Ahad, 8 Februari 2026

31 Januari - Day One Trip to Ipoh

"From a seedy alley to a tourist attraction" 

- Concubine Lane -

.....................................................................................


Time untuk hantar opah balik Ipoh untuk check-up klinik!

Lama juga aku tak jejak ipoh ni. Kali ni aku volunteer nak hantar opah ke Ipoh sebabnya dah hampir 2 tahun tak melawat ayah. Rindu.

Bertolak malam jumaat. Sampai Ipoh pukul 1.30 pagi. Sejak berusia ni dah jarang kami travel malam. Rabak gak ar mata. 

Balik Ipoh antara lain sebab nak letak batu kat kubur ayah. Dari hari ke hari niatnya tapi tak tertunai. Keluar pukul 9 pagi dok merayap cari nursery tak jumpa-jumpa. yang sedia ada kami tahu, rupanya dah lama tutup. Google lah dalam kereta tempat paling dekat. Alhamdullilah selesai juga akhirnya.

Petang tu lepas makan dan solat Zohor, kami gie lah merayap ke bandar Ipoh. Perancangan mulanya nak ke Qing Xin Ling Cultural Village tapi tak jadi lepas kami tengok dalam laman web tempat tu tutup.

Cuba pula pergi Muzium Geologi lepas kami charge Mr Adudu kat MH Hotel. Dalam laman web dia bagitahu buka, sekali pergi tutup pula. Adik guard tu kata buka isnin hingga selasa saja. Aduh sayangnya.

Last-last, jom lah kita pusing-pusing kat kawasan Concubine Lane je lah. Chill sambil ambil gambar dan cari makan.

Dia ada 3 Lanes kat sini tapi yang Concubine Lane paling famous lah. Lorong ni pendek je tapi banyak kedai jualan. Ada juga kedai yang bertema dalam tu. Kalau nak ambil gambar memang cantik. Cumanya kena lah beli barangan dia.

Kalau kat Market Lane takde sangat kedai. Tapi banyak tempat yang cantik untuk OOTD. Lagi satu Hale Lane. Ini kami tak pergi atau mungkin kami tak jumpa kat mana dia.

Concubine Lane (Lorong Panglima) merupakan lorong bersejarah berusia lebih 100 tahun. Dahulunya lorong itu dikatakan terkenal sebagai pusat perjudian, menghisap candu dan pelacuran serta tempat 'taikun-taikun' Cina yang menyimpan gundik atau perempuan simpanan.

Port wajib ambil gambar

Concubine Lane (Lorong Panglima) - Lorong paling sibuk. Banyak barang jualan disini




Ni kat Market Lane. Hanya ada hiasan dan satu dua kedai




Dah jalan-jalan tu, kami singgah lah minum cendol kat Wawasan Cendol. Cari tempat untuk duduk dan tandas sebenarnya. 

Alhamdullilah cuaca kat ipoh hari tu tak panas. 

Kami order cendol biasa dan ABC. Cumanya kat sini, bayaran adalah secara tunai. Nasib lah aku tergerak hati nak bawa duit tunai wei. Kalau tak tak tahu nak bayar macam mana.

Kedai ni ada banyak barang-barang klasik. Boleh lah aku tunjuk sikit-sikit kenangan lama masa budak-budak dulu.

Harga kat sini ok lah. Sama je harga cendol dan ABC kat tempat lain.



Next kita jalan lagi ke Birch Memorial Clock Tower. Dari cendol ni kita patah balik ke Concubine Lane tadi. 

Dari satu tempat ke satu tempat takde lah jauh mana sangat. Kita jalan-jalan santai je sambil menikmati senibina yang ada.

So kisah Menara jam ini dibina pada tahun 1909 untuk memperingati ulang tahun kematian JWW Birch, residen british pertama di Perak yang telah dibunuh oleh Datuk Maharaja Lela di Pasir Salak pada tahun 1875. Dibina oleh anak JWW Birch iaitu EW Birch yang merupakan residen british ke lapan di perak.


Last stop, kami ke Miker Pizza. Ini kali ke-2 aku makan di sini. First masa tahun 2024, aku ada kursus di Ipoh. so kali ni aku bawak lah mereka pula merasa.

Tengah hari tadi aku tak sempat lunch sebab masih kenyang makan nasi lemak masa sarapan. Masa nak oder tanya lah budak-budak ni nak makan ke tidak. Masing-masing kata maih kenyang makan cendol dan ABC.

 Aku pun order lah satu piza yan regular. Sekali.... haihhh berebut pula. Sabar jelah.


Habis trip hari pertama di Ipoh. kena balik awal sebab malam ni kak ngah nak buat oden dan sambut birthday si kakak juga. so kita sambung trip esok pula.

Dah jom jalan cari mana kita letak Mr Adudu tadi. lupa dah mana....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

31 Januari - Day One Trip to Ipoh

"From a seedy alley to a tourist attraction"  - Concubine Lane - ....................................................................