Isnin, 14 Januari 2013

Ungkapan "biar orang buat kita, jangan kita buat orang"

Mak aku akan selalu menasihati anak-anak dia dengan berkata "biar orang buat kita, jangan kita buat orang".. Baik kan mak aku.. Ye mak aku adalah ibu yang terbaik. Mesti semua anak akan memuji dan mengangkat tinggi kedudukan ibu mereka kan.Dia lah yang terbaik! terbagus! tercantik! So aku akan sakit hati pada orang-orang yang buat jahat pada mak aku. terutama orang-orang yang dia percaya.

Bila keadaan begini, tentu sekali mak aku juga akan bersedih hati melihat anak-anak dia di sakiti dan di keji. Sebab itu, aku tak pernah mengadu hal-hal sentap aku pada dia. Aku mesti cerita yang baik-baik ajer. Cuma sejak ada anak nie, mak aku telah memindahkan susah hati dia pada anak aku pulak. Susah hati bila Nur Ikhlas sakit lah.. masuk wad lah.. kene gigit lah...

Mak aku hidup susah. susah sangat. Aku dengar cerita dia dari aku kecil sampai sekarang. Bila dia bercerita aku tak pernah lari. Orang zaman dulu penuh dengan pemikiran mistik.. begitu juga arwah ibu dan ayah dia. Aku pun tak tahu kenapa orang tua dia menganggap mak anak sial. Orang tua tu pun dah meninggal. Memang di akhir waktu mereka teringin sekali aku bertanya tapi lidah aku kelu sangat-sangat.

Sejak kecil, mak di paksa bekerja dan hasil perolehan dia akan diambil untuk membeli lauk. Berbeza dengan adik-adik yang lain yang duduk senang di rumah. Mak tak dibenarkan bersekolah kerana alasan ayahnya tiada duit untuk membayar yuran yang hanya 20 sen ketika itu. Mak akan di pukul dengan batang inai oleh kakaknya bila dia lambat mengambil air di perigi. Mak pernah di ikat di kayu dan diarak keliling kampung oleh abang sulungnya dengan dijerit 'babi untuk dijual' hanya kerana tidak mahu mengosok pakaian dia. Bila mak remaja, mak di kerah untuk menjaga anak-anak buahnya. Bila mereka dewasa, budi mak dibalas dengan cacian dan hinaan. Duit yang mak dapat, kadang-kadang terpaksa di sorok kerana keinginan untuk membeli baju dan berjalan-jalan. Namun masih ada adik beradiknya yang sanggup mencuri dan menghabiskan duit dia.

Nasib mak berubah bila dia dapat keizinan dari arwah moyang untuk bekerja di kuala lumpur. Mak, satu-satunya anak yang berhijrah dan kerana penghijrahan itu, nasibnya agak terbela.

Di kuala lumpur, setelah mak diterima dalam perkhidmatan kerajaan, adik-adiknya mula menumpang dan mak juga yang membelanjakan mereka. bukan setakat adik beradik.. anak buah juga ada yang menumpang. Kebaikan mak itu, akhirnya di balas dengan kejahatan dan kedengkian.

Aku ingat, di suatu pagi pada pukul 6.00 pagi abang sulung dia call semata-mata ingin meminjam duit. Hanya kerana mak akan bersara dan akan mendapat ganjaran. Bila mak tak bagi, maka putuslah sedara. Bila mereka ada masalah, mak lah di carinya. Bila tak bagi pinjam duit, mak akan di caci dan di maki. Dengan ungkapan 'biar orang buat kita, jangan kita buat orang' kami di buli oleh sedara mara. Kami di fitnah dan di keji. Dan ada yang sanggup menutup periuk nasi abang aku. Nasib baik mak cepat tahu dan dia berjaya menyekat kejahatan itu. Alhamdullilah.

