Jumaat, 29 Ogos 2014

Taska Mamamia : Jamuan Hari Raya.

Assalammualaikum..

Lambat dah nak wish Selamat Hari Raya kan?? hee heee.. sebulan dah berlalu baru nak wish. Ibu sibuk sangat. 

Hari ini nak bawakan story pasal jamuan hari raya kat Taska anak-anak ibu.

First time sebenarnya ibu akan menghadiri perjumpaan ibu bapa.. berdebar-debar huu huu

yang ibu terlebih excited sangat sebab Nur Ikhlas nak buat persembahan. wahhh macam anak kita nak buat persembahan kat pentas antarabangsa pulak padahal nyanyi lagu raya je.

Nak dijadikan cerita si adik pulak demam khamis dan jumaat hari tu.. bersambung pulak si kakak ari sabtu ngan ahad..

Hati dah sedih sebab risau jika hari isnin (jamuan raya) tu si kakak tak sembuh lagi. Iyelah anak ibu tu beria-ia berlatih kat rumah. Ibu lah jadi pendengar. siap si adik tukang joget + sengih-sengih.

Alhamdullilah hari ahad demam ikhlas pun kebah. yeyyyy!!

So dengan kad jemputan yang diberi bersama sticker kereta.. bergeraklah ibu dari opis ke Taska untuk acara makan-makan.





ok.. Makan-makan selesai. Ikhlas hari tu just makan ais-krim je. Ilyas makan kek dan Ibu... makan macam-macam.

Masa untuk persembahan..

ini lah aksi si kakak bila diminta untuk buat persembahan..


 nangis tak mau!!!!!



geram je ibu tengok dia. Boleh pulak tak nak buat persembahan. Last-last dia dok tepi je tengok kawan-kawan dia nyanyi. yang si adik pulak menyebok kat situ.
 
bila balik.. dalam kereta ibu tanya

ibu: "kenapa ikhlas tak mau nyanyi tadi?"

kakak: "kakak malu"

the end..

Selasa, 12 Ogos 2014

Ikhlas.Ilyas Sayang

Assalammualaikum..

Ikhlas dan Ilyas..

ada beza tak?

ada persamaan tak?

heee heee



Kreatif tak saya?

Assalammualaikum..

Dah 2 hari, putrajaya mengalami hujan lebat. Alhamdullilah. Sekarang pun cuaca agak mendung. Sejuk nyaman terasa.. haa haaa sejuk air cond.

Nak dekorasi rumah jadi cantik dan kemas agak mencabar bila ada anak-anak yang sedang membesar bagai johan nie.

tengok lah idea kreatif si kakak. Memang menguji kesabaran ibu.




wahhhhh.... nie cuma satu bahagian je tau.. belum tengok dalam bilik mainan, belakang sofa, dapur, bilik master bedroom dan etc.

so kepada sesiapa yang datang rumah ibu.. buat-buat tak nampak je lah ye. 

Nak cat balik macam rasa tiada keperluan sebab si hero tu sedang mengikuti langkah si kakak.

Demi membina daya kretiviti kakak dan adik... ibu redha je lah.

mood : senyum dalam terpaksa

wordless wednesday #1