Rabu, 23 Januari 2013

Selesai sudah 1 hutang riba'


Alhamdullilah...

akhirnya satu beban dosa dah kurang. Perit jugak nak habiskan pinjaman nie. Selagi tak selesai selagi tu lah rasa tak best.

In Syaa Allah, pinjaman yang lain akan cuba diselesaikan secepat mungkin.

Kesilapan masa lalu kan..

ye diakui bahawa penulis blog ini banyak melakukan kesilapan zaman remaja. Masa tu jahil lagi. buat masa nie apa yang boleh dilakukan adalah berusaha untuk tidak menggulangi dan berusaha untuk menyelesaikan semua pinjaman.

Doakan aku berjaya ok. Aku nak berusaha menjadi hamba Allah yang solehah dan umat Nabi Muhammad s.a.w yang terbaik seperti di dalam Khutbah baginda Rasulullah S.A.W :

 ........................................................................................................................................

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah, tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah :

“Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

Dari JAKIM, melalui iluvislam.com

Isnin, 14 Januari 2013

Ungkapan "biar orang buat kita, jangan kita buat orang"

Mak aku akan selalu menasihati anak-anak dia dengan berkata "biar orang buat kita, jangan kita buat orang".. Baik kan mak aku.. Ye mak aku adalah ibu yang terbaik. Mesti semua anak akan memuji dan mengangkat tinggi kedudukan ibu mereka kan.Dia lah yang terbaik! terbagus! tercantik! So aku akan sakit hati pada orang-orang yang buat jahat pada mak aku. terutama orang-orang yang dia percaya.

Bila keadaan begini, tentu sekali mak aku juga akan bersedih hati melihat anak-anak dia di sakiti dan di keji. Sebab itu, aku tak pernah mengadu hal-hal sentap aku pada dia. Aku mesti cerita yang baik-baik ajer. Cuma sejak ada anak nie, mak aku telah memindahkan susah hati dia pada anak aku pulak. Susah hati bila Nur Ikhlas sakit lah.. masuk wad lah.. kene gigit lah...

Mak aku hidup susah. susah sangat. Aku dengar cerita dia dari aku kecil sampai sekarang. Bila dia bercerita aku tak pernah lari. Orang zaman dulu penuh dengan pemikiran mistik.. begitu juga arwah ibu dan ayah dia. Aku pun tak tahu kenapa orang tua dia menganggap mak anak sial. Orang tua tu pun dah meninggal. Memang di akhir waktu mereka teringin sekali aku bertanya tapi lidah aku kelu sangat-sangat.

Sejak kecil, mak di paksa bekerja dan hasil perolehan dia akan diambil untuk membeli lauk. Berbeza dengan adik-adik yang lain yang duduk senang di rumah. Mak tak dibenarkan bersekolah kerana alasan ayahnya tiada duit untuk membayar yuran yang hanya 20 sen ketika itu. Mak akan di pukul dengan batang inai oleh kakaknya bila dia lambat mengambil air di perigi. Mak pernah di ikat di kayu dan diarak keliling kampung oleh abang sulungnya dengan dijerit 'babi untuk dijual' hanya kerana tidak mahu mengosok pakaian dia. Bila mak remaja, mak di kerah untuk menjaga anak-anak buahnya. Bila mereka dewasa, budi mak dibalas dengan cacian dan hinaan. Duit yang mak dapat, kadang-kadang terpaksa di sorok kerana keinginan untuk membeli baju dan berjalan-jalan. Namun masih ada adik beradiknya yang sanggup mencuri dan menghabiskan duit dia.

Nasib mak berubah bila dia dapat keizinan dari arwah moyang untuk bekerja di kuala lumpur. Mak, satu-satunya anak yang berhijrah dan kerana penghijrahan itu, nasibnya agak terbela.

Di kuala lumpur, setelah mak diterima dalam perkhidmatan kerajaan, adik-adiknya mula menumpang dan mak juga yang membelanjakan mereka. bukan setakat adik beradik.. anak buah juga ada yang menumpang. Kebaikan mak itu, akhirnya di balas dengan kejahatan dan kedengkian.

