. Antara jambatan keretapi tertua di Malaysia. Dibina pada tahun 1897 jadi kalau ikutkan usia dia sekarang dah 129 tahun. 

Aku naik jambatan tu tapi gayat dia.. Masya Allah. Memang sepanjang kat atas jambatan, 3 ketul tu kena pegang aku sentiasa. Aku tak berani nak ke tengah sangat. Tok laki je yang sampai ke hujung. Idoklah aku.

jauhhhhhh nun. Aku kat sipi-sipi je ni


Kisahnya.. 

nak ambil gambar ni pun makan masa ek. Cuak wei

Destinasi ke-dua, Kampung Warisan Budaya. Dia terletak di tepi Sungai Perak bersebelahan Jambatan Victoria. Kampung Warisan Budaya ni menampilkan keindahan seni bina Melayu tradisional.

Dia ada dua bahagian. Pameran dalam dan luar bangunan.

Kat dalam ni ada Galeri Warisan dan Pameran yang menunjukkan artifak, model, dan informasi tentang budaya Melayu serta sejarah rumah tradisional. 

Di luar, dia ada 11 buah rumah mewakili seni bina pelbagai negeri.. Tapi bagi aku model rumah dia tak lah menunjuk sangat seni bina rumah tradisional tu. Boleh lah.

Lupa pula. Nak masuk sini ada bayaran dia. Boleh tahan juga harga dia. lupa dah aku berapa.

Rumah tu pun sebanarnya lebih kepada resort. Kita tak boleh pun naik atas rumah cuma dibawah rumah tu adalah dia letakkan beberapa barang tradisonal zaman atuk nenak kita. 

Boleh lah tunjuk kat budak-budak ni macam mana zaman dulu-dulu hidup tanpa internet.

Pintu gerbang Kampung Warisan Budaya



antara model rumah yang ada



Kat kampung dulu, wan ada buat rumah pondok macam ni untuk tempat dia anyam tikar. Kat situ lah tempat dia letak daun mengkuang yang baru diambil dan yang dah dijemur. 

Sebelah tu pula ada dapur kayu untuk dia masak air dan buat bahlu. Sedapnya bahulu zaman dulu.

Menggamit memori sungguh!

Kat umah wan pun ada perigi macam ni. Tapi baldi tu takde tempat macam tu. Dia main campak je pastu tarik. 

Kita ni dah ler badan kecik. Masa nak tarik tu sangat menyeramkan. Takut jatuh dalam perigi tu je. tapi Alhamdullilah selama kewujudan perigi tu takde sapa pun yang jatuh.

Sayangnya perigi tu dah ditimbus masa makcik robohkan rumah lama untuk buat yang baru. sayang sungguh!


Dalam galeri dia ada tunjuk pengukur kelapa ni. Si kecik tanya aku apa benda tu. Aku ni siaplah buat gaya cara mengukur kelapa. 

Sampai bawah rumah negeri mana tah ni, ada lah bendanya bersekali dengan tempurung kelapa. Cantiklah tu. Aku demo balik pastu bukan main excited budak-budak ni nak buat.

Hai lah budak bandar...

Ni dulu kat rumah wan pun ada ni. Tapi macam biasalah.. tah mana pergi dia. 

okey acah-acah ke zaman dahulu kala

Dalam Kampung Warisan Budaya ni ada cafe namanya Kafe Tok Enda. Kami lunch kat sini aja. Disebabkan aku masih kenyang makan Nasi Lemak, so aku catuk je makan diaorang sorang sikit.

Kat situ ada juga sudut permainan congkak, dam aji dan carom. Jadi sambil-sambil lepak makan, budak-budak ni main lah kejap.



Aku punyalah bawa ajaran sesat peraturan main dam aji ni. Kaaahhh kahhh kahhh. Mana lah aku ingat cara main. Diaorang ni pula memang tak pernah main dam aji. Nasib lah tok laki dah betulkan. Kalau tak memang ajaran sesat sampai 7 keturunan.

Tok laki ngan kakak main congkak kat sebelah. Yang ni kakak pula yang ajar abah dia main congkak. Haruslah abah dia kalah. Pastu abah dia suka hati je nak main bom ikut peraturan dia.

Next destination.. Istana Kenangan. Aku pernah pergi sini dulu tahun 2010. Masa ni Istana Kenangan tak buka.

So adalah rezeki aku nak jejak semula.