Bila mak dah pencen, mak menjaga arwah ibunya. Ibunya yang selama ini menganggap mak adalah anak sial. Namun mak redha dan tetap menjaga nenek dengan baik dan penuh kasih sayang. Segala perbelanjaan nenek, mak yang tanggung. Sejak mak jaga nenek, adik-adik yang lain mula lepas tangan. Duit perbelanjaan pun takde yang menghulur dengan alasan mak ada duit pencen. boleh?? Nasib baik mak memang dah selalu menjaga pesakit dan kami semua telah mula bekerja. Dapatlah bantu sedikit sebanyak. Kalau ikutkan hati aku yang baran nie memang aku tak benarkan mak jaga nenek. Tapi kasih anak..sedangkan aku juga seorang anak. Biarlah mak berbakti pada orang tuanya. Memang mak bahagia sangat sebab dapat jaga nenek.

Ohhh...Alasan mereka berbuat demikian sebab mak kerja kerajaan. Bila dah pencen mak tetap dapat duit. Anak-anak mak berjaya dan kerja kerajaan juga. Makanya mereka dengki dengan kesenangan mak. Senang ke mak aku? Setelah bekerja menjadi kuli orang atasan. mencuci tandas, mencuci berak pesakit selama 35 tahun, mengikat perut nak bagi anak-anak makan dan pelajaran..tak boleh kah mak aku merasa kesenangan yang sedikit ini?

Aku bukan bercerita kisah ini untuk orang di luar sana memberi komen. Aku dah tak boleh nak tanggung kesakitan dan dendam yang ada dalam hati aku ini. Sejak kecil kami hanya berdiam diri sebab menghormati mak. Makin diam, makin menjadi-jadi perangai mereka. Kalau aku boleh balas, memang aku balas tapi mak aku dah pesan...... "biar orang buat kita, jangan kita buat orang"

Persoalannya sekarang adakah ayat ini juga akan aku wariskan kepada anak-anak aku pula??

6 ulasan:

  1. Assalamualaikum Deq Su..
    Kesian your Mum.. sbg org luar, I cuma mampu mendoakan Deq Su dan ibu tabah. Bak kata pesanan Ustazah I.."takpe la.. darjat kita bukan di dunia, darjat kita di akhirat".

    BalasPadam
  2. Beb ! Ntah betul ke fake citer ko ni ? Buruk btul perangai ko citer keburukan bapa sedara & nenek ko , ntah2 mak ko memang teruk , sbb tu anak pun tak reti bahasa buruk2 kaum kerabat sendiri dlm blog bg org baca , cermin diri sendiri dulu , ko dengan adik beradik ko semua bagus sgt ke ? Ntah2 korang pun 2x5 , nama pun satu keturunan

    BalasPadam
  3. Drama btul la deqsu , mak ko anak pungut ke ? Kalo btul teraniaya takkan bole pegi keja kat kl ? Lari dari umah ke ? Bole pulak nenek ko bg mak ko kawin ? Ke mak ko kawin sebab kena tangkap basah ? Atau dah terlanjur so terpaksa kawin ? Agak2 la nk buat citer pun , tp tak mustahil pun kan kawin sbb terrr

    BalasPadam
  4. kepada anon2 di atas... terima kasih sebab sudi baca.. Alhamdulliah, mungkin anda tak berapa faham jalan cerita sebab anda tidak berada di tempat kami. Entah, nak kata kami adik beradik bagus.. mungkin dan memang kami bagus :P .. bab kahwin tu.. itu pilihan keluarga.. saya tak nampak dari sudut mana yg boleh membuatkan anda terfikir mak dan ayah saya terlanjur..
    dan saya juga tak nampak dari segi mana boleh membuatkan anda marah dan membenci coretan saya nie sehinggakan saya terfikir.. adakah anda ini saudara mara @ anak2 bapa sedara saya tu?? heee heee. emosi sungguh komen anda!!!
    takpe.. teruskan membaca.. mana tahu kita boleh berkenalan.. dan kadang2 kata org ada betulnya... kalau anda 'anak jantan' sila lah komen pakai nama.. baru best nak berdebat.. kalau gaya mcm nie rasanya sebenarnya anda seorang yang pengecut!!! ye ke?

    BalasPadam

First time aku buat Malaysia Passport

"Worry is like a rocking chair: it gives you something to do but never gets you anywhere."  - Erma Bombeck - ........................