Aku ingat, di suatu pagi pada pukul 6.00 pagi abang sulung dia call semata-mata ingin meminjam duit. Hanya kerana mak akan bersara dan akan mendapat ganjaran. Bila mak tak bagi, maka putuslah sedara. Bila mereka ada masalah, mak lah di carinya. Bila tak bagi pinjam duit, mak akan di caci dan di maki. Dengan ungkapan 'biar orang buat kita, jangan kita buat orang' kami di buli oleh sedara mara. Kami di fitnah dan di keji. Dan ada yang sanggup menutup periuk nasi abang aku. Nasib baik mak cepat tahu dan dia berjaya menyekat kejahatan itu. Alhamdullilah.

Bila mak dah pencen, mak menjaga arwah ibunya. Ibunya yang selama ini menganggap mak adalah anak sial. Namun mak redha dan tetap menjaga nenek dengan baik dan penuh kasih sayang. Segala perbelanjaan nenek, mak yang tanggung. Sejak mak jaga nenek, adik-adik yang lain mula lepas tangan. Duit perbelanjaan pun takde yang menghulur dengan alasan mak ada duit pencen. boleh?? Nasib baik mak memang dah selalu menjaga pesakit dan kami semua telah mula bekerja. Dapatlah bantu sedikit sebanyak. Kalau ikutkan hati aku yang baran nie memang aku tak benarkan mak jaga nenek. Tapi kasih anak..sedangkan aku juga seorang anak. Biarlah mak berbakti pada orang tuanya. Memang mak bahagia sangat sebab dapat jaga nenek.

Ohhh...Alasan mereka berbuat demikian sebab mak kerja kerajaan. Bila dah pencen mak tetap dapat duit. Anak-anak mak berjaya dan kerja kerajaan juga. Makanya mereka dengki dengan kesenangan mak. Senang ke mak aku? Setelah bekerja menjadi kuli orang atasan. mencuci tandas, mencuci berak pesakit selama 35 tahun, mengikat perut nak bagi anak-anak makan dan pelajaran..tak boleh kah mak aku merasa kesenangan yang sedikit ini?

Aku bukan bercerita kisah ini untuk orang di luar sana memberi komen. Aku dah tak boleh nak tanggung kesakitan dan dendam yang ada dalam hati aku ini. Sejak kecil kami hanya berdiam diri sebab menghormati mak. Makin diam, makin menjadi-jadi perangai mereka. Kalau aku boleh balas, memang aku balas tapi mak aku dah pesan...... "biar orang buat kita, jangan kita buat orang"

Persoalannya sekarang adakah ayat ini juga akan aku wariskan kepada anak-anak aku pula??

Amalan mengelak santau

Santau atau juga dikenali sebagai tuju-tuju, merujuk kepada sejenis ilmu hitam yang digunakan untuk meracun musuh. Secara umum, santau dilakukan dengan 2 cara iaitu cara fizikal dan cara santau angin.[1], [2]
Santau secara fizikal biasanya meracun seseorang melalui makanan atau minuman. Makanan seseorang itu ditaruh miang buluh, kaca, serbuk Ipoh, bisa besi, dan lain-lain.[3] Bahan-bahan tersebut akan memasuki perut seseorang dan akan melukakan bahagian dalam perut. Musuh yang termakan racun santau ini akan muntah darah, pitam, pengsan dan meninggal dunia. Terdapat juga jenis santau yang hanya perlu diletakkan pada baju atau kasut mangsa. Bagi santau jenis ini, serbuk kaca atau buluh akan menyebabkan rasa miang yang menyebabkan mangsa menggaru. Perbuatan ini akan melukakan kulit mangsa dan membolehkan bahan racun ramuan santau memasuki saluran darah, dengan itu meracun mangsa.[4]
Santau angin lebih mistik iaitu dengan bacaan jampi tertentu dan dihembuskan ke arah musuh.[5]
sumber : wikipedia


sumber : Kaedah Perubatan Islam bersama Dato' Hj Ismail Kamus

wordless wednesday #1