Istana ini pada keseluruhannya diperbuat daripada kayu dan dikenali juga dengan nama Istana Lembah atau Istana Tepas. Dia tak gunakan paku langsung. Cuma menggunakan teknik pasak, tanggam kayu, dan anyaman tepas. 




Masuk dalam ni free aje. Adalah sedikit informasi di bahagian bawah mengenai sejarah Istana ni. Tapi dalam istana kosong kecuali di bahagian balai rung seri. Ada tahta dan tempat menteri duduk. Kawasan ni dia tak benarkan ambil gambar. Tak tahu kenapa. 

Aku pun lurus aje tak amik gambar. Takut :P 

Istana ni suis lampu dia masih guna tombol yang lama tau. Ala masa kita tahun 80-an. Aku tunjuklah kat mereka.. dulu ibu punya suis lampu macam ni.

Istana ni takdelah besar mana pun. Ada dalam 5 ruang. Sayangnya kat atas tu takde info yang dia letakkan. Memang kosong semata. 





itu destinasi terakhir kami hari ni. Ingat dalam perjalanan nak singgah Kellie's Castle tapi tak jadi disebakan tok laki aku dimomokkan dengan cerita tak best. Sabar jelah.

Hujan turun di satu dia kawasan masa dalam perjalanan. Ingat nak singgah RnR Tapah untuk charge kereta tapi terlajak pula. adoi. Kereta tunjuk bakteri ada lagi 17%. Kami tawakal je cari dalam apps charger terdekat.

Alhamdullilah kami sempat singgah Behrang SB Layby. Ada plug yang kosong. Charge dia boleh lah.. tak berapa laju tapi dia DC tau. Elektrik dia tak stabil. itu lah kelemahan charge kat Malaysia ni. Sabar je lah. Kami charge 50% je untuk cukup sampai rumah. Nanti lepas tu boleh charge kat rumah murah sikit :p

Sambil tunggu tu sempat lah kami gie solat kat surau Petron. Hentian ni takde surau. Sepatutnya dia dah upgrade lah sebab ramai kot singgah sini andai tapah penuh.

Macam biasa, kalau dah lepak RnR ke hentian ke memang ibu abah dia kena paw lah. Macam-macam pula mereka minta. Kita layankan aje sebab bila sejuk hujan aku pun jadi lapar.

Selesai semua.. moh lah kita balik.


Tah bila diaorang buat macam ni. Toleh belakang.. Subahanallah. sabar jelah nak. patut sepanjang jalan lepas berhenti diaorang diam je. Nasib lah abah dia bawa santai-santai je. 

Bantal tu memang diaorang bawa andai kena tidur luar. bantal busuk masing-masing.

Selasa, 27 Januari 2026

Akhirnya pemasangan Wallbox EV Charger Kat rumah.

What is a soul? It's like electricity - we don't really know what it is, but it's a force that can light a room.

- Ray Charles -

.......................................................................................

Sejak kami dapat Mr Adudu ni sebenarnya kami masih belum pasang Wallbox EV Charger kat rumah. Dalam tempoh sebulan ni kami hanya pakai portable EV Charger.  

Kalau beli EV Car dari proton ni dia datangkan sekali dengan Wallbox EV Charger. Tinggal kena buat temujanji je dalam apps dia untuk pemasangan. So lepas confirm booking kereta, 17 Disember 2025 kami isi dalam apps Proton e.Mas. Bayar lah booking fee RM200.00. Nampak tak kegigihan aku walaupun kereta tiada lagi. Ini pun bersyukur sangat sebab kami request awal sebelum e.mas5 orang lain sampai. Kalau tak lagi lambat giliran tu nak muncul.

Tak lama lepas tu, syarikat pemasangan pun whatsapps aku bagi tarikh yang mereka available. So yang paling terdekat, kami dapat pada 21.12.2025 jam 3.30 petang. Baguslah company Chargehere EV Solution Sdn Bhd ni sebab dia datang tepat waktunya.

Untuk step pertama, pihak syarikat akan datang untuk buat site visit je dulu. Mereka nak confirmkan laluan wiring ke EV Charger dan confirmkan penggunaan 7kw atau 22 kw. So masa ni kami kena on semua peralatan elektrik selama 5 minit untuk mereka ambil rekod maximun load elektrik kami. Bergembiralah 3 ketul ni sebab semua aircond buka.

kejap je dia buat. Dalam 30 minit bincang pung pang pung pang.. selesai.

Step ke dua, pihak admin syarikat akan bagi report dan qoutation kat aku.  So untuk kabel, aku kena tambah lagi 6 meter sebab porch aku jauh sikit dari DB Board. Campur tambahan kabel dan pemasangan, total harga jadilah RM1478.00. Berpeluh gak nak bayar ni. huu huu.

