Memaparkan catatan dengan label Taska. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Taska. Papar semua catatan

Jumaat, 13 Mac 2015

Taska Mamamia : Baju Uniform Baru!!!

Assalammualaikum.

Alhamdullilah bermula awal tahun 2015, ilyas dah di letakkan di bahagian Toodles. 

Di Taska Mamamia nie, bahagian Toodles dan Pre-Scholl akan memakai baju uniform pada awal pagi bagi sesi pembelajaran.

Tak sabar nak tengok ilyas pakai baju uniform. Mesti comel kan.. huu huuu

So awal Mac hari tu baju uniform pun sampai.. 

taaaaadaaaaaa!!!

Baju untuk setiap hari Isnin dan Rabu

Gambar nie di ambil pada hari isnin. so muka masing-masing nampak  moody.. Moday blues bak kata orang.. 

Nur Ikhlas suka betul dengan skirt tu. Dok berpusing-pusing konon-konon feeling ala-ala princess.

Sila abaikan latar belakang yang berselerak tu ek.


Baju untuk setiap hari Selasa dan Khamis

Makin comel pulak model-model ibu nie!!! haaa haaa

Hari jumaat kena pakai baju kurung/baju melayu tapi ibu masih belum berkesempatan nak jahit lagi... 

Aduhhh sibuk sangat sekarang. Insya Allah ibu akan cuba sedaya upaya siapkannya. ok

bye.

Jumaat, 29 Ogos 2014

Taska Mamamia : Jamuan Hari Raya.

Assalammualaikum..

Lambat dah nak wish Selamat Hari Raya kan?? hee heee.. sebulan dah berlalu baru nak wish. Ibu sibuk sangat. 

Hari ini nak bawakan story pasal jamuan hari raya kat Taska anak-anak ibu.

First time sebenarnya ibu akan menghadiri perjumpaan ibu bapa.. berdebar-debar huu huu

yang ibu terlebih excited sangat sebab Nur Ikhlas nak buat persembahan. wahhh macam anak kita nak buat persembahan kat pentas antarabangsa pulak padahal nyanyi lagu raya je.

Nak dijadikan cerita si adik pulak demam khamis dan jumaat hari tu.. bersambung pulak si kakak ari sabtu ngan ahad..

Hati dah sedih sebab risau jika hari isnin (jamuan raya) tu si kakak tak sembuh lagi. Iyelah anak ibu tu beria-ia berlatih kat rumah. Ibu lah jadi pendengar. siap si adik tukang joget + sengih-sengih.

Alhamdullilah hari ahad demam ikhlas pun kebah. yeyyyy!!

So dengan kad jemputan yang diberi bersama sticker kereta.. bergeraklah ibu dari opis ke Taska untuk acara makan-makan.





ok.. Makan-makan selesai. Ikhlas hari tu just makan ais-krim je. Ilyas makan kek dan Ibu... makan macam-macam.

Masa untuk persembahan..

ini lah aksi si kakak bila diminta untuk buat persembahan..


 nangis tak mau!!!!!



geram je ibu tengok dia. Boleh pulak tak nak buat persembahan. Last-last dia dok tepi je tengok kawan-kawan dia nyanyi. yang si adik pulak menyebok kat situ.
 
bila balik.. dalam kereta ibu tanya

ibu: "kenapa ikhlas tak mau nyanyi tadi?"

kakak: "kakak malu"

the end..

Isnin, 9 Disember 2013

Taska Mamamia : Berdaftar dengan JKM Putrajaya

Assalammualaikum.

N3 khas lagi buat Taska kesayangan ikhlas dan ilyas nie.

Alhamdullilah Taska Mamamia telah berdaftar dengan Jabatan Kabajikan Masyarakat (JKM). Tahniah Teacher Mama Yana dan semua teacher di Taska Mamamia..

Bertambah lega hati ibu mendapat perkhabaran ini. Semoga semuanya berjalan dangan cemerlang.. Ciyok... ciyok!!

Rabu, 6 November 2013

Taska Mamamia :Taska baru Ikhlas & Ilyas

Assalammualaikum...

Nak buat N3 khas buat taska baru Ikhlas dan Ilyas lah....

Alhamdullilah dah masuk dua bulan anak-anak ibu berada di taska baru. Jom kita sama-sama review Taska Mamamia di Presint 16, Putrajaya.

https://www.facebook.com/taska.mamamia?fref=ts
Taska Mamamia, Presint 16
Lepas habis pantang, hampir 3 bulan ibu cari taska untuk anak-anak ibu ini. Cuba sepenuh hati dan tekad mencari yang terbaik... yang dapat memenuhi permintaan ibu dan anak-anak. Alhamdullillah, Allah gerakkan hati untuk menghubungi Puan Yana, owner taska nie.

Setakat N3 ini dititipkan.. ibu sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberi. Walaupun sedikit agak jauh dari taska lama, tapi demi masa depan anak-anak ibu redah juga.

Aktiviti yang dibuat di Taska ini mengikut perkembangan kanak-kanak. Sejak Ikhlas dihantar ke sini, jelas perbezaannya. Ikhlas semakin ceria dan petah bercakap. Tidak kering dengan cerita-cerita setiap kali jemput dia dari Taska. Dah pandai baca doa makan walaupun sedikit berterabur.

Paling latest Ikhlas belajar sembahyang.. Alhamdullilah..





Sayu sebenarnya hati ini nak menyerahkan anak-anak ke tangan orang lain setiap pagi di mana ibu seharusnya menjaga dan membelai anak-anak ibu setiap masa. Lagi-lagi bila dengar kes penderaan di taska.

Namun apakah daya, ada hutang yang perlu dijelaskan.. Insya Allah.. ibu dan ayah sedang berusaha untuk melunaskan segala-galanya. Jika waktunya telah tiba ibu akan dengan rela hati menjaga anak-anak ibu sepenuh masa. doakan Ibu ye sayang.

Doa ibu semoga Allah memelihara keselamatan dan kesihatan anak-anak ibu. Ikhlas dan Ilyas membesar menjadi anak yang soleh dan solehah. Amin..

Wordless Wednesday #28

yup.. sebenarnya bukan aku tak pandai tapi aku M.A.L.A.S tapi kalau ada upah automatik aku akan rajin. cuma orang yang suruh tu pun MALAS na...