Tapi aku tak bayar dulu sebab kalau nak buat pemasangan, kereta ngan wallbox kena ada. Nanti dia nak ajar cara pakai. So kita simpan balik duit tu.


Step ketiga, pembayaran. Sehari selepas kereta sampai. Aku hubungi balik company untuk buat payment dan booking tarikh. Lepas cuti new year, pegawai yang incharge pemasangan pun bagi tarikh booking. Tarikh yang terdekat takde dah. Habis... Semua dah hujung-hujung bulan. Redha je lah.


Aku memang puji syarikat ni. Datang awal dari waktunya. Tempoh pemasangan hampir 2 jam. Gegar lah sikit otak aku dengar diaorang grill dinding. 

Aku memerap je dalam bilik 2 jam tu. Masak pun idok. Dah alang-alang ada sebab tak nak masak kan :P Cuti je lah. Tapi pagi tu aku buat lah bihun goreng. Bagi perut budak-budak ni terisi dulu sebelum pergi makan lunch yang agak lewat.

Aku buat air sejuk untuk mereka. Rupanya tok laki lupa nak keluarkan. Tau-tau depa dah siap je. Ajar cara pakai terus naik kereta nak gie tempat seterusnya. Takdenya nak duduk-duduk lepak kat buaian sambil borak-borak de. 

Masa datang pun hanya dengar bunyi kereta masuk. Cakap sikit dengan tok laki pastu senyap. tau-tau keluar barang.. ketuk sana sini.. siap. Memang sebutir bicara antara mereka pun aku tak dengar ye. Senyap je buat kerjanya. 

Aku ingat sorang je yang datang.. tanya tok laki ada 4 orang. Tapi sunyi sepi. okkk tak ekkk pun tak. Kalau ada pun sayup-sayup suara masa dia ajar tok laki aku. Tiba-tiba dengar kereta diaorang gerak keluar je.

Sungguh macam chipsmore. Pemalu mungkin orangnya.

Tadaaaa.. dengan rasminya 24.01.2026 aku dah ada Wallbox EV Cahrger kat rumah. Selamat membayar bil eletrik kepada diri sendiri. Haaa haaa

Khamis, 22 Januari 2026

Cerita naik Genting Highlands bersama Mr Adudu, EV Car

"Over every mountain, there is a path, although it may not be seen from the valley." 

- Theodore Roethke -

...........................................................................


Tak banyak kisah dan gambar aku ketika berada di Genting Highlands ni. Ye lah kan datang kerana tugas. 

Aku sebenarnya cuak gak naik atas guna kerete EV ni.  Dalam otak ni dok fikir macam-macam. Tambahan pula aku tak pernah lagi bawa kereta kat jalan yang berliku-liku. Naik Cameron Highland ngan Fraser Hill pun en abang yang bawa. Kira ni first time juga aku sendiri bawa kereta atas jalan yang macam tu.

Berbekalkan bakteri dalam 97-98% aku mendaki lah ke atas. Nasib lah ada member tolong teman. Aku memang doa sangat-sangat yang dia nak tumpang aku. Kalau tak nak tumpang pun aku akan paksa juga.

Makin naik makin pekak telinga ni. adalah sesat sikit sebab jalan kat hotel tu macam seram dan pelik. Mula-mula aku ingat dia dekat-dekat dengan hotel First World. tak ek... kena naik lagi. 

Bila aku search.. ohhh Hotel ni merupakan hotel tertinggi di Genting Highland.

Ini lah Hotelnya

Dia ada 50 tingkat plus atas sekali roof top. yang roof top tu aku tak gie. tak mau lah. seram. Kat situ boleh ambil gambar yang macam duduk kat tebing (sila google) tapi tak kan punya aku nak buat.

Tingkat 50 je aku sampai. Itu pun pening wei. dengan tekanan udara lagi. Kat tingkat 50 ni dia ada Hard Rock Cafe. Katanya Hard Rock Cafe ni tertinggi di Asia Pasifik dan kedua tertinggi di dunia. 

Ni kedai bawah. Dia jual barang je. yang kat atas aku tak amik gambar :p

Tingkat ni juga dia ada buat cermin kaca. Boleh tengok bawah. Aku memang dah keras kejung ar. Nak letak kaki kat tepi dia pun takut sangat. Sayup sangat aku tengok kereta kat bawah tu.

gaya macam ni je yang mampu. Jangan minta lebih-lebih. Ni nak letak pun dah gigil ye. Boleh je diri atas kaca ni tapi tak mungkinnnnnn!

Petang tu pula, bos kawan aku ajak gie GPO. Rasa macam malas nak pergi sebab kepala aku ni macam dah tiong. turun naik turun naik lift. Tapi macam rugi pula kalau tak gie. Ok kita gigih juga lah siap.

Sekali bos dia memang sejenis bawa kereta drif maaaa.. Aku yang kecil kat belakang ni terhuyung hayang kekiri ke kanan :P

tanda hadir

Dapat jalan kejap je kat GPO. Tak beli apa pun. Saja nak survey harga dia beza ke tidak dengan MPO. Tapi aku ada ushar satu kasut ni. Macam tergerak hati nak beli tapi beg duit tinggal kat hotel. Haaaa haaa.. jimat duit. Nanti kita tengok kat Mitsui pula ar.

kasut dia ringan gile. Harga dia yang berat :p

Lepas turun naik turun naik. Akhirnya malam tu aku mabuk teruk. Perut berangin. Pukul 10 malam dah masuk tidur lepas sapu minyak yuyi.

Lepas Check out, masa kat parking on the way nak ke kereta awan tengah berarak tau. So dapatlah aku rasa awan tu. Ala rasa embun sejuk je. Berkabus. 

Sampai kereta aku cuak lagi sebab Mr Adudu bagi warning bacaan tayar rendah. Ahh sudah kenapa pula. Kita pun call husband. Tanya nak kena pump ke idok. Nasib lah dapat laki yang penyabar. layan je kecuakkan bini dia. OK.. Ok dah tau.. bila kita naik tempat tinggi tekanan udara pada tayar akan berkurangan. Nasib aku tak pump. Sebabnya elok je sampai bawah dia dah tak bunyi dan bacaan jadi cantik semula.

Dengan berbekalkan bagi bakteri dalam 56% aku gigih turun. Nie memang nekad lah. Kalau bakteri habis ke apa sama-sama lah kita towing.

Kat atas tu ada je tempat charge EV. Tapi bab charge ni aku tak pernah belajar lagi. Sejenis harapkan tok laki buat. Kita tau-tau celik mata kereta boleh gerak sampai opis.

Ini pun sebab pegang kata tok laki yang bila turun nanti bakteri akan automatik charge.

Ok betul lah tu sebab aku sampai lebuhraya tu bakteri naik balik ek. Dia macam turun tak pakai apa-apa tenaga pun. Dia jana balik. Sebab last aku tengok sebelum angkat bag naik hotel dia tunjuk aku boleh pergi lagi 233 km, sampai rumah bacaan boleh pergi lagi 191 km. Dari genting nak balik rumah aku lebih kurang 96km. belum campur aku sesat masuk jalan ke kepong jadinya.

Kira jimat juga lah bila aku ke genting ni kan.

Alhamdulliah dapat turun dengan selamat dan berjaya sampai ke rumah dengan bakteri tinggal 46% dan tempoh perjalanan 3 jam lebih sebab sesat. wakakaka

ini jelah gambar yang ada.

view pagi dari tingkat 12 hotel (tempat makan)

Sebelum matahari terbit dari aras 12 hotel

view dari bilik tingkat 20

Aras 20, mmg takat ni jelah aku mampu amik gambarnya. Lebih ke balkoni tak lah. takut.. gayat

Jumaat, 2 Januari 2026

Welcome home my first EV Car.. Mr. Adudu

"The beginning is always today."

- Mary Shelley -

....................................................................................

Seperti yang di gembar gemburkan dan dihebohkan... haaa haaaa takdenya orang nak gempak sangat. Aku je yang sibuk-sibuk nak bercerita.

Aku perkenalkan ahli baru dalam kehidupan kami.. Mr Adudu


Panjang kisah kami untuk dapatkan Mr Adudu ni. Habis segala ketabahan, kesabaran dan ke 'anxitey' an aku. Alhamdullilah akhirnya dapat dah bawa dia balik ke rumah.

So hari ini first day aku bawak Mr Adudu gie opis. Perasan? mengelabah biawak aku bawa. So far so good lah.

Welcome home my first EV Car.. Mr. Adudu. My new Dairi for the start of the new year.

Vibe camping - bakar sate ikan tepi rumah

Sate ikan lokching berasal dari selatan Thailand. Ia kemudian menjadi sangat popular di negeri-negeri Pantai Timur Malaysia, terutamanya